Monday, January 05, 2009

~ Irfan Ke Tadika ~


Ready dah

Hari ini adalah hari pertama Irfan ke tadika. Aku & Atan tak risau pasal dia nangis atau tak mau ke sekolah. Apa yang aku risau sesangat ialah dia tak pandai nak berkawan dan tak berapa suka dengan budak pompuan. Risau aku, mana la tau kan.


Masih sempat memain


Tensen kena panas

Aku & Atan memang dah awal-awal amek cuti untuk settlekan hal kindergarten dia nih. Alhamdullilah, seperti yang aku jangka, Irfan tak ada masalah untuk ke tadika. Cuma dia masih tak berapa faham apa yang teacher suruh bikin. But I think by next week dia akan lebih selesa mengikut arahan.


with Daddy









Suasana 1st day di tadika memang kelakar. Budak-budak sekian halnya la dengan ada yang menangis, tak mahu masuk kelas, peluk tiang pagar dan tak mau turun dari van sekolah. Parents pun satu halnye pulak, dengan camera, dengan camcorder, memasing tak mahu melepaskan detik-detik pertama anak ke sekolah. Termasuk la aku... hehehehe yang tak lengkang dengan kamera di tangan.





1st day, semua student di benarkan balik awal. 2nd day baru ikut jadual seperti biasa. Hmmm.. dah nak masuk 5 tahun dah umur Irfan, dah besar.. dan aku makin tua.

1 comments:

Julia Idaly The Sweet Talker said...

Congrats, Irfan!!!!

 
design by suckmylolly.com