Monday, December 18, 2006

~ Masih Kisah Tentang Kasih ~




7 Disember 2006
6:30 pagi - Head pounding
7:30 pagi - Drive to Terminal 1 (nak pergi keje)
7:35 pagi - Kensel niat pergi keje terus ke Medical Centre
8:00 pagi - Emergency room kat Medical Centre... arghhhhh severe migraine

Doktor aku cuti la pulak... ganti dengan doktor lain. Aku tak nak warded, nanti aku lebih terseksa. Dr bagi aku pain killer dan suruh rest kat dalam emergency room.

10:00 pagi - Still atas katil dalam emergency room. Kepala dah kurang sakit.
10:30 pagi - Dr kata aku boleh balik
10:45 pagi - Ambil ubat dari farmasi dan terus carik breakfast

Baru terasa lapar. Apa nak makan nih? Aku order teh panas dan roti bakar. Kedai makan belakang Medical Centre. Aku pandang jam. Hampir jam 11 pagi. Apa aku nak buat hari ini?

11:00 pagi - Jalan kaki ke shopping mall
11:30 pagi - Aku dah tercongok depan pintu Jusco S2.
Kepala masih sakit. Tapi tak sesakit tadi. Aku carik bench dan duduk. Betul-betul depan TGV. Blank. Nak tengok wayang ker? Aku pandang orang yang lalu-lalang. Budak jaga kaunter TGV tu dah sepuluh kali senyum kat aku.

Aku tengok ramai orang hari ini. Mungkin sebab cuti sekolah kot. Aku pandang screen kecik tempat diorang tunjuk show apa yang ada hari ni. arghhh citer CINTA. Dah setengah jam rupanya dia start. Hmmmm ada lagi pukul 1:30 ptg.

Sniff sniff.. bestnye baaaauuuuu. Oooooo bau popcorn.. musti best tengok wayang sambil kunyah popcorn kan? Sedar tak sedar aku dah bangun menuju ke kaunter tiket.

Aku pandang muka budak perempuan di kaunter tiket. Ringannye mulut berkata, CINTA jam 1:30 ptg, sorang.

Aku tengok jari-jemarinye dengan pantas menekan screen komputer di depannya. Tak ramai orang. Bagus la.

Duit dan tiket wayang berganti tangan. Apa aku nak bikin sementara jam 1:30 nih? Haaa.. pantas jugak kaki aku melangkah menuju ke MPH.

Lama betul aku berada di MPH. Beli dua tiga buah buku. Hampir RM150 aku melayang pasal beli buku. Dah jam 12:45 tengahari. Aku melangkah semula ke TGV dan duduk betul-betul di bench yang mengadap pintu masuk TGV. At least aku boleh nampak bila diorang bukak sitting untuk citer aku nih nanti.

Keluarkan buku and start reading. Orang makin ramai. Around 1:20 pm, aku bangun gi kaunter popcorn. Aku beli popcorn saiz besar dan regular Coke. 1:25 pm diorang bukak panggung dan aku dengan berbaju kurung warna hijau di sertai bersama-sama berpuluh-puluh manusia berlenggang lenggok masuk ke panggung.

4 petang - keluar dari TGV.

Ada rasa berat dalam hati aku. Cerita melayu yang aku tonton kali ini betul-betul meruntun rasa. Patut la kawan-kawan aku beriya-iya menyuruh aku pergi. Patutlah kawan-kawan aku sanggup berulang kali masuk menonton cerita yang sama.

Cerita yang very simple. Dengan dialog harian yang kita guna. Tapi isi cerita CINTA itu sangat padat. Korang dah tonton? Jika belum pergi la. Berbaloi rasanya dengan RM8 untuk tiket dan RM8 lagi untuk popcorn dan Coke yang aku keluarkan.

hmmmmmmm aku tewas dengan cerita melayu yang satu ini.

Tuesday, December 05, 2006

...::: kisah tentang kasih :::...


Aku bukanlah antara khalayak yang suka menonton filem melayu. Ops, jangan marah! Aku bukan tidak menonton langsung filem melayu. Aku memang orang melayu dan bukan tujuan aku untuk membodohkan diri menipu yang aku tidak menyokong budaya melayu. Bukan nak merendah-rendahkan atau menidakkan keupayaan filem melayu tetapi aku kurang setuju untuk menghabiskan wang hasil susah payah aku bekerja dengan menikmati filem yang aku sudah dapat bayangkan jalan ceritanya.
Sana-sini sekarang rata-rata teman-teman aku bercerita tentang cerita CINTA yang satu ini. Teman-teman aku juga antara khalayak yang sama species dengan aku. Kata mereka cerita CINTA ini bagus. Cerita CINTA ini elok di tonton. Yer ker? Benar ker?
Aku cuma pernah soundtrack cerita CINTA ini. Lagu Anuar Zain, Perpisahan. Aku juga bukanlah tergolong dalam khalayak yang gemar lagu-lagu sedih tapi kenapa aku memasang telinga juga? Lagu ini sedih, sama sedih bila aku mendengar lagu The Blower's Daughter.
Sudah berubahkan aku? Kenapa lagu ini begitu membuai rasa? Perlukan aku tonton cerita CINTA ini? Cerita tentang kasih sebut sinopsis nye. Cerita tentang 5 cinta dalam satu cerita.
Wajarkah aku mengeluarkan wang untuk menonton cerita ini?
Mungkin aku perlu, tapi atas alasan apa?

 
design by suckmylolly.com