Wednesday, May 21, 2008

~ Perjuangan Kita Belum Selesai ~


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Dr Mahathir Mohamad, Mei 1996

Aku dah lama simpan poem nih. Dan aku tak pernah tidak tumpah airmata tiap kali aku baca poem nih balik. Aku bukan pejuang kemerdekaan. Aku lahir di zaman merdeka. Aku lahir di zaman Mahathir, insan yang menulis puisi ini. Dan Mei 2008, lebih tepat lagi, 19 Mei 2008, menyaksikan seorang Melayu bernama Mahathir keluar dari parti yang di sayanginya selama ini. Ye, akhirnya Tun keluar dari UMNO. Tun akhirnya kecewa dengan apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Tapi pada aku, UMNO sebenarnya sudah lama 'mati' sejak Tun tak lagi jadi PM.

Aku antara ribuan manusia bergelar Melayu yang amat menyanjungi pemimpin nan satu ini. Akal fikiran, bual bicaranya sentiasa berisi. Aku bersyukur, akal fikiran dan bual bicaranya masih mampu aku tatap dan baca sebagai panduan kerana Tun juga punya blog, www.chedet.com. Tun juga blogger seperti aku. Pada aku, Tun ini lebih Melayu dari bangsa Melayu itu sendiri. Aku tak pernah jumpa lagi pemimpin yang sedaya upaya menaikkan martabat dan maruah Melayu. Betullah kata Tun, mengisi kemerdekaan itu lebih sukar dari bermandi keringat dan darah untuk menuntutnya.

Kini, UMNO, Melayu dan Malaysia 'kehilangan' seorang sahabat yang telah membawa Malaysia menuju kemodenan. Tun, secara peribadi, aku kagumi keberanian mu. Aku tak tahu di mana rasionalnya Tun buat macam nih, tapi aku juga faham apabila kita kecewa dengan seseorang atau sesuatu.... amat kecewa, maka kita akan meninggalkan segala-galanya.

Aku berharap negara ku Malaysia ini tetap gemilang, cemerlang dan terbilang dan aku juga berharap agar Pak Lah mendengar rintihan hati kami, anak-anak Malaysia yang MERDEKA!

- note: Tun photo, credit to Tun Facebook. Be a supporter today!



- Blog Tun,


Friday, May 16, 2008

~ Sometimes My Mind Play Tricks On Me ~

Basketcase - Greenday

Do you have the time
To listen to me whine
About nothing and everything
All at once
I am one of those
Melodramatic fools
Neurotic to the bone
No doubt about it

Sometimes I give myself the creeps
Sometimes my mind plays tricks on me
It all keeps adding up
I think I'm cracking up
Am I just paranoid?
Or I'm just stoned

I went to a shrink
To analyze my dreams
She says it's lack of sex
That's bringing me down
I went to a whore
He said my life's a bore
So quit my whining cause
It's bringing her down

Sometimes I give myself the creeps
Sometimes my mind plays tricks on me
It all keeps adding up
I think I'm cracking up
Am I just paranoid?
Uh, yuh, yuh, ya

Grasping to control
So I better hold on

Sometimes I give myself the creeps
Sometimes my mind plays tricks on me
It all keeps adding up
I think I'm cracking up
Am I just paranoid?
Or I'm just stoned


....... basketcase = mentally ill person.. tehehehehehe... aku bukan la basketcase tapi kalau hari-hari dok stress ngan perangai manusia-manusia bongokxx yang ada kat sekeliling aku nih... aku rasa lama-lama aku pun leh jadik mentally ill... hahahahahahahaha. This is one of Greenday song from 1994 album Dookie

Monday, May 12, 2008

~ Titik ~

Aku rasa aku tau apa yang jiwa aku cari selama ini.

Sunday, May 11, 2008

~ Happy Mother's Day ~


Happy Mother's Day to all mak, ibu, mama, ummi, mommy & bonda out there. To my mom who always had the special place in my heart, thanks for being there thru my ups and downs.

Thursday, May 08, 2008

~ Stress 2:45pm ~

Ada rasa macam nak cekik orang tak? Aku ada. Aku rasa. Aku stress giler.

 
design by suckmylolly.com