Tuesday, June 28, 2011

Apa Dah Jadi?

Anda mungkin tak percaya. Sebab aku jugak hampir tidak percaya. Betapa ramainya anak muda sekarang di lahirkan Islam oleh ibu bapa beragama Islam dan juga di namakan dengan seelok-eloknya nama seorang Muslim yang sangat cantik maksudnya tetapi memilih untuk tidak beragama, memilih untuk tidak mempunyai dan mempercayai Tuhan.

Apa dah jadi dengan masyarakat Islam Malaysia sekarang ini? Makin banyak didikan Islam di sekolah, makin teruk anak-anak muda ini jadinya. Zaman aku sekolah, pakai tudung tak wajib pun untuk pelajar perempuan Muslim, tapi tak la kami jadi jahat, jadi syaitan jauh lagi jadi murtad.

Siapa yang salah? Sistem masyarakat atau sistem kekeluargaan itu sendiri.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Kau berikan. Jangan Kau cabut nyawa ku di kala aku terlupakan mu Ya Allah.

Friday, June 24, 2011

Buta Hati

Adakah dengan bersikap tidak kisah maka hati ini tidak perlu di jaga? Bagaikan mencabar, susunan kata hanya yang mampu di terjermah sebagai sindiran dan perlian. Buta mata atau buta hati?

Saturday, June 11, 2011

Pelita - API

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

 
design by suckmylolly.com