Tuesday, April 29, 2008

~ Mommies Day Out ~

Aku dan Nid dan Huzz rancang nak amek cuti sesama. Off late sumer sebuk giler kat tempat keje. Nak chat tak der masa, nak gi lunch pun susah. Asik-asik tapau makan kat opis. So kitorang decide nak amek cuti on 28 April 2008. Huzz memang dah amek cuti, dia kata dia teman Izwan gi Lumut malam sebelum tu.

Early in the morning, kitorang gi kacau one of our friend, Uncle Bear kat MIDA. Terkujat besar Uncle Bear tengok kitorang datang. Hmmm first maybe dia tak sangka kitorang mengotakan apa yang kitorang cakap and second maybe Uncle Bear tak caye yang kitorang sanggup amek 1 day leave untuk gi merayau. Hahahahaha.. well you are wrong Uncle Bear, we are definitely unpredictable mommies. Uncle Bear bawak kitorang 1/4 tour at his office, then pegi breakfast. OMG! Today, we paid RM4.00 for a plain nasi lemak (nasi lemak + sambal + 2 match box size daging rendang) & RM5 for a plain mee goreng (mee goreng + 2 match box size daging rendang). Wah lau! Kami doakan makcik yang meniaga tu dapat la gi Mekah tahun nih. Amin.

After mengacau Uncle Bear, off we go back to KL Sentral. Hari masih pagi lagi, baru 10:30 gitu. Nak tunggu Huzz sure dia belum bangun lagi. Sibuk la kitorang mencari sokabar, nak tengok filem apa ada kat panggung skang. Dapat la pinjam dari adik kat kaunter pertanyaan tu, tapi tak der pun info panggung dalam tu. Tanya kat adik tu, dia kat ada kiosk Internet kat atas.

Mencarik la kitorang kat tingkat atas plak. Hehehehe. Ni la first time aku nengok kiosk internet cenggini, terpaksa la baca instruction dia dulu sebelum guna. Kelakar sungguh.. nak masukkan duit pun tak tau kat mana. Tapi last-last okeh gak... bila dah terer sket.. abis la jugak kat RM2 dok ngejekan menatang tu. At last we decide to catch a movie titled "Definitely, Maybe" at TGV KLCC, shows at 11:50 am. Hmmm nice timing, after the movie, then boleh la catch up dengan Huzz gi The Lobsterman. Abis movie, still tak dapat contact Huzz. Try to call The Lobsterman kat SS2, nak tanya cemana nak kesana. Takut sesat punya pasal, kitorang cancel ke sana, proceed gi Pavilion. Nid kata, jom gi makan ribs kat Tony Roma. Cantek!

Punyalah susah nak dapat teksi nak gi Pavilion dari KLCC. Okeh. Aku kata susah bukan pasal tak der teksi. Tapi punya la mahal teksi, RM10 dari KLCC ke Pavilion. Nid kata dekat leh jalan kaki pun teksi nak amek sampai RM10. Kalau tourist kitorang paham la, nih kitorang nih. Orang Mesia pun diorang nak ketuk sampai RM10. Ada 1 teksi purple tu siap pusing lagi skali offer kitorang RM8 tapi still kitorang tak mo. Kunun-kunun nak naik bas. Hahahahaha. I tell u, public transport di KL especially bas la kan, ntah bila-bila la nak lalunye depan KLCC nih. Ada memang ada, tapi bas tah gi memana ntah.

Last-last di sebabkan perut dah lapar akhirnye kitorang surrender. Amek gak teksi. RM10 pun RM10 la. Lapar punya pasal. Nih sumer sebab Huzz la nih. Dalam teksi, aku ngan Nid pakat-pakat gelak. Yelah, tadi teksi purple tu siap offer RM8 kitorang jual mahal, skang kena gak bayar sampai RM10. Ces!

Sampai depan Coffee Bean kat Pavilion, aku call bf adik aku. Nasib baik dia keje. Dia tanya, nak makan kat Coffee Bean ke, kitorang kata tak mo. Hari nih, nak makan ribs, yelah tadi dah kempunan nak makan lobster gara-gara si Huzz gagal di hubungi. Kang balik aku singgah, aku kata ngan bf adik aku tu. Elok gak tu coz adik aku pun sat lagi sampai dia kata.











So off we go to Tony Roma. Kitorang order Bountiful Beef Ribs ngan Potato Skin. Yummy! Nid order Pina Coladas dan a Shirley Temple for me. My Shirley Temple really complement the succulent ribs & Nid plak kata dia nye Pina Coladas rasa cam epok-epok. Hahahahahaha. Tah hape-hape.



Lepas lepak-lepak makan-makan sampai kenyang, kitorang bergerak lagi. Ke mana? The Loaf la pulak. Tak kenyang lagi? Hahahahaha dah kenyang dah. Tapi pasal dah sampai Pavilion, rasa cam rugi pulak kalau tak menjengok ke kedai Tun Mahathir nih. Yep! The Loaf memang sehebat dan segah namanya. I jusdt love their cute cheese cake! Yummy!

Nak beli apa lagi ek? Nid wants to try the JCo donut. Aku pun ndak jugak! Tapi queue dia, alahai panjangnya. Tak boleh jadik nih, aku suruh bf adik aku carik member dia kat JCo. Sah ada! Apalagas, A dozen of JCo donuts with special price.

Mau apa lagi? Okeh-okeh enough! It's time to go home. But wait, not without an Ultimate Ice Blended from Coffee Bean. Yeah... it doesn't cost us anything. Hahahahaha... it is just so great to have friends and family who work in such retails.

Now its really really really time to say goodbye to a perfect mommies day out (sori Huzz...). We shall do this again at least twice or thrice a year? Kan Nid kaaaaaaaannnn?

Saturday, April 19, 2008

~ Tuhan Maafkan Diri Ini ~

Rossa - Terlalu Cinta
Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Ku coba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia...
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia...
Aku terlalu cinta dia...

Wednesday, April 09, 2008

~ Buat Ellie ~

Ellie,
Assalamualaikum. Aku baca sms ko pukul 9:15 malam. Aku tahu ko hantar pukul 2:36 petang. Khilafnya aku sebagai sahabat, hanya dapat membaca message ko... mungkin setelah segalanye selesai. Aku cuba juga menelefon ko sejurus selepas itu, namun gagal. Mungkin ko tak mahu gangguan. Mungkin ko dan keluarga ko sedang menyedekahkan Al-Fatihah buat bonda kesayangan kalian.

Ellie,
Sampai sekarang aku masih gagal menghubungi ko. Waktu macam nih la handphone aku tinggal kat rumah. Tadi aku call ko, ko dalam perjalanan ke Puduraya. Mungkin menghantar saudara mara pulang.. mungkin. Kuala Lumpur nih nak hujan lebat nih, aku harap ko tak tersekat pulak dalam banjir.

Ellie.
Tiada kata lain yang dapat aku cakap, melainkan aku harap ko redha dengan apa yang telah ditentukanNya. Kita juga satu hari akan ke sana juga, tak tahu esok, lusa atau bila. Aku tahu ko ingin sangat bonda kesayangan ko bersama-sama ko meraikan detik-detik bahagia ko, tapi aku yakin bonda kesayangan ko sudah merasakan kebahagiaan yang ko kecapi kini. Dia tentu bahagia bila melihat anaknya kini sudah mampu ketawa seperti dulu. Dia tentu bahagia bila mengetahui ko kini sudah bersemangat seperti dulu.

Ellie,
Permulaan tahun ini penuh kesuraman untuk aku. Berita kematian saudara terdekat dan orang kesayangan sahabat-sahabat aku memenuhi 4 bulan pertama tahun ini. Belum luput satu berita, satu berita lagi sampai. Tak tahu malapetaka apakah yang menimpa, sehingga semua perkabaran yang sampai pada aku sangat-sangat menyedihkan.

Ellie,
Aku harap ko tabah. Aku harap ko terus gagah. Aku yakin ko mampu melalui detik-detik memeritkan ini. Aku yakin ko kuat.

Ellie,
Aku akan terus mendoakan kesejahteraan ko sahabat. Dan aku berdoa, agar hari-hari yang akan ko tempuhi akan lebih ceria, akan lebih bermakna.

Sayang Dan Kasih Buat Ko Sahabat,
~ moon

Bonda dlm kisah ini adalah ibu kepada Ellie yang telah pulang ke rahmahtullah pada 8hb April 2008, jam 11:30 pagi. Doakan agar rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang di rahmati. Al-Fatihah.

 
design by suckmylolly.com