Wednesday, April 09, 2008

~ Buat Ellie ~

Ellie,
Assalamualaikum. Aku baca sms ko pukul 9:15 malam. Aku tahu ko hantar pukul 2:36 petang. Khilafnya aku sebagai sahabat, hanya dapat membaca message ko... mungkin setelah segalanye selesai. Aku cuba juga menelefon ko sejurus selepas itu, namun gagal. Mungkin ko tak mahu gangguan. Mungkin ko dan keluarga ko sedang menyedekahkan Al-Fatihah buat bonda kesayangan kalian.

Ellie,
Sampai sekarang aku masih gagal menghubungi ko. Waktu macam nih la handphone aku tinggal kat rumah. Tadi aku call ko, ko dalam perjalanan ke Puduraya. Mungkin menghantar saudara mara pulang.. mungkin. Kuala Lumpur nih nak hujan lebat nih, aku harap ko tak tersekat pulak dalam banjir.

Ellie.
Tiada kata lain yang dapat aku cakap, melainkan aku harap ko redha dengan apa yang telah ditentukanNya. Kita juga satu hari akan ke sana juga, tak tahu esok, lusa atau bila. Aku tahu ko ingin sangat bonda kesayangan ko bersama-sama ko meraikan detik-detik bahagia ko, tapi aku yakin bonda kesayangan ko sudah merasakan kebahagiaan yang ko kecapi kini. Dia tentu bahagia bila melihat anaknya kini sudah mampu ketawa seperti dulu. Dia tentu bahagia bila mengetahui ko kini sudah bersemangat seperti dulu.

Ellie,
Permulaan tahun ini penuh kesuraman untuk aku. Berita kematian saudara terdekat dan orang kesayangan sahabat-sahabat aku memenuhi 4 bulan pertama tahun ini. Belum luput satu berita, satu berita lagi sampai. Tak tahu malapetaka apakah yang menimpa, sehingga semua perkabaran yang sampai pada aku sangat-sangat menyedihkan.

Ellie,
Aku harap ko tabah. Aku harap ko terus gagah. Aku yakin ko mampu melalui detik-detik memeritkan ini. Aku yakin ko kuat.

Ellie,
Aku akan terus mendoakan kesejahteraan ko sahabat. Dan aku berdoa, agar hari-hari yang akan ko tempuhi akan lebih ceria, akan lebih bermakna.

Sayang Dan Kasih Buat Ko Sahabat,
~ moon

Bonda dlm kisah ini adalah ibu kepada Ellie yang telah pulang ke rahmahtullah pada 8hb April 2008, jam 11:30 pagi. Doakan agar rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang di rahmati. Al-Fatihah.

1 comments:

The Sweet Talker said...

Please send her my condolences on the expiry of her monther. I don't know her, but I understand how she must have felt.

Al-Fathihah.

 
design by suckmylolly.com