Tuesday, June 08, 2010

Kosong Nye

Rasa sangat kosong.

Inside.

Outside.

Rasa sangat sangat sangat kosong @ 2:41 am.

Thursday, June 03, 2010

Berbaloikah?

Pernahkah anda mempunyai seorang sahabat yang tidak mampu lagi anda bantu? Tidak mampu lagi anda nasihatkan? Tidak mampu lagi anda simpati?

Aku ada. Aku pernah.

Tapi sekarang aku tak tahu sama ada aku sudah membuang dia dari ikatan persahabatan ini atau tidak. Kerana aku, aku tidak pernah membuang sahabat. Cuma sahabat sahaja yang membenci aku. Benci kerana aku menasihatkan perkara yang betul. Benci kerana kesalahan yang dia lakukan tidak di sokong oleh aku. Benci kerana aku tidak cukup baik untuk menjadi sahabatnya.

Apa-apa pun aku sentiasa mendoakan agar dia di pertemukan dengan seorang sahabat yang lebih baik dari aku. Yang mampu memberikan nasihat sekaligus membetulkan kembali jalan nya yang sudah bengkang bengkok itu.

Aku masih sayang kan kau sahabat ku. Tapi aku tidak mampu melihat kau membinasakan diri mu lagi.

 
design by suckmylolly.com