Thursday, November 30, 2006

...::: aku harus pulang :::...

pic by: zindyzone




Semalam aku balik awal. Awal yang bermakna aku balik dari pejabat tepat pada masanya. Pukul 6 petang. Aku suka balik tepat pada masanya. Kenapa? Kerana ada banyak perkara yang boleh aku bereskan. Perjalanan balik dari KL ke Seremban pada waktu 6 petang mengambil masa lebih satu jam setengah.

Semalam juga aku banyak berfikir, tentang hidup aku. Tentang apa yang telah lalui. Tentang apa yang akan aku lalui. Tentang apa yang ingin aku lalui. Dan aku menyedari bahawa, aku telah banyak membuang masa. Membuang masa aku dengan menyendiri, membuang masa aku dengan perkara remeh. Membuang masa aku tanpa tujuan.

Kenapa aku jadi begini? Sedangkan pada hakikatnya aku seorang manusia yang positif. Seorang periang. Seorang yang penuh dengan warna dan karekter. Tetapi apa yang tinggal kini hanyalah seorang manusia yang berada di satu sudut memerhati kehidupan yang lalu lalang di hadapan mata. Memerhatikan masa yang silih berganti tanpa cuba berbuat apa-apa.

Manusia apakan aku ini? Semalam juga, seorang kawan… ye seorang kawan… aku panggil dia kawan kerana aku kurang rapat dengan dia. Tetapi seorang kawan inilah yang menyedarkan aku bahawa aku telah lama tertinggal dalam hidup. Ada satu rasa meruap dalam diri aku bila aku membaca tulisannya.

Dia sudah gah menjajah pelusuk dunia. Dia sudah gah mencari jati diri dalam kemelut kehidupan. Dia sudah gah menyaksikan kemanusian dari sudut matanya sendiri. Dan aku? Aku masih di sini. Aku masih dengan langkah pertama. Langkah pertama yang aku buka telah mati 6 tahun lalu. Ia mati di situ. Mati tatkala aku baru bertatih mengenal dunia.

Aku menafikannya. Aku telah menafikannya. Aku telah menafikan yang ianya telah merubah kehidupan aku sama sekali. Aku sematkan di dalam hati bahawa aku masih seperti dulu. Aku masih manusia yang sama. Aku masih mempunyai kekuatan yang sama. Tapi siapa yang hendak aku tipu? Tapi mengapa bila semalam, apa yang aku baca itu mendatangkan detik yang hebat dalam diri ku? Tapi mengapa jika benar aku tidak pernah berubah, aku telah kehilangan semua akal dan bakat yang telah aku warisi dan perhebatkan sepanjang awal kehidupan ku.

Ini semua tidak masuk akal. Aku perlu pulang. Aku ingin pulang.

Tuesday, November 14, 2006

...:::Masih Mood Raya:::...

Hari nih dah berapa Syawal yer? Aku dah lost track of the time skrang nih. Tahun nih memang aku tak rasa cam berhari raya. Tiga hari sebelum raya aku dah balik Terengganu. Raya ke dua aku dah balik ke Seremban. Raya ke tiga dah start keje. Seminggu lepas tu aku pindah rumah pulak. Heh… hari tu ada budak nak datang beraya kat rumah aku… aku kata.. rumah aku tak der kuih raya… ekekekekekekekeke… bukan alasan palsu nih.. betul-betul punya alasan… tahun nih memang aku tak der langsung beli dan bikin kuih raya… heh… macam tak caya jer kan!



Tapi hari nih rasa kembali cam hari raya.. bebudak kat unit aku pakat-pakat collect RM15 sorang… pastu buat masak nasi himpit, sate, kuah kacang, lemang, rending.. etc… perghhhhh pendek kata sumer ada la termasuk berbagai kuih raya… nasib baik unit aku nih kecik aje.. tu pong dah mengundang mata-mata lain dari unit yang berhampiran… musti diorang jeles



Tahun nih jugak aku tolak sumer jemputan open house… aku bukan tak nak pergi tapi aku betul-betul sibuk menguruskan rumah aku yang asik close jer semenjak dua menjak pindah nih.. aiseyyyy.. ada keje masuk la pulak… sign off dulu…

 
design by suckmylolly.com