Thursday, November 30, 2006

...::: aku harus pulang :::...

pic by: zindyzone




Semalam aku balik awal. Awal yang bermakna aku balik dari pejabat tepat pada masanya. Pukul 6 petang. Aku suka balik tepat pada masanya. Kenapa? Kerana ada banyak perkara yang boleh aku bereskan. Perjalanan balik dari KL ke Seremban pada waktu 6 petang mengambil masa lebih satu jam setengah.

Semalam juga aku banyak berfikir, tentang hidup aku. Tentang apa yang telah lalui. Tentang apa yang akan aku lalui. Tentang apa yang ingin aku lalui. Dan aku menyedari bahawa, aku telah banyak membuang masa. Membuang masa aku dengan menyendiri, membuang masa aku dengan perkara remeh. Membuang masa aku tanpa tujuan.

Kenapa aku jadi begini? Sedangkan pada hakikatnya aku seorang manusia yang positif. Seorang periang. Seorang yang penuh dengan warna dan karekter. Tetapi apa yang tinggal kini hanyalah seorang manusia yang berada di satu sudut memerhati kehidupan yang lalu lalang di hadapan mata. Memerhatikan masa yang silih berganti tanpa cuba berbuat apa-apa.

Manusia apakan aku ini? Semalam juga, seorang kawan… ye seorang kawan… aku panggil dia kawan kerana aku kurang rapat dengan dia. Tetapi seorang kawan inilah yang menyedarkan aku bahawa aku telah lama tertinggal dalam hidup. Ada satu rasa meruap dalam diri aku bila aku membaca tulisannya.

Dia sudah gah menjajah pelusuk dunia. Dia sudah gah mencari jati diri dalam kemelut kehidupan. Dia sudah gah menyaksikan kemanusian dari sudut matanya sendiri. Dan aku? Aku masih di sini. Aku masih dengan langkah pertama. Langkah pertama yang aku buka telah mati 6 tahun lalu. Ia mati di situ. Mati tatkala aku baru bertatih mengenal dunia.

Aku menafikannya. Aku telah menafikannya. Aku telah menafikan yang ianya telah merubah kehidupan aku sama sekali. Aku sematkan di dalam hati bahawa aku masih seperti dulu. Aku masih manusia yang sama. Aku masih mempunyai kekuatan yang sama. Tapi siapa yang hendak aku tipu? Tapi mengapa bila semalam, apa yang aku baca itu mendatangkan detik yang hebat dalam diri ku? Tapi mengapa jika benar aku tidak pernah berubah, aku telah kehilangan semua akal dan bakat yang telah aku warisi dan perhebatkan sepanjang awal kehidupan ku.

Ini semua tidak masuk akal. Aku perlu pulang. Aku ingin pulang.

2 comments:

Anonymous said...

kakak?abang? saya tak tau awak siapa.
tapi bila saya baca artikel ni saya tetiba jadi amat terharu.

ianya mengngingatkan sesuatu pada diri saya.

ya saya pun harus pulang segera..

terima kasih.

Jay.

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

thanx 4 d comment Jay.. lama dah tak posting..

this page yg i tulis mmg yg paling terasa dlm hati nih.. glad u like it..

singgah lagi nanti yer..

 
design by suckmylolly.com