Friday, February 20, 2009

Perginya Insan Kesayangan Huzz



Tengah sibuk-sibuk beremail pasal bonus dan keuntungan syarikat dengan Huzz & Nid, tiba-tiba email Huzz masuk memberitahu he will be on compasionate leave. Dan mintak kenselkan segala date yang dah di rancang. Hmmmm.. apa hal lak nih.

Cepat aku capai telefon dan menghubungi dia. Tiba-tiba saja, mesti ada hal penting. Berita sedih yang di sampaikan dek Huzz. Ibunya telah meninggal dunia pagi tadi. Inalillah wainailaihi rajiuun.

Aku terkedu. Bulan ini saja sudah banyak berita kematian insan-insan tersayang bagi sahabat-sahabat aku yang aku terima. Silih berganti.



Huzz, aku harap ko tabah dan redha dengan apa yang telah di tentukan oleh Nya. Walaupun aku tak pernah kenal ibu ko Huzz, tapi saat ko menyampaikan berita ko kehilangannya, airmata aku mengalir. Kerana ko sahabat aku, kesedihan ko juga adalah kesedihan aku.

Ko settelkan la hal kat Ipoh dulu, nanti ko balik KL kita kuar lagi, nanti ko kongsi aaa cerita sedih ko itu yer.


Al-Fatihah buat ibu kesayangan Huzz.

Saturday, February 14, 2009

Erti Cinta Sebenar



~ Erti Cinta ~

Termenung ku bercelaru
Memikirkan cinta
Di mana sebenar
Namanya cinta

Tak tertahan hati ini
Bila kau berkata
Sememangnya aku
Menyintaimu

Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah
Kau dan aku bagai tiada arah
Namun aku percaya kita akan mengatasi
Segalanya hanya untukmu
Kupasti

Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar
Untuk engkau dan aku

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

Friday, February 13, 2009

~ Tag From Ana ~

Seperti yang aku katakan hari tu, Ana telah mentag aku dengan 5 Things I Can't Stand. Tapi hari tu aku tengah busy dengan house warming di Masak Apa Moon, so tertangguh la kejap tag ini. Hari nih ada rasa sket senang untuk menjawab tagging mu ini Ana. Hehehehehe

So here is the 5 Things I Can't Stand.

1. I Can't Stand - Bad Body Odour. Memualkan dan seriously make me sick. Diorang nih tak tau ke ada benda called deodorant. Go and get one!

2. I Can't Stand - Stinky Mouth. Huhuhu.. esspecially does garlic smells after lunch. Yuckssss! There is one man made marvel called mint! It's cheap and refeshing, use it!

3. I Can't Stand - Hypocrete People. Always trying to be in par with others by keep telling lies one after another. Just be yourself.

4. I Can't Stand - Waiting For Others or Others Waiting For Me. My habit, I will make sure the person that I'm going to meet will be there at the exact time by calling them 15 minutes early saying that I've arrived. My wrist watch also shows 20 minutes early that the actual time.

5. I Can't Stand - Tagging With Other People For Too Long. I love making friends, so I don't need any friends who wants to keep me just for themselves.

So that's it Ana! There my answer. And now this tag goes to...

Monday, February 09, 2009

Food Blog Ku Yang Baru

Phew... penat giler mengadjust rumah baru. Pastu nak paste post-post makanan yang dah melambak kat blog nih. Rasa macam dah tak relevan, citer pasal resepi dan kepala yang serabut dalam satu blog. So kenkawan dan bukan kenkawan ku, kalau korang nak carik resepi atau nak kongsi link food blog korang leh la pegi sini Masak Apa Moon. Kok tak leh, taip jer http://masakapamoon.blogspot.com di bahagian address tu.

Jom aaa jengok blog baru ku!

Wednesday, February 04, 2009

~ Tag ~

Baca di blog Ana, dia telah tag aku dengan 5 Things I Can't Stand. Tapi tunggu la dulu ek. Nanti akan ku selesaikan tag ini nanti. Tunggguuuuuu

Monday, February 02, 2009

~ Double Dates at Tenji ~



Akhirnya, setelah penantian yang maha hebat sejak 2 minggu lalu, 2 Februari menjelma. Hari ini, aku, Atan, Nid dan Che Din akan lunch di Tenji. Satu restaurant baru berkonsepkan japanese buffet yang makin hebat di perkatakan sekarang.

Dalam rasa teruja nak melangkah ke sana, aku risau jugak, yelah dok baca komen-komen yang kurang membina pasal Tenji lately nih. Tak sedap la, spread kecik la dan memacam la. Memang la pada awalnya agak frust giler bila nak wat reservation. Aku dail dari pagi sampai ke Maghrib baru tembus line. Tak per aaa at least berbaloi dah usaha tu.



Tenji terletak di Mont Kiara. Tempat yang langsung aku tak pernah jejak. Yelah, apa ke halnye plak aku nak ke sana kalau tak der benda kan? Janji nak jumpa ngan Nid & Che Din di Hentian Serdang arah Utara. Aku lewat sket sebab menguruskan hal Irfan kat sekolah. Aku tak bawak dia skali kali nih, first skali aku tak tau cemana spread makanan kat sana, kang dah bayar dia tak makan rugi la pulak.

Dari Hentian Serdang, Che Din bawak ke Jalan Duta dan terus ke Mont Kiara. Nasib la Che Din tahu, kok harap aku, aku kena la bawak map lengkap baru leh sampai sana. Dah masuk area Mont Kiara pusing-pusing gak sebab tak bape sure. Akhirnya sampai gak kat Tenji dalam kul 11:45 pagi gitu. Sedang elok jer untuk lunch time.





Sampai depan Tenji, dah panjang dah barisannya. Siap ada sign kata This Session Is Full House. Huh! Mujur dah wat reservation, kalau tak melopong la. Datang jejauh, pastu kena makan Kenny Rogers la pulak. Lepas buat bayaran di kaunter depan, kitorang di bawak ke meja yang di sediakan.

Tak sempat duduk, kitorang terus membuat pusingan tinjauan kat ruang buffet. Huh besar yang amat. First skali aku nampak, sweet coconut juice. Lepas amek air, cari makanan pulak. Their dishes consist of japanese cuisines, chinese & western. Kira okeh la, kalau tak bape suka japanese food, kita leh amek western food. Japanese spread, ada udon with miso soup, tempura, tepanyaki, sashimi, sushi, and oh yeah unagi. Yummy!


Scallop sashimi


Salmon sashimi


Prawn Tempura.. really fresh


See how big is their oyster?


Tiger prawn

Western pulak, ada pasta, pizza, mushroom soup with bun, grilled chicken with braised sauce, mussels with cheese & butter fish. Chinese spread pulak, dim sum, crab with marmite, brocolli with shitake mushroom, steam pomfret, steam siakap & herb soup. Sayang, tak der steam cod hari nih.


Bamboo clam & spaghetti


Crab in marmite, prawn and bamboo clams


My oysters plate


Sushi


More and more oysters ~ a dash of tabasco, lemon juice and thousand island, the oyster is good to go


More and more sushi


Choices of pasta

Drinks? Banyaknye variety. Air kelapa yang aku sebut tu, ada chinese tea, expresso coffee, cappucino, fruit juices and soft drinks. Wohooo free flow of sweet coconut juice. Ada orang komen, Tenji tak refill air kelapa tu, hmmm setakat yang aku pegi nih, air kelapa tak putus pun. Aku boleh sanggup minum 3 biji jer, kalah aku ngan Nid yang leh minum sampai 5 biji. Salute!



Lavender tea anyone?


Sweet coconut juice

Desserts dia jangan cakap la. Haagen-Dazs ice cream & sorbet! Huhuhuhu tak boleh tahan. Cakes lagi. Mochi lagi. Memang berbaloi dengan harga RM49.90 sorang. Yelah satu scoop Haagen-Dasz tu jer dah bape hinggit kan?


Long queue kat Haagen-Dazs counter


Hasilnye


Mochi


Choc fountain


An array of mousse and mochi


Mango mousse (errr.. one can skip this)

So kalau korang nak try, despite all the comments yang korang dah baca dalam internet, korang pegi jer la. Ada yang kata, order unagi pun lambat, order steam fish pun lambat, tapi aku rasa tadi masa kitorang order quite reasonable time la masa diorang prepare the dishes. Orang ramai kan. Bowl untuk unagi jer tak cukup satu dah tadi.







So sape berkenan dengan japanese buffet, you should try Tenji since diorang masih ada promo until 15 February nih. Nak booking? SMS aje. 0169209007.


~ Blog Adibah Ahmed La Pulak ~

Tadi jalan-jalan di alam maya, sempat singgah kat rumah Khai, isu panas terbaru pasal satu laman web baru klon web Adibah Ahmad yang telah menggegarkan keamanan Malaysia kejap dulu.

Baru jer habis isu panas dengan blog Adibah Ahmad tu, sekarang timbul pulak blog baru dengan isu yang sama. Anti Islam, bencikan Islam dan semua yang tak sempurna pasal Islam.

Aku dah baca blog tersebut, tak tau la kalau korang sempat atau tak baca sebab ramai yang dah start flag blog itu. Korang kalau dapat baca aku harap baca dengan rasa insaf kerana masih ada orang kat luar sana yang kurang faham lagi pasal Islam dan dengan senangnya menulis yang bukan-bukan tentang Islam. Dan lagi satu, baca dan jangan caci-mencaci penulis blog tersebut, doakan lah agar dia di beri hidayah dari Allah SWT. Aku personally, sesungguhnya amat benci dengan tindakan penulis blog tersebut tapi seperti mana kisah blog Adibah Ahmad, kononnya Adibah Ahmad yang sebenar telah di aniaya pihak tertentu. Wallahualam.

Sesungguhnya apa jua yang berlaku adalah dengan izin Nya jua.

Kalau masih sempat nak baca, korang leh gi link nih http://www.adibahahmed.blogspot.com/ dan blog ini http://www.syurga-islam.blogspot.com/.


Sunday, February 01, 2009

~ Tenji Reservation Confirmed ~

Psssttttt.. tadi Tenji call.. lunch reservation for 4 untuk besok @ 2 Februari confirmed!

~ Salmon Steak & Sos Putih ~



Aku, Atan dan Irfan memang suka makan salmon. Semalam, Atan bawak balik salmon fresh. Malam tadi aku dah goreng sket. Malam nih plak rasa cam nak ubah rasa sket. Resepi milik Skyblue aku amek dari MyResipi.

Err.. biasa la aku kan.. suka menderhaka pada resepi asal. Aku tak guna susu segar since tak der dalam simpanan. Yang ada balance whipping cream masa aku bikin birthday kek Irfan ari tu. So aku guna la whipping cream. Untuk resepi asal korang gi la kat MyResipi yer.

Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 3 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • 1 cawan nasi putih
  • Kubis bulat dihiris dan di gaul dengan mayonis dan sedikit cuka
  • Hirisan lemon
Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil Italian herb (herb asal Parsley kering)
  • 1 cawan whipping cream
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan mentega dan goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan yang lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dengan minyak sehingga masak.
  3. Siap, hias ikut kreativiti memasing.

Sedap giler!

 
design by suckmylolly.com