Wednesday, August 27, 2008

~ Work Sucks! ~

At this point of time, I really hate my job. Betul. Sangat menyampah. Sangat menyakitkan hati. Off late nih jugak, my boss meragam semacam. Don't know whether sebab dia baru potong rambut. Or maybe dia ada masalah keluarga, tapi suasana di ofis amat negatif.

Today, malang buat aku. Kerana menyangka yang dia setuju dengan arrangement tentang persembahan akhir tahun O & T. I assume yang my boss ok coz aku pernah bagitahu dia sehari selepas latihan pertama bermula, latihan tarian akan diadakan 15 minit setiap hari dan dalam 5 hari bekerja tu ada 1 hari kami akan berlatih selama 2 jam.

Betul kata orang, DON'T ASSUME. Itu yang aku silap. Maybe dia nak aku cakap dengan dia hari-hari tentang latihan tersebut. Atau mintak kebenaran setiap hari. Tapi... hmmmm bukankah dia dah bagi approval dulu? Cuma hari ini, aku nak tukar tempat latihan. Ada offer menggunakan bilik di meeting room di bangunan lain. Peluang bagus kenapa perlu tolak kan? Apatah lagi dengan keadaan ofis yang sedang dalam proses renovation.

One of my colleague dah mintak kebenaran guna meeting room dalam ofis, tapi she didn't allowed. Atas alasan, meeting room tu untuk kegunaan staff training berkaitan kerja. Dan offer dari salah seorang comittee untuk O & T show pagi tadi tu benar-benar bagus. Sekurang-kurangnya, staff yang berlatih akan rasa selesa. Selesa kerana ruang yang agak besar dan selesa dari di pandang sinis oleh staff PV yang baru menyertai kami minggu ini.

Aku silap kerana tidak bagitau my boss tentang pertukaran tempat. Dan aku dah mintak maaf atas kesilapan aku nih.

Tahu apa aku dapat? "You can do whatever you want. bla bla bla.. you choose to against me. bla bla bla... I only incharge of bla bla bla. Other than bla bla bla is not my business."

Aku terkedu. Selama ini, selama aku menjadi coordinator untuk persembahan akhir tahun nih, aku tak pernah minta sesen pun dia bayar segala usaha aku. Dari mencari idea persembahan, mencari lagu, mencari trainer hinggalah mengajar menari. Malah adik aku Johanna, dengan suka rela membantu. Tanpa banyak soal, mengajar staff-staff yang langsung tidak boleh bergerak hingga sekarang sudah pandai membaca rentak dan mengenali beat. Aku tak pernah mintak dia agung-agungkan apa yang aku telah buat.

Tapi sekurang-kurangnya ada sikit ingatlah, bak kata orang-orang tua, ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, hmmmmm maybe bangsa mereka ini tak kenal budi bahasa. Sesungguhnya, email yang di hantar pada aku dan di cc kepada seluruh staff yang terlibat berjaya mencalar maruah aku. Aku tidak sedih. Tapi aku rasa sangat frustrated. Aku rasa sangat terkilan. Aku rasa sangat tidak berharga. Aku rasa sebagai seorang ketua yang aku hormat, bahasa sekasar ini bukanlah satu cara yang berkesan untuk mengajar staff. Dan tiba-tiba aku rasa my boss macam kanak-kanak kecil yang merajuk. Yang perlu di pujuk dengan sebeban gula-gula berwarna-warni.

Kalau korang jadi aku apa korang buat? Apa korang rasa?

0 comments:

 
design by suckmylolly.com