Ramadhan menjenguk wajahnya sekali lagi. Dan seperti tahun-tahun yang lalu, sudah menjadi kebiasaan kami untuk berbuka puasa bersama-sama jika ada kesempatan. Dan untuk pembuka tirai bagi tahun ini, kami memilih Restoran Puteri di Brickfields. Terletak berhadapan dengan KL Sentral. Anda boleh gunakan Putra LRT atau Monorail untuk ke sana. Kalau memandu, make sure keluar awal kerana Brickfields waktu petang memang jam giler. Parking lot pun tak berapa banyak.
Lokasi yang strategik dan harga yang berpatutan adalah salah satu sebab kenapa restoran ini di pilih. Sebab utama ialah.... hampir semua hidangan yang di sajikan enak dan sedap. Meh tengok apa yang kami makan kali ini
Pekerja Restoran Puteri sibuk menyusun hidangan
Antara kuih tradisional melayu di hidangkan di dalam nyiru
Macam-macam kerabu ada
Cream Caramel with Mix Fruits
Sweets Dates & pickles... yummy
Budu, Sambal Belacan, Air Asam & Tempoyak
sah meleleh air liur
Pecal
Antara wajah yang hadir kali nih
Asmida & Azea
(lupa nak snap gambar Kak CT, dah buka pose terus lupa.... sori aaaaa Kak CT)
Selain dari buffet buka puasa, restoran Puteri juga menjual kuih raya dengan harga yang berpatutan. Go for their pineapple tart and kuih bangkit. Memang sedaaaaappppp! Oh yer, kuih makmur dia pun sedap jugak.
Ada banyak lagi delicacies yang tak sempat aku snap gambarnya. Untuk semua hidangan yang nyum nyum ini, anda hanya perlu membayar RM22 nett untuk dewasa dan RM12 nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Oh yer... kanak-kanak 7 tahun ke bawah makan percuma!
So apa lagi, pegi la cuba. But remember, untuk buffet ramadhan nih, do call and make your reservation first. Sebab apa, takut nanti walk in saja tak der tempat duduk pulak. The restaurant usually full during break fast.
Alamat:
No 148 Jalan Tun Sambanthan
Brickfields
50470 Kuala Lumpur.
Phone no: 03- 2274 7831
0 comments:
Post a Comment