Friday, September 12, 2008

~ Buka Puasa @ Puteri Penchala ~

Bulan Ramadhan nih, aku agak sibuk menghadiri majlis berbuka puasa dengan teman-teman. Salah seorang darinya Julia Idaly. Julia kini menetap di India, mengikuti suami tercinta yang bertugas di sana. Peluang berbuka puasa dengannya tidak aku lepaskan bila dia pulang ke Malaysia 9hb lalu. Kami telah merancang seawal bulan Ramadhan menjelma lagi, malah Julia dengan bersusah payah membuat tempahan di Restoran Puteri Penchala terus dari India.




Gah di atas bukit

Yep, selalunya aku berbuka puasa di Restoran Puteri di Brickfields, kali ini masih Restoran Puteri lagi tetapi terletak di Sg Penchala, Damansara. Restoran yang terletak di atas bukit ini adalah milik aktres veteran terkenal Puan Rubiah Suparman.


Ruang dalam restoran


Buffet area


Buffet area

Majlis buka puasa ini juga di hadiri teman-teman rapat Julia yang lain, Wana, Hazrul, Enn dan Dek Tee. Dan hari ini juga, aku menambah lagi 4 kenalan baru yang sporting, gila-gila dan lawa-lawa belaka.


Banyaknya lauk

Okeh, verdict for Restoran Puteri... everything superb! All authentic Malay cuisines, actually aku rasa they are more to Negeri Sembilan dishes such as, Gulai Lemak Siput Seput, Gulai Lemak Pisang Muda, Gulai Lemak Daging, Terung Goreng Berlada, Ikan Talapia Goreng Berlada dan ulam-ulam.


Kat luar ada stall lagi, yong tau foo, kambing panggang etc

They also served kambing panggang, yong tau fu, mee sup, murtabak Singapore and an array of local mouth watering desserts. I heart their Lompat Tikam. Eeemmm hmmmm yummmmmyyyy!


Yummy Tepung Pelita


Chiput Chedut sruuppp sruupp

Perkara pertama yang aku cari, seperti biasa la, always go for their teh tarik. Tak jauh beza teh tarik Puteri Brickfields dan Puteri Penchala. Heaven!


My new friends

How much does this Ramadhan buffet cost? RM45 nett per person. Ramadhan masih panjang lagi, go and give yourself a try!

Restoran Puteri (Sg Penchala)
Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Tel No : 03-77284886
Fax No: Fax: 03-77264887

2 comments:

The Sweet Talker said...

Baekkkkk punya review!!!

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

mussssstttiii.. tempat cantik makanan sedap.. review dia mesti best..

oh yeah... tima kasih la gambar-gambar nih yeh

 
design by suckmylolly.com