Sunday, December 07, 2008

~ Gulai Ketam ala Moon ~



Aku dari kecik sebenarnya tak leh makan ketam. Bila makan sure bibir jadi bengkak. Tapi lately nih semenjak dua menjak dah jadi tua nih, aku rasa allergic aku tu pun dah tak der kot. Dan lately nih jugak la Atan dok asik beli ketam. Tu jer yang cantik katanya, ikan sumer tak bape lawa musim-musim tengkujuh nih.

Atan soh aku masak gulai. Aku nih orang NS, yang aku tau masak gulai cili api, tapi Atan ngan Irfan tak leh makan lak karang.. pedas. Hmmm anyway... aku berjaya gak masak gulai nih. Main hentam aje. Janji bulih makan dan tak kena cirit birit.

Tapi terperanjat gak, the outcome of the gulai hentam keromo nih, sedap. Irfan punya la suka. Terperanjat aku tengok dia makan ketam. Selama nih bila aku masak ketam, tak akan dia makan de. Nevermind, next time Mommy masak cenggini lagi ek.

Nih resepi aku, mana la tau kalau korang nak cuba.

2 ekor ketam (potong 2)
1 inci kunyit hidup *
6 ulas bawang kecik *
3 ulas bawang putih *
Lengkuas sehiris *
Belacan sket *
Cili boh @ cili giling 2 sudu besar
Santan (aku guna santan kotak kecik)
Asam keping 1
Tempe sekeping (kalau suka)
Garam & gula

Cara-caranya
1. Ketam bersihkan, potong 2 dan masuk dalam periuk
2. Sumer bahan bertanda * blend dengan sedikit air dan masukkan dalam periuk berisi ketam tadi. Masukkan sekali cili boh. Pasangkan api, tunggu sampai ketam bertukar kaler.
3. Kalau air kurang, tambahkan air, takut tak berkuah pulak.
4. Masukkan tempe kalau suka. Tak pun apa saja yang korang suka boleh letak (nenas ker, belimbing ker etc)
5. Masukkan santan. Aku guna santan kotak coz aku memang simpan santan camni kat dapur. Senang, time nak masak balik keje tu tak der la sibuk nak perah kelapa. Kalau nak guna yang original lagi sedap gitu.
6. Masukan asam keping, garam dan gula. Rasa masinnya.
7. Tunggu sampai menggelegak jangan sampai pecah santan.
8. Siap!


2 comments:

I'm Free said...

lor..aku ingat, aku sorang je tak leh makan seafood...
ko pun tak leh gak eh,,,

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

hehehehe.. mmg pon. tapi i heart seafood, jadik tak kira.. allergic ke hape.. aku balun jugak.

 
design by suckmylolly.com