Alhamdullilah.. setelah merancang hampir 3 tahun, reunion berbuka puasa STTJ batch 91/92 telah terlaksana juga. Walaupun tidak dapat mengumpulkan lebih ramai ex-student, majlis tetap meriah dengan mengenang kembali memori nostalgik waktu sekolah dulu. Diam tak diam, dah 16 tahun meninggalkan Teknik Tuanku Ja'afar. Gathering kali ini, di harap dapat membuka jalan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti untuk batch 91/92 ini.
On the way to Intai-Intai
Di sambut rembang senja Kuala Lumpur
Dan di sambut juga dengan kesesakan jalanraya di MRR2
Akhirnya sampai juga ke Intai-Intai
Oh yer, jangan lupa datang bersembang-sembang di ruang forum. Ramai yang ada di sana. Kongsi segala memori dan juga idea untuk kebaikkan bersama. Korang juga boleh menggunakan platform yang ada untuk mengembangkan lagi bisnes ada. Yelah, siapa lagi nak tolong kawan kalau bukan kawan-kawan sendiri.
Insyallah, aktiviti lain yang akan di laksanakan di bulan Syawal ialah open house. Sama ada open house rumah ke rumah or maybe a big Raya Gathering for family of 91/92. So sentiasa la masuk ke website untuk perkembangan terkini.
Ruang makan
So macam mana dengan buka puasa nih? Ahamdullilah... great company and great food. Tak sia-sia mencari bagai nak rak di mana Intai-Intai nih berada. Sesiapa yang tak pernah cuba dan tak pernah pergi, give yourself a try. Jangan terpedaya dengan dereten workshop yang menyambut mata anda bila sampai di sini, kerana sebaik saja kaki anda melangkah masuk ke perkarangan restoran, anda akan terpukau dengan keindahan lanskap dan susun atur restoran ini.
Cahaya mengeliling kolam
Nice lighting concept
Cozy lighting
candle holder di letakkan di tiang ruang makan
Booked for 12 pax
Benar-benar tropical dining. Bila waktu senja berlabuh, suasana malam sangat hening. Tambah lagi dengan dereten lampu di pasang di sekeliling kolam. Macam tak percaya nun di sebalik sana, adalah jajaran lebuhraya MRR2 yang sentiasa sibuk dan bising dengan deruan kenderaan.
Dengan harga buffet yang berpatutan, RM39.90 untuk dewasa, RM19.90 nett untuk kanak-kanak bawah 12 (5 below percuma) dan RM25 nett untuk warga emas berumur 65 tahun ke atas, anda akan di sajikan dengan pelbagai hidangan yang enak. Dan aku benar-benar jatuh cinta dengan nasi dagang Kelantan yang di hidangkan. Dessert yang di sajikan juga menawan hati. Ada ubi sira, kuih-kuih tradisonal Malaysia, pulut mangga, pulut durian dan ABC. Pendek kata, kualiti makanan yang terhidang exceed the amount of money we spend.
wajah-wajah yang hadir
mengenang kembali waktu sekolah
Baby Ninja, Antuencem & Rafali
Boys will be boys
Rafali & Sam
Hamdan & Firdaus
Baby Ninja & anak
Indahnya malam di Intai-Intai
Aman dari kebingitan Kuala Lumpur
anak-anak juga turut gembira
Batrisya, Hakimi & Irfan
4 comments:
masyaallah subhanaullah smuanye aku nampak cam dah tua2 je.... sungguh cpt mase berlalu....hehe jgn mare....looking young is doesn't matter but feeling young is a matter n important...hihihihhh
hehehehe.. yep.. forever young at heart.. thanks kerana menyinggah. Singgah-singgah la selalu yer
Suasana di intai-intai memang menyamankan dan memberikan satu ketenangan...
Walaupun hidangan buffet dia biasa-biasa je pada aku..tp suasana dan persekitaran di intai-intai memberikan satu pengalaman berbuka puasa yang lain dari yang lain
KedaiMagik[at]intai-intai
betul tu Pakcique, lain orang lain seleranya. Suasana kat sana tu yg lain dari yg lain... nyaman jer walaupun dok tepi highway MRR2 yg sibuk tu..
thanks kerana singgah di sini Pakcique...
Post a Comment