Sunday, September 14, 2008

~ Batch 91/92 Reunion Buka Puasa at Intai Intai ~

Alhamdullilah.. setelah merancang hampir 3 tahun, reunion berbuka puasa STTJ batch 91/92 telah terlaksana juga. Walaupun tidak dapat mengumpulkan lebih ramai ex-student, majlis tetap meriah dengan mengenang kembali memori nostalgik waktu sekolah dulu. Diam tak diam, dah 16 tahun meninggalkan Teknik Tuanku Ja'afar. Gathering kali ini, di harap dapat membuka jalan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti untuk batch 91/92 ini.


On the way to Intai-Intai


Di sambut rembang senja Kuala Lumpur


Dan di sambut juga dengan kesesakan jalanraya di MRR2


Akhirnya sampai juga ke Intai-Intai

Batch 91/92 juga telah mempunyai websitenya sendiri. You all can check it out here! Terima kasih atas usaha Zaki yang sanggup meluangkan masa membina website tersebut. Jangan lupa register as a member, since all photo that can be downloaded will be restricted to members only. Tinggalkan juga nombor phone korang untuk senang kami menghubungi korang untuk apa-apa aktiviti lain.


Mata terus terpesona


Ruang makan mengeliling kolam

Oh yer, jangan lupa datang bersembang-sembang di ruang forum. Ramai yang ada di sana. Kongsi segala memori dan juga idea untuk kebaikkan bersama. Korang juga boleh menggunakan platform yang ada untuk mengembangkan lagi bisnes ada. Yelah, siapa lagi nak tolong kawan kalau bukan kawan-kawan sendiri.


Damai

Insyallah, aktiviti lain yang akan di laksanakan di bulan Syawal ialah open house. Sama ada open house rumah ke rumah or maybe a big Raya Gathering for family of 91/92. So sentiasa la masuk ke website untuk perkembangan terkini.


Ruang makan

So macam mana dengan buka puasa nih? Ahamdullilah... great company and great food. Tak sia-sia mencari bagai nak rak di mana Intai-Intai nih berada. Sesiapa yang tak pernah cuba dan tak pernah pergi, give yourself a try. Jangan terpedaya dengan dereten workshop yang menyambut mata anda bila sampai di sini, kerana sebaik saja kaki anda melangkah masuk ke perkarangan restoran, anda akan terpukau dengan keindahan lanskap dan susun atur restoran ini.


Cahaya mengeliling kolam


Nice lighting concept


Cozy lighting


candle holder di letakkan di tiang ruang makan


Booked for 12 pax

Benar-benar tropical dining. Bila waktu senja berlabuh, suasana malam sangat hening. Tambah lagi dengan dereten lampu di pasang di sekeliling kolam. Macam tak percaya nun di sebalik sana, adalah jajaran lebuhraya MRR2 yang sentiasa sibuk dan bising dengan deruan kenderaan.

Pemandangan dari kawasan buffet


Buffet area (drinks counter)


Buffet area (an array of food)

Dengan harga buffet yang berpatutan, RM39.90 untuk dewasa, RM19.90 nett untuk kanak-kanak bawah 12 (5 below percuma) dan RM25 nett untuk warga emas berumur 65 tahun ke atas, anda akan di sajikan dengan pelbagai hidangan yang enak. Dan aku benar-benar jatuh cinta dengan nasi dagang Kelantan yang di hidangkan. Dessert yang di sajikan juga menawan hati. Ada ubi sira, kuih-kuih tradisonal Malaysia, pulut mangga, pulut durian dan ABC. Pendek kata, kualiti makanan yang terhidang exceed the amount of money we spend.


Atan & Irfan


wajah-wajah yang hadir


mengenang kembali waktu sekolah


Baby Ninja, Antuencem & Rafali


Boys will be boys


Rafali & Sam


Hamdan & Firdaus


Baby Ninja & anak

Sempat juga aku dan Zaki berbual dengan pemilik dan inspirasi Intai-Intai, En Baha (warden AF1). Aku memuji yang konsep dan idea untuk restoran Intai-Intai amat sesuai dengan nama restoran itu sendiri. Korang perlu mengintai di sebalik deretan workshop yang ada. En Baha mengatakan ianya memang di buat sedemikian untuk memberi kejutan kepada pengunjung yang seperti tidak percaya, di bawah kaki bukit itu terdapat sebuah tropical dining yang menyamankan.


Indahnya malam di Intai-Intai


Aman dari kebingitan Kuala Lumpur


anak-anak juga turut gembira



Batrisya, Hakimi & Irfan

Insyallah, kami akan datang lagi. Mungkin untuk aktiviti-aktiviti lain yang bakal berlangsung. Bagi mereka yang mencari kelainan dan ingin lari dari kebingitan kota metropolitan Kuala Lumpur, datang lah ke Intai-Intai, you'll be amazed!


group photo

4 comments:

Cik Yan said...

masyaallah subhanaullah smuanye aku nampak cam dah tua2 je.... sungguh cpt mase berlalu....hehe jgn mare....looking young is doesn't matter but feeling young is a matter n important...hihihihhh

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

hehehehe.. yep.. forever young at heart.. thanks kerana menyinggah. Singgah-singgah la selalu yer

Anonymous said...

Suasana di intai-intai memang menyamankan dan memberikan satu ketenangan...

Walaupun hidangan buffet dia biasa-biasa je pada aku..tp suasana dan persekitaran di intai-intai memberikan satu pengalaman berbuka puasa yang lain dari yang lain

KedaiMagik[at]intai-intai

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

betul tu Pakcique, lain orang lain seleranya. Suasana kat sana tu yg lain dari yg lain... nyaman jer walaupun dok tepi highway MRR2 yg sibuk tu..

thanks kerana singgah di sini Pakcique...

 
design by suckmylolly.com