Wednesday, July 09, 2008

~ Sepi, Kembalikan Temanku, Kekasihku, Syurgaku ~



Bisikku pada bulan
Kembalikan
Temanku, Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku

Balik dari hospital dan lepas lunch, we decide to catch this movie. Aku pernah menulis tentang CINTA sebuah lagi karya dari pengarah yang sama. Ini juga yang membuat hati aku nih meronta-ronta ingin menonton. CINTA pernah menawan aku dulu. CINTA juga berjaya merubah persepsi aku tentang filem melayu. Errrr persepsi aku berubah untuk CINTA nih saja, bukan untuk filem melayu yang lain. Jugak pernah aku kata katakan dulu, aku bukan la melayu hipokrit yang tidak menyanjung filem melayu itu sendiri, tapi aku tak sanggup duit dari titik payah aku berkerja di belanjakan untuk filem-filem melayu yang stereotype.



Kini, ada SEPI. Bila CINTA hilang muncullah SEPI. Tak ada apa yang boleh aku katakan lagi pasal filem ini. Ia juga berjaya meruntun hati. Walaupun aku tak sesedih bila melihat Cikgu Elyas hilang arah di tengah kota, airmata aku mengalir jugak bila mengetahui Imaan sebenarnya telah lama kehilangan Khalil. Huhuhuhuhu, betapa cinta yang Imaan ada telah tidak membenarkan Khalil pergi walaupun Khalil telah mati.

5 star for this movie. Aku rasa, aku boleh terima cerita dari Khabir Bhatia. Dan aku juga rasa, aku akan tengok filem yang di arahkannya. Cerita yang di sampaikan tentang kemanusiaan, sangat bersahaja dan tidak terlalu berlebihan. Yang paling best ada my favourite actor Pierre Andre & Afdlin Shauki. Sayang tak der Syarifah Amani, sure lebih gempak kan?

Kudos to all who make the movie so good to resist!

1 comments:

JIMY The Sweet Talker said...

Aku suka cerita SEPI tu. Aku pegi hari tu tengok kat TGV, satu panggung menangis! Termasuk la jantan-jantan macho, pun nangis jugak!

 
design by suckmylolly.com