Pose jelir lidah by my two sisters
Lama dah tak melepak gi minum-minum ngan budak dua orang nih. Sejak Acu pindah keje ke Equatorial, waktu keje dia pun haru-biru. Alang tak der masalah, dia kembali menganggur sekarang hingga bulan 8. Hehehehehehe.
Sebab dah lama tak jumpa diorang dan aku nak mintak tolong Alang ngajar bebudak opis menari "Thriller" (yer Thriller MJ tu, tu cerita lain masa) aku ajak diorang keluar minum. Biasanya, selalu lepak minum di kopitiam Central Market je tapi kali nih, aku ajak diorang makan kat Chili's. Tukar citarasa sket.
5:15 petang Alang dah sampai kat bawah opis aku. Lepas amek aku, terus gi pick up Acu kat Equatorial pulak. Jam 6:00 sharp kitorang dah sampai ke KLCC. Kat Chili's tak ramai orang, yelah baru pukul 6 kan. Menunggu pun tak lama. Dalam 5 minit gitu dah boleh masuk.
Duduk-duduk sambil belek-belek menu, kitorang order Triple Play for starter, my main course Mushroom Jack, Alang amek Chicken Spaghetti & Acu pulak order Ribs & Chicken combo. Drinks, a Pina Chilada for me, Pineapple juice for Alang dan Acu minum Mango.
Aku punya la risau kalau tak abis. Bukan tak tau portion kat Chili's nih memang besar. Masa datang ngan Atan hari tu pun punya la susah nak abis. Tapi jangan tak caya, my two sisters nih nampak je kecik, tapi kalau makan western cengginih memang laju. Cuba kasi dia nasi, mesti slow jer peginya.
Dalam kul 7:30 mlm kuar dari Chili's. Rasa cam nak minum Ice Blended free plak. Hahahahahaha. Apalagi, Acu contact la Sabah cam biasa. Off we go to Sungei Wang Plaza. Sekarang Sabah dah naik Trainee Manager, so dah tukar ke outlet di Sungei Wang. Last time di Pavilion.
Sampai di Sungei Wang, punya la ramai manusia. Ada concert 8TV gamaknye. Cadangnya mula-mula, sebelum melepak kat Coffee Bean, ndak la jugak carik kasut ngan handbag. Tapi tak der yang berkenan. Aku masuk Vincci tapi tak lalu tengok kasut-kasut dia dah. Dah tak der kualiti. Cam rope kasut Jukebox pun ada gamaknya.
Arggghhh susah hati. Lepak Coffee Bean. Alang order Machiato, Acu pulak Ultimate Ice blended yang mampu bikin jiwa kacau & aku pulak Belgian Chocolate Ice Blended. Sambil minum sambil surf internet sambil mendengar amoi-amoi cina menjerit-jerit tengok konsert. Perghhhh sikit punya gempita diorang nih menjerit. Aku tak kenal pun artis cina yang datang tu. Tapi sure dia hebat kan, kalau tak tu takkan la sampai abis konsert peminat dok tunggu sambil selak-selak langsir bilik persalinan diorang tu.
0 comments:
Post a Comment