The only way to get what you really want, is to know what you really want
And the only way to know what you really want, is to know yourself
And the only way to know yourself, is to be yourself
And the only way to be yourself, is to listen to your heart
..... and my heart told me to moves at a very slow speed today.
Wednesday, July 30, 2008
~ I Moves At A Very Slow Speed Today ~
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 9:00 PM 0 comments
Labels: My Subconscious Mind
Saturday, July 26, 2008
~ Dia Boleh, Aku Pun Boleh ~
Ko tengok nih, Siti Hawa menghulurkan New Straits Times pada aku. Aku tak terperanjat. Aku pernah baca kisah dia. Aku tahu apa yang dia ambik untuk jadi macam nih.
Hmmm... aku tau. Aku pun boleh jadik macam tu. Aku cuma perlu beri diri aku peluang. Kalau bukan sekarang bila lagi kan?
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 7:08 PM 0 comments
Sunday, July 20, 2008
~ My Two Sisters ~
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 4:25 PM 0 comments
Labels: Apa Citer Ari Nih?, Makan Kat Mana Ek?
Monday, July 14, 2008
~ The truth ~
Would it be as much fun, if you never stop laughing? If there were never any clouds? If you were never challenged? If you never alone? If you never heard the whole truth when it hurt? If you always knew what would happen, what to do, and where to go?
Or would you be like, "Beam me down, Bro!"
..... relish the quiet, enjoy the mysteries, and welcome the whole truth!
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 6:20 PM 0 comments
Labels: My Subconscious Mind
Sunday, July 13, 2008
~ The Person ~
The person who remembers they can always reach out and help others, never runs out of things to do, always has friends, and rarely needs advise.
........ and they worry less, too!
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 1:37 PM 0 comments
Labels: My Subconscious Mind
Saturday, July 12, 2008
~ Cute Cupcakes at DeHeart Kekcawan ~
Aku dah lama jadi pelanggan setia cupcakes dia yang cute mute ini. Sangat setia hingga aku ngan Ellie dah jadi rakan baik sekarang ini. Dan aku rasa, she deserved to be here in one of my post. Rite Ellie?
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 9:48 PM 0 comments
Labels: Makan Kat Mana Ek?
Thursday, July 10, 2008
~ Sesak Nafas III ~
My hubby rang my boss to inform that I'm still not well enough to work. Nasib baik my boss ok with it. Nak aku tinggalkan saja ubat tu, my BP sure spike up. Nak tak nak, memang kena kurangkan air dalam badan nih, or else aku akan suffer la setiap kali lepas makan ubat.
Huhuhuhuhuhuhu... sedih nih. Dah la aku banyak project nak buat kat opis tu!
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 9:14 AM 0 comments
Labels: Apa Citer Ari Nih?
Wednesday, July 09, 2008
~ Sepi, Kembalikan Temanku, Kekasihku, Syurgaku ~
Bisikku pada bulan
Kembalikan
Temanku, Kekasihku, Syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku
Kudos to all who make the movie so good to resist!
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 9:40 AM 1 comments
Labels: Entertainment
~Sesak Nafas II ~
Around 11 am, aku gi hospital. Jumpa my beloved doctor la. Berat aku naik 6kg in a month! What? My doctor looked puzzled. Ukur pinggang, nope tak naik walau se hun pun. Doktor kata nih mesti kaki bengkak. Yep! Betul. Kaki aku bengkak, doktor kata water retention. That's explain why my weight drastically jump an extra 6kg.
He checked my lungs takut ada air. Lungs clear. My BP is okey. 120/90, border... I know. Tapi tak seteruk October last year, 270/170. Darah pun dah memancut keluar dari hidung masa tu.
The verdict, I drank so much plain water. Pardon? Yep, too much plain water is no good for me. Kaki akan jadi bengkak. My BP drugs akan bertindak balas dengan the excess water making me sesak nafas. Ok ok get it. I even argue with my doctor, my I'm only taking 8 glasses per day, as suggested by many doctor. "Not for your case!" he replied.
Ok ok... he's the doctor. I'm the patient. Only 6 glasses per day. Aku balik dengan sebeban ubat. Aku janji pada diriku aku akan makan ubat nih ikut aturan. Tak sanggup rasanya berkampung di hospital lagi.
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 8:54 AM 1 comments
Labels: Apa Citer Ari Nih?
Tuesday, July 08, 2008
~ Aku dan Kesilapanku ~
Aku dah buat silap besar. Ya Allah! Berikanlah aku ruang untuk membetulkan kesilapan ini.
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 10:50 PM 0 comments
Labels: My Subconscious Mind
~ Sesak Nafas ~
Tadi masa time lunch, Asmida ajak aku gi KFC. Alah, tak jauh pun. No hal la pegi. Half way to KFC, tentiba aku rasa dada aku sesak, mata aku berpinar, aku cakap ngan Asmida, aku tak boleh sambung jalan. Ask her to go first. Aku dok kat Watson, resting.
Arghhhh, nih same macam kes October last year. Huhuhuhuhuhu. aku tak nak masuk sepital lagi. After a while, aku rasa dah okeh kot sket, so aku songsong la Asmida kat KFC.
Balik ke office, the same thing happen, dan aku kena stop few times to catch my breath. Tak boleh jadi nih. Naik ke office, muka dah pucat lesi. Even my boss pun suruh aku gi jumpa doktor. Cemana nak pegi.? Klinik tu pun boleh tahan gak jauh. Kang pengsan tengah jalan kang.
Around 4pm camtu, aku rasa dah stabil balik. Maybe my blood pressure naik or turun. Or maybe becoz aku lambat makan ubat BP tu. Huh.... alhamdullilah... jangan la kena lagi.
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 8:47 AM 0 comments
Labels: Apa Citer Ari Nih?
Saturday, July 05, 2008
~ Manusia Penghalang Laluan ~
Perkara pertama
Bila naik ekskelator (ejaan dalam bahasa melayu), sampai yang paling atas dia berenti kat situ. Statik. Pandang kiri. Pandang kanan. Tak tahu nak pegi mana. Eh hello..... aku ada kat belakang nih. Sila beri laluan.
Perkara ke dua
Dalam kawasan-kawasan sesak seperti shopping complex, ada dua atau tiga manusia berdiri di tengah-tengah laluan dengan muka paling selamba dan huduh, macam kawasan tu dia punya. Statik. Berbual sesama sendiri. Menghalang laluan aku. Eh hello..... aku nak lalu nih. Sila beri laluan.
Perkara ke tiga
Dalam kawasan sesak contohnya terminal bas, ada tiga atau empat manusia bangang yang berjalan bergandingan, kunun-kununnya sahabat la mesti jalan sama, satu kaki kiri melangkah sumer-sumer kena kaki kiri juga. Macam dinding penghalang jalan pun ada gak rupanya. Eh hello..... aku nak teruskan perjalanan aku nih. Sila beri laluan.
Apa korang akan buat kalau korang berdepan dengan situasi yang menyakitkan hati nih? Aku? Nak tau apa aku buat?
Apa aku buat untuk perkara yang pertama
Bila aku naik ekskelator jumpa perangai begini, dan bila aku sampai betul-betul belakang dia, aku selalu kunun-kunun tersepak kaki diorang. Tersepak yang kuat pulak tu. Oh maaf! Saya tak sengaja tersepak Encik/Puan/PakCik/MakCik/Brother/Sister yang menghalang laluan saya nih. Kesalkah aku? Huh TIDAK! Kalau aku tak sepak dia, nanti orang belakang yang mungkin sama pemikiran dengan aku akan sepak aku pulak. Oh tak nak! Aku tak nak kena sepak.
Apa aku buat untuk perkara yang kedua
Bila aku jumpa manusia menghalang laluan aku dengan berdiri statik kat situ, aku pun join sama, sampai diorang tanya aku kenapa, dan biasanya aku kata, saja join korang untuk menghalang laluan kat sini. Kesalkah aku? Huh TIDAK! Kurang-kurang aku cakap kat diorang dalam bahasa yang halus dan bukan dengan maki hamun. Aku kan orang Malaysia. Penuh adab sopan.
Apa aku buat untuk perkara yang ketiga
Aku paling suka buat yang ini... bila aku jumpa manusia-manusia yang jadik dinding sementara nih, aku selalu keraskan badan aku dan jalan ditengah-tengah mereka. Aku yakin diorang takkan mengelak walau seinci pun. Dan aku jugak yakin aku takkan mengelak dari merempuh mereka. Dan aku amat yakin dengan impak yang dari rempuhan aku tu diorang musti rasa sakit. Apa aku dapat? Selalunye 'BABI', 'SIAL' dan segala bahasa kesat manusia-manusia dinding penghalang laluan. Terkesankah aku dengan makian mereka? Kesalkah aku? Huh TIDAK! Aku suka. Aku rasa gembira sebab, aku dah berjaya pecahkan dinding yang mereka bina, dan aku telah berjaya bikin mereka sakit, sakit badan & hati!
Kesimpulannya manusia-manusia penghalang jalan ini ada ramai dan sentiasa berada di mana-mana jua. Aku tak tahu apa keseronokkannya menjadi penghalang laluan. Tapi aku rasa diorang nih musti rasa bangga menjawat jawatan tak bergaji ini. Muka bumi milik Tuhan ini amat luas, kenapa di laluan ramai tu jugak mereka berada. Aku tak paham. Sampai sekarang aku masih tak paham!
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 2:02 AM 1 comments
Labels: Apa Citer Ari Nih?
Friday, July 04, 2008
~ Bosan Tahap Dewa Gaban ~
Nih gambar Sungai Kelang, aku snap masa beratur nak balik Seremban naik Suasana Edaran
Then bas sampai, perghhhh nasib baik my favourite bus driver yang bawak
Nak naik bas nih pun kena beratur gak
Dah sampai kat Seremban kena tunggu lagi, saja aku snap gambar bas Plusliner nih yang tentiba jer parking depan aku
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 4:49 PM 0 comments
Labels: Apa Citer Ari Nih?
~ Alahaiiiiiiii ~
Tak kisah la janji dapat makan ramai-ramai dan sedap! Bertolak dari Seremban ke Port Dickson dalam pukul 9 malam. Dalam setengah jam dah sampai di Port Dickson. Aku tengok tak ramai orang. Ini sudah baik. Tapi......... kami sampai di sambut oleh bauan yang amat tidak menyenangkan. BAU LONGKANG! Tak payah la aku describe panjang lebar pasal bau nih.
Ikan pari bakar dia pulak ada rasa hancing. Then order tomyam, telur dadar & kerang bakar. Yang 3 nih okeh. Aku rasa kerang bakar tu okeh pun sebab dia letak jer kerang tu atas api. Kalau aku suruh masak la kerang tu apa-apa masakan, musti kerang pun akan menerima nasib yang sama dengan hidangan yang aku sebut tadi.
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 2:35 AM 0 comments
Labels: Makan Kat Mana Ek?