Sunday, June 29, 2008

~ My New RM19 Wallet ~


Aku tak tau nape la aku punya minat dengan character Jack Skellington from The Nightmare Before Christmas. Al kisahnya, sedang aku berjalan-jalan dalam Mahkota Parade dengan Siti Hawa & Azea, aku terpandang la akan wallet NBC nih. Aku memang ada cadangan nak tukar wallet Emily The Strange aku yang dah beberapa tahun dok staring kat aku with her message "My Problem Is You!". Yeap, Emily The Strange, another cartoon character yang aku suka giler.

Balik rumah show to my hubby. Alahai.... dia kata bila nak dewasa nih? Erk! Tercekik aku ngan keselambaan dia. Hahahahahahaha tak dewasa kah aku pakai wallet RM19 Jack Skellington?

Thursday, June 26, 2008

~ Morning Briefing ~



Apa yang best kat company aku yang tak der kat company orang lain? Haaaa... company aku ada morning briefing hari-hari. Ooooooo mungkin ada yang kata, alah, company kita pun ada jugak. Heh! Tapi apa beza morning brieifng company korang ngan company aku?


Bezanya, company aku nye morning briefing tak yah nyanyi lagu Negaraku. Morning briefing company aku tu sangat la happening. Di tambah lagik dengan kami-kami yang sememangnya happening.. eiceeehhh!


Morning briefing kitorang bukan saja di isi dengan info pasal keje, tapi jugak motivasi dan yang paling best ada team building activities. Tak caye? Heh! Meh la join company kitorang!

Friday, June 20, 2008

~ Lawa Tak? ~




Akhirnye, tanggal 20 Jun, baru le siap T Shirt baru CAP. Aku rasa dah berkali-kali cubaan nak wat T Shirt nih... tapi asik la tertangguh. Dari tahun ke tahun, berganti dari satu designer ke satu designer. Akhirnya tahun 2008 jugak menjadik pilihan.


Mekasih la atas daya usaha Zul, Syah & Azam. Kalau tidak tu aku rasa pun tak jadi jugak. Aku ingat lagi dulu nye design dah siap tinggal untuk printing jer, alih-alih corporate office tak kasi, tak mau mencemar nama company kunun... cessss dah kira baik hape kitorang promosi free. Kok nak tampal logo company kat sokabar ke, tv ke sumer kena bayar kan?

Arggg tak kisah la janji ada T Shirt baru, walau pun kena bayar RM22. Rasanye berbaloi. Terasa macam satu team. Baru terasa ngam. Tengok photo yang ada nih. Lawa tak?

Sunday, June 15, 2008

~ Kenduri & Tahlil ~


On the way kat Bukit Putus, punya la banyak kereta petang tu

14 June 2008 - balik kampung. Ada kenduri tahlil buat arwah atuk & wan. Juga kenduri doa selamat meraikan my cousin yang berjaya ke BNM.


Orang pangkal sibuk menyediakan juadah


Ni la juadah yang telah di siapkan. Satu dulang di panggil satu jambar.

Biasa la kalau kenduri kat kampung di kawasan Negeri Sembilan nih, bacaan tahlil di lakukan selepas Maghrib. Selepas tahlil musti ada jamuan nasi. Lauk kali ini Masak Lemak Labu (my fav), Asam Pedas Ikan Jenahak, Ayam Goreng, Daging Masak Hitam dan Puding Santan. Orang paling sibuk musti la my mom dengan sister dia. Yelah, itu je la adik-beradik yang tinggal, oh ye plus my Pak Long too.


My mom bertugas jaga nasi malam tu.. hehehehe


Gotong royong mengangkat jambar selepas selesai bacaan doa


My father (in blue) pun sibuk tolong angkat jambar


Oleh kerana rumah tu besar, dapat la di bahagikan orang lelaki di ruang tamu dan orang perempuannya errr di ruang tamu yang lagi satu.


Bahagian lelaki sedang menikmati hidangan


Bahagian perempuan pulak


My Pak Long and Sabah sibuk memastikan nasi & lauk cukup untuk jemputan


Yang kat dapur masih sibuk merefill lauk dan nasi

Kenduri kali nih lain sket, selalu kitorang tapaukan lauk untuk orang yang datang bawak balik, tapi kali nih, kitorang kasi goodie bag! Cewah! Dalam goodie bag ada pulut kuning, daging masak hitam dan sebiji apple. Wah berbaloi datang kenduri kali nih.


Goodie bag


Para jemputan pulang bersama goodie bag masing-masing

Bila jemputan dah pulang kini giliran orang pangkal pulak yang makan. Biasanya kita dahulukan orang yang lebih tua. Yang lebih muda kena sediakan. Aku ingat lagi, masa arwah Atuk & Wan masih hidup, my mom and her sis yang sibuk bertungkus lumus menyediakan hidangan buat meAtuk & Wan. Kini giliran mereka pula di layan oleh kami. Cepatnya masa berlalu kan?


Orang sibuk nak makan, diorang sibuk nak bergambar


Makan la wei


Cam pernah nampak posing nih.. wei bukan mak ngan mak su pernah pose yang sama ker? yelah exactly! My sis Johanna (in pink) and my cousin sister Fira


Another orang-orang penting kenduri kali nih (tukang basuh pinggan),
my sis Irfanie and her boyfriend Sabah

Hmmmm another kenduri episode done. Seronok sebenarnya kenduri macam nih walaupun penat. Semua buat gotong royong. Dari masak hingga ke akhirnya. Zaman sekarang nih payah nak jumpa kenduri macam nih terutama di bandar-bandar. Semuanya pakai katering kan?

~ Bersediakah aku? ~

Sorang kawan aku ada bertanya, pernah kah ko terpikir bila ko mati, ko di kapankan, di tanam dan di tinggalkan seorang.
Aku jawab pernah.
Bukan setakat pernah, tapi off late nih aku selalu memikirkannye.
Segala 'kalau' bermain di minda.

Kalau aku mati, family aku macam mana?
Kalau aku mati, anak aku macam mana?
Kalau aku mati, hutang yang aku tinggalkan macam mana?

Tapi mati tak menunggu semua itu. Tak menunggu family aku bersedia kehilangan aku. Tak menunggu anak aku besar. Tak menunggu hutang piutang aku selesai.

Macam mana aku nak mati, aku jarang-jarang tutup aurat. Pegi keje je pakai tudung, balik keje buang tudung.
Macam mana aku nak mati, aku selalu tinggal sembahyang malah selalu melengahkan sembahyang.
Macam mana aku nak mati, aku banyak dosa dengan manusia keliling aku, dengan mak ayah, dengan suami.

Tapi mati tak menuggu semua itu. Tak menunggu sampai aku tutup aurat. Tak menunggu aku tak tinggalkan sembahyang. Tak menunggu aku minta maaf dari orang keliling aku.

Terasa betapa keciknye aku, betapa kerdilnya aku bila aku membayangkan diri di kapankan. Ya Allah... betapa aku kecil... dan di saat aku memikirkan betapa kerdilnya aku di dunia ini, segala harta dan pangkat di dunia adalah tidak penting sama sekali.

Benarlah kata-kata yang aku pegang selama ini, jika syurga dan neraka itu di letakkan di depan mata, demi Allah, manusia tidak akan sesekali menganiayai dirinya sendiri.

Ya Allah.. aku telah menganiayai diri aku untuk sekian lama.. Kau berikanlah kesempatan untuk aku membetulkannya... amin.

Monday, June 02, 2008

~ I Hate Chat Rooms ~

yep.. really & totally a big hate. Here's why. (all the Tut.. should be read and sounds like tttttttuuuuuuuuttttttttttttttt)

First scenario:
Abang Tut: Hi
Me: Hi
Abang Tut: Care for sexy chat?
Me: Nope.
Abang Tut: Why sweety?
Me: I don't sexy chat with ugly guy
Abang Tut: HOW DO YOU KNOW I'M UGLY? (irritated already)
Me: Only ugly people ask for sexy chat in their second line of conversation.
Me: Click, block person.



Second scenario:
Bro Tut: Hey babe
Me: Hey there
Bro Tut: asl pls
Me: 33/f/sban
Bro Tut: Sban? Apa tu?
Me: Tak tau sban? U dari mana? Foreigner?
Bro Tut: Tak le. I dari Kelantan.
Me: So patut tau la Sban nih.
Bro Tut: Sban nih apa?
Me: Sban kat Negeri Sembilan (already irritated)
Bro Tut: Yelah tapi apa?
Me: (thinking, I already told him Sban is in Negeri Sembilan, at this point, one should know Sban is Seremban) Sban tu Seremban, takkan tak tau. Kata bukan foreigner. Kalau dok Mesia mesti tau.
Bro Tut: Sape suruh taip Sban, sape yang tak tau. Tak boleh ke taip Seremban. Sekolah tinggi-tinggi pun tak pandai taip.
Me: Sape pulak yang guna chat room taip the whole words. Memang i sekolah tinggi sebab tu I pandai, ko tu yang bangang. Kelantan buddddduuuuhhhhhh.
Me: Click, block person.

- no offence to Kelantanese. This is just for one of the Kelantanese (or he just claim he is a Kelantanese) who don't know what Sban is.


The last scenario (just happen to me last two days):
Jonny Tut: Hi Moon
Me: Hey there
Jonny Tut: Care to chat
Me: (I never answer this question. Why? If u say no, they still sent msg to u)
Jonny Tut: So tell me sweety, are u asian muslim women?
Me: Yes, I am Asian Muslim Woman.
Jonny Tut: Wow. That's great.. I hope to find an honest asian muslim women here.
Me: (thinking, why keep on using women? I'm the only one here... aiyaaaahhh) It depends.
Jonny Tut: Almost all asian women here is not honest. I hope you are not one of them sweety. My name is Mohd Tuttttttttttttttttttttttttttt just came back from states after 8 years.
Me: (honest kunun, nama Mohd Tuttttttttttttttttttttttttttt, nickname Jonny Tut, ceh! Talk about being honest!) U can count on me about being honest
Jonny Tut: Thank God. I want them to be honest with me.
Me: I thought in this world wide web chat room, you shouldn't trust people, and it is a normal thing for not being honest in the chat room.
Jonny Tut: I don't agree on that. Not everybody. Tell me are u married sweety?
Me: (still typing)
Jonny Tut: Coz I keen for a single female sweety
Me: I am married. Happily married.
Jonny Tut: If you are married why are you here sweety?
Me: Errr... can you stop calling me sweety?
Jonny Tut: Why? Girls love to be called sweety all the time. That how it use to be in states.
Me: First, I don't like to be called sweety at our first time conversation. Second, u in Malaysia, not states. So drop it.
Jonny Tut: Hey you are so tempered. I'm not keen to talk to a tempered women.
Me: (Tempered women? what a word!) You told me to be honest. I'm just being myself. I am married, I'm in the chat room waiting for my friend to sign on but you being so itchy bitchy so-called honest guy buzz me. I'm a Malaysian, I'm not rude. If you say hello to me, I will hello back. Start from the first line till now, you keep on addressing that you are not keen of this, you are keen of that.. it's all about you. Listen, if you want nice single muslim woman like you and be honest to you, please don't use those I'm keen word anymore. And hey, you know what, I am a sweet looking lady, please refer to my picture profile, and I don't need you to "keen" me to be a friend. Hey, log off and go out, find your self a real person in a real world.
Me: Click, block person.

Tell me how not to hate chat room!

Wednesday, May 21, 2008

~ Perjuangan Kita Belum Selesai ~


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Dr Mahathir Mohamad, Mei 1996

Aku dah lama simpan poem nih. Dan aku tak pernah tidak tumpah airmata tiap kali aku baca poem nih balik. Aku bukan pejuang kemerdekaan. Aku lahir di zaman merdeka. Aku lahir di zaman Mahathir, insan yang menulis puisi ini. Dan Mei 2008, lebih tepat lagi, 19 Mei 2008, menyaksikan seorang Melayu bernama Mahathir keluar dari parti yang di sayanginya selama ini. Ye, akhirnya Tun keluar dari UMNO. Tun akhirnya kecewa dengan apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Tapi pada aku, UMNO sebenarnya sudah lama 'mati' sejak Tun tak lagi jadi PM.

Aku antara ribuan manusia bergelar Melayu yang amat menyanjungi pemimpin nan satu ini. Akal fikiran, bual bicaranya sentiasa berisi. Aku bersyukur, akal fikiran dan bual bicaranya masih mampu aku tatap dan baca sebagai panduan kerana Tun juga punya blog, www.chedet.com. Tun juga blogger seperti aku. Pada aku, Tun ini lebih Melayu dari bangsa Melayu itu sendiri. Aku tak pernah jumpa lagi pemimpin yang sedaya upaya menaikkan martabat dan maruah Melayu. Betullah kata Tun, mengisi kemerdekaan itu lebih sukar dari bermandi keringat dan darah untuk menuntutnya.

Kini, UMNO, Melayu dan Malaysia 'kehilangan' seorang sahabat yang telah membawa Malaysia menuju kemodenan. Tun, secara peribadi, aku kagumi keberanian mu. Aku tak tahu di mana rasionalnya Tun buat macam nih, tapi aku juga faham apabila kita kecewa dengan seseorang atau sesuatu.... amat kecewa, maka kita akan meninggalkan segala-galanya.

Aku berharap negara ku Malaysia ini tetap gemilang, cemerlang dan terbilang dan aku juga berharap agar Pak Lah mendengar rintihan hati kami, anak-anak Malaysia yang MERDEKA!

- note: Tun photo, credit to Tun Facebook. Be a supporter today!



- Blog Tun,


Friday, May 16, 2008

~ Sometimes My Mind Play Tricks On Me ~

Basketcase - Greenday

Do you have the time
To listen to me whine
About nothing and everything
All at once
I am one of those
Melodramatic fools
Neurotic to the bone
No doubt about it

Sometimes I give myself the creeps
Sometimes my mind plays tricks on me
It all keeps adding up
I think I'm cracking up
Am I just paranoid?
Or I'm just stoned

I went to a shrink
To analyze my dreams
She says it's lack of sex
That's bringing me down
I went to a whore
He said my life's a bore
So quit my whining cause
It's bringing her down

Sometimes I give myself the creeps
Sometimes my mind plays tricks on me
It all keeps adding up
I think I'm cracking up
Am I just paranoid?
Uh, yuh, yuh, ya

Grasping to control
So I better hold on

Sometimes I give myself the creeps
Sometimes my mind plays tricks on me
It all keeps adding up
I think I'm cracking up
Am I just paranoid?
Or I'm just stoned


....... basketcase = mentally ill person.. tehehehehehe... aku bukan la basketcase tapi kalau hari-hari dok stress ngan perangai manusia-manusia bongokxx yang ada kat sekeliling aku nih... aku rasa lama-lama aku pun leh jadik mentally ill... hahahahahahahaha. This is one of Greenday song from 1994 album Dookie

Monday, May 12, 2008

~ Titik ~

Aku rasa aku tau apa yang jiwa aku cari selama ini.

Sunday, May 11, 2008

~ Happy Mother's Day ~


Happy Mother's Day to all mak, ibu, mama, ummi, mommy & bonda out there. To my mom who always had the special place in my heart, thanks for being there thru my ups and downs.

 
design by suckmylolly.com