7 Disember 2006
Monday, December 18, 2006
~ Masih Kisah Tentang Kasih ~
7 Disember 2006
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 4:27 PM 0 comments
Labels: Apa Citer Ari Nih?, Entertainment
Tuesday, December 05, 2006
...::: kisah tentang kasih :::...
Aku bukanlah antara khalayak yang suka menonton filem melayu. Ops, jangan marah! Aku bukan tidak menonton langsung filem melayu. Aku memang orang melayu dan bukan tujuan aku untuk membodohkan diri menipu yang aku tidak menyokong budaya melayu. Bukan nak merendah-rendahkan atau menidakkan keupayaan filem melayu tetapi aku kurang setuju untuk menghabiskan wang hasil susah payah aku bekerja dengan menikmati filem yang aku sudah dapat bayangkan jalan ceritanya.
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 5:13 PM 0 comments
Thursday, November 30, 2006
...::: aku harus pulang :::...
pic by: zindyzone
Semalam aku balik awal. Awal yang bermakna aku balik dari pejabat tepat pada masanya. Pukul 6 petang. Aku suka balik tepat pada masanya. Kenapa? Kerana ada banyak perkara yang boleh aku bereskan. Perjalanan balik dari KL ke Seremban pada waktu 6 petang mengambil masa lebih satu jam setengah.
Semalam juga aku banyak berfikir, tentang hidup aku. Tentang apa yang telah lalui. Tentang apa yang akan aku lalui. Tentang apa yang ingin aku lalui. Dan aku menyedari bahawa, aku telah banyak membuang masa. Membuang masa aku dengan menyendiri, membuang masa aku dengan perkara remeh. Membuang masa aku tanpa tujuan.
Kenapa aku jadi begini? Sedangkan pada hakikatnya aku seorang manusia yang positif. Seorang periang. Seorang yang penuh dengan warna dan karekter. Tetapi apa yang tinggal kini hanyalah seorang manusia yang berada di satu sudut memerhati kehidupan yang lalu lalang di hadapan mata. Memerhatikan masa yang silih berganti tanpa cuba berbuat apa-apa.
Manusia apakan aku ini? Semalam juga, seorang kawan… ye seorang kawan… aku panggil dia kawan kerana aku kurang rapat dengan dia. Tetapi seorang kawan inilah yang menyedarkan aku bahawa aku telah lama tertinggal dalam hidup. Ada satu rasa meruap dalam diri aku bila aku membaca tulisannya.
Dia sudah gah menjajah pelusuk dunia. Dia sudah gah mencari jati diri dalam kemelut kehidupan. Dia sudah gah menyaksikan kemanusian dari sudut matanya sendiri. Dan aku? Aku masih di sini. Aku masih dengan langkah pertama. Langkah pertama yang aku buka telah mati 6 tahun lalu. Ia mati di situ. Mati tatkala aku baru bertatih mengenal dunia.
Aku menafikannya. Aku telah menafikannya. Aku telah menafikan yang ianya telah merubah kehidupan aku sama sekali. Aku sematkan di dalam hati bahawa aku masih seperti dulu. Aku masih manusia yang sama. Aku masih mempunyai kekuatan yang sama. Tapi siapa yang hendak aku tipu? Tapi mengapa bila semalam, apa yang aku baca itu mendatangkan detik yang hebat dalam diri ku? Tapi mengapa jika benar aku tidak pernah berubah, aku telah kehilangan semua akal dan bakat yang telah aku warisi dan perhebatkan sepanjang awal kehidupan ku.
Ini semua tidak masuk akal. Aku perlu pulang. Aku ingin pulang.
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 3:47 PM 2 comments
Tuesday, November 14, 2006
...:::Masih Mood Raya:::...
Hari nih dah berapa Syawal yer? Aku dah lost track of the time skrang nih. Tahun nih memang aku tak rasa cam berhari raya. Tiga hari sebelum raya aku dah balik Terengganu. Raya ke dua aku dah balik ke Seremban. Raya ke tiga dah start keje. Seminggu lepas tu aku pindah rumah pulak. Heh… hari tu ada budak nak datang beraya kat rumah aku… aku kata.. rumah aku tak der kuih raya… ekekekekekekekeke… bukan alasan palsu nih.. betul-betul punya alasan… tahun nih memang aku tak der langsung beli dan bikin kuih raya… heh… macam tak caya jer kan!
Tapi hari nih rasa kembali cam hari raya.. bebudak kat unit aku pakat-pakat collect RM15 sorang… pastu buat masak nasi himpit, sate, kuah kacang, lemang, rending.. etc… perghhhhh pendek kata sumer ada la termasuk berbagai kuih raya… nasib baik unit aku nih kecik aje.. tu pong dah mengundang mata-mata lain dari unit yang berhampiran… musti diorang jeles
Tahun nih jugak aku tolak sumer jemputan open house… aku bukan tak nak pergi tapi aku betul-betul sibuk menguruskan rumah aku yang asik close jer semenjak dua menjak pindah nih.. aiseyyyy.. ada keje masuk la pulak… sign off dulu…
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 2:28 PM 0 comments
Thursday, October 26, 2006
...:::Dah Start Keje:::...
Heyaaaa… back again here.. raya dah settle… raya ke tiga aku dah masuk keje balik.. anything good happen raya kali nih? Aku rasa tak banyak bezanya kalau aku raya di Terengganu… lagi pong tahun nih rasa cam tak raya… Wan dah tak der… rasa cam hambar aje… nasib baik tahun nih aku tak raya kat kampong kalau tidak tentu haru bila tengok Atuk aku nangis kenangkan Wan… huhuhuhuhu
Tak sanggup aku weiiii… hmmm.. ofis aku lengang giler… bebudak Melayu sumer ramai-ramai pakat gi cuti.. aku bukan tak mo cuti.. tapi aku nak amek cuti lepas diorang sumer balik keje.. aku nak settlekan pindah rumah nih
Hari tu sebelum balik Terengganu, aku gi survey harga mesin basuh.. yelah… aku nih nama jer dah dekat 5 tahun kawin tapi satu barang pun aku lum beli kecuali tv ngan peti ais… rumah aku sewa skrang nih flat 4 tingkat so cam malas la nak beli barang-barang tu sumer dengan alasan nanti susah masa nak pindah.. haaa padan muka aku.. skrang bila nak masuk rumah baru sumer kena beli… haaa balik pada citer mesin basuh aku tadi… aku gi survey harga paling murah yang auto punya RM599 brand Samsung… 6kg.. yang lelain mahal tak hengat… hik hik hik… mahal la sebab aku ada banyak lagi mende nak beli… tapi kena beli gak mesin basuh nih. Masa aku dok nyewa dulu, aku balik rumah mak aku bawak baju kotor untuk basuh.. hik hik hik takkan nak bikin gitu lagi kot
Lagi 2 minggu aku nak amek cuti.. nak cat rumah… aku beli cat Jotun jer… kenkawan aku kata cantik… hmmmm aku cuba la dulu.. tak cantik sok aku cat balik..
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 12:30 PM 0 comments
Thursday, October 19, 2006
...:::Salam Aidilfitri 2006:::...
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 1:57 PM 0 comments
Tuesday, June 06, 2006
...:::my frenz and family:::...
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 4:03 PM 0 comments
Tuesday, May 30, 2006
...:::hmmmmm:::...
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 7:52 PM 0 comments
Monday, May 15, 2006
...:::sebuknye hari nih:::...
baru balik cuti gini la rupanye... keje menimbun... aku tak tau nak start kat mana.. hoh... boss mintak prepare kan draft report untuk meeting esok... gamaknya sebab tak sempat gini, kena la save dalam thumb drive pastu bikin kat rumah....
Hmmmm... best nye cuti tiga hari... dapat gak aku kemas rumah yang macam kapal nak belayar tu... hujung minggu nih pulak ada outing ngan kenkawan... gi PD siot... bikin BBQ.. okeh gak at least dapat gak spend masa ngan kenkawan dan family...
Keje masih banyak... ari nih aku jot down sket jer... sebuk sangat tadi surf One In A Million nye website... heh.. nak tau nape? tunggggguuuuuuuuuu
hah... ari nih aku letak gambar bear dok atas ice... aku suka gambar nih.. aku dedicate gambar nih untuk member aku... hehehehehehehe
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 8:10 PM 0 comments
Wednesday, May 10, 2006
...:::positive day? i don't think so:::...
bangun pagi tadi... my head still pounding... migraine dari semalam masih tak sembuh lagi.. how should I keeping my positive thought through out the day kalau dah ginih? hmmmm.... sampai office ada orang bikin panas... pepagi gini aku memang tak berkenan kalau confront bebenda ginih... adehhhhh... rasa macam ada darah menggelegak bawah kulit...
Kalau la yang berlagak sangat ngan aku tu boss aku, tak der la aku kisah sangat... yelah.. namanya pong boss... tapi 'kakak yang tak kawin-kawin' nih... sama jer macam aku... pegawai cabuk yang masuk keja kul 9 pagi.. abis keja 6 petang... bercakap dengan aku macam aku nih orang tak der harga diri...
Aku memang dah lama tak berkenan dengan cara kakak nih... tapi aku tak pernah suka nak carik hal di office.. yelah.. nanti muka dia jugak aku jumpa hari-hari... tapi dia nih tak profesional langsung.. arghhhh.. setan betul.... head still pounding... hati masih sakit... cemana nak keep positive through out hari nih? adehhhhhhhhh tulunggggggggggggg
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 9:59 AM 0 comments
Tuesday, May 09, 2006
...:::layan lagu aaaaaa:::...
Terus belayar menongkah zaman
Namun bahtera gundah dan rawan
Mencari haluan
Telah ku semai cinta kita
Ku siram air seribu warna
Pengorbananku sejuta rasa
Terkulai akhirnya
Mengapa mentari pagi
Kabus telah menanti
Mengapa semua terjadi
Seolah di alam fantasi
Mengapa selama ini
Keikhlasanku teruji
Mengapa tak dihargai
Secebis hati yang suci
Telah ku semai cinta kita
Ku siram air seribu warna
Pengorbananku sejuta rasa
Terkulai akhirnya
Akukan pasrah kepadamu
Bahgia pilu di jarimu
Suluhkan jalan pedomanku
Tuhan tunjukkanlah
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 8:13 PM 0 comments
...:::KL masa dulu:::...
Antara imej KL yang aku suka... dari dulu ghopenya sampai la nih kawasan nih selalu banjir.. but lately nih nampaknya bila hujan lebat tak der lagi banjir.. alhamdulillah... berkesan jugak projek tebatan banjir tepi mahkamah tu...
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 3:14 PM 0 comments
..::hari ini::..
betul punya sakit kepala hari ini.... adehhhhhh... time kecamuk gini idea nak menulis pong tak mau kuar... arghhhhh... nanti karang aku sambung balik...
dari jemari Batdeaz ~ i'm keeping the other half at 2:50 PM 0 comments