Saturday, November 13, 2010

Mozarina New Skin

Hi semua,

Nak share dengan you all 1 new skin care yang really good which I have tried myself. product nih akan launching akhir tahun nih /awal tahun depan dan masih mengekalkan harga promosi dia.

Lately nih mmg ramai yang tanya, what really happen to my skin complexion.. coz I pakai SKII awal tahun lalu dan still tercari-cari produk yg boleh kecikkan pores. So I stumble upon this product & tell u the truth for 2nd day, dah nampak perubahan. Lepas 2 weeks, muka licin. Bagi yg ada pimples, pimples reda. Yang muka mmg dah licin, it will glows.


Normal price: RM 380
PROMO PRICE: RM 300

So I open order skrang. Siapa berminat let me know ok. Satu set nih boleh tahan 2 bulan bagi krim dan 3 bulan bagi toner dan sabun.

Untuk sesapa yang nak tengok testimoni bergambar, give me your email address, I will email it to you.

note: oh yer, gambar yg I attached nih tu la pengasas product dia... licin gebus muka dia

25 comments:

sharq said...

ai kak, nti emel pic akak before & after use MNS ye...hehhehe
emel: sharq86@gmail.com

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

okeh, nanti akak email yer..

nurul said...

salam akak,do u still use this product?berkesan lagi ke?ade side effect x?

Anonymous said...

tertarik. Nt email kat cdahishak@yahoo.com gambar sebelum & selepas guna produk ni ye.Ni dah mcm2 try tp makin worse~huhu

Anonymous said...

sis sy pn nk try produk nie, tp tkut jerawat makin naik jer. email pic before n after kt email nie lucky_funky8589@yahoo.com TQ=)

Niza Rais said...

Salam..rasa mcm interested..email kat saya ek iraniza.mi@gmail.com,tq

Anonymous said...

sis, nk tanya still guna lg ker produk nie...sbb sya baru guna...nk tanya pengalaman guna mns....plzzz...tq

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

Salam semua, maaf lewat reply.

Saya dah tak guna produk nih lagi atas beberapa masalah teknikal yg tak dpt di elakkan. Untuk mendapatkan produk tersebut boleh cari di FB atas nama Mozarina New Skin.

untuk pertanyaan lanjut sila tinggalkan email address anda untuk saya reply.

Thanks ye!

Anonymous said...

Hi, cuma nak tanya...

U tak pakai produk ni sebab teknikal atau ada masalah lain..? One of my frens yang pernah guna ni kata, pd permulaan, memang bagus..kulit cantik, ramai yng puji..tp mungkin utk jangka masa pendek je kot, bcoz lama kelamaan, kulitnya macam terlalu menipis... kena matahari je, terus merah mukanya... tak tahu pulak kalau dia ada produk lain, tp dia kata dia still dengan produk tu je, cuma bila dia stop sekejap( sb dia ingatkan dia peknen ), muka nya naik jerawat yang banyak, dia guna hanya dlm 11 bulan je.. Mungkin ke boleh jadi gitu..? At first, I ingat nak try jugak sebab tengok kulit pengasasnya comel sangat2... Hope u can reply...

Anonymous said...

Sis,nape dah tak guna MNS...? Ada yg kata, masa mula2 pakai jer, pahtu kulit macam dah takleh nak renewing dah..kulit dah menipis... betul ke ? Pls reply... sya nak guna, tp jadi terkeliru laaa...email to me : nsa_jsh@yahoo.com.my

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

Mmg tak guna lagi dah produk nih atas masalah teknikal. Mcm, produk nih rasanya belum di daftarkan lagi etc. Dulu saya guna sampai 3 set, alhamdullilah mmg elok. Sekarang dah berenti, muka tak la teruk balik. Cuma pores tak mengecil lagi dah.

Ada kawan yang tak sesuai guna, bila pakai muka jadi gatal, tapi saya ok jer. Cuma bila dah lama pakai terdetik plak hati nak bertanya nape produk nih cepat sgt kesannya.. tapi jawapan dari owner agak mengecewakan. So saya decide utk tak guna lagi dah.

Anonymous said...

nak tau kandungannyalah..packing nampak mcm pelik...mcm xada kelulusan...takot brg thailand yg direpacking...bahaya kosmetik dr thailand ni mula2 mmglah cantik lama2 muka akan teruk

Anonymous said...

i wish i jumpa blog u awl..i pernah guna produk ni,tak sampai 2 mggu je...coz kulit i megelupas teruk sehingga keluar air bisa dan rasa pedih. jawapan drpd dealer, coz nk tukar kulit baru..but for me, a good product will not harm ur skin...so i stop using it..now guna rosa t,garden of eden..although murah, tak kecik kan sgt pores but at least no pimples tumbuh and what important is, this product is very skin friendly...so, my advice to all..selidik betul2 dulu product yg kita nak guna...jgn menyesal di kemudian hari..

Anonymous said...

Actually,sy bru je nk try mns ni..since da lama carik yg btl2 berkesan n xde menipiskn kulit..this is first blog yg mention Ada prob..as what iv been told by the seller ,this product mg Ada kelulusan,just skg nga wat packaging yg btl2 proper..I talk dgn the owner,I try add kat fb,seems not so dem friendly..kecik ati sgt..SMS ssh nk reply.I sdpkn ati,mgkn dia bz nk jd kaya..hahah melalut suda.sy hrp dia leh proven wif no Siri kelulusan dr pihak berwajib.baru lega..t I beli memahal,efek makin teruk..xpe,I gugel lagi nk Tao kesahihan mns ni..

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

Mmg harap sangat produk nih dah di daftarkan coz seriously, produk nih sesuai dengan saya.

Kalau ada yg nak try produk nih confirmkan betul betul dgn owner supaya tak jadi masalah kemudian hari. Di daftarkan tak bermakna di luluskan ingredient produk tu kan?

Anonymous said...

sy baru gune...camne ye..dh risau je...perluke sy stop..

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

Seperti mana yg saya katakan la... ikut diri sendiri. Utk saya, produk nih mmg sesuai, cuma saya risau produk nih tak di daftarkan. Coz kalau tak didaftarkan musti ingredients dalam nye tu tak di luluskan kan?

Kata orang, tepuk dada tanya selera :)

mozarina said...

ORG DENGKI & BUSUK HATI TAK BAIK MENGANIAYA ORG .. IF PRODUK TAK ELOK KENAPA PAGE MEKA DPT SAMBUTAN FIKIR SENDIRI.. MCM NI BG "EX DEALER MNS" BUAT2 LA TAUBAT SILA LA BUAT DUIT CARA ELOK..KT HIDUP TAK PERLU BUKA AIB & XPERLU TUTUP PINTU REZEKI SO FAR BUKAN NAK CKP APA REZEKI MELIMPAH..LAGI U UPDATE BUKAN2 MCM LG ALLAH SWT BG REZEKI PD I.. MAAF LA KLU TERASA .. BUAT LA BENDA LG BERFAEDAH DRPD ANIAYA ORG LAIN..TQ KLU BERANI BG NO HP/ALAMAT UMA/GBR U I CARI U KLU U BETOL APA YG U UPDATE HAL2 NEGATIVE NI..I OK JE I BOLE BG NO I 013-3355525 SMS /CALL ME ANYTIME U LIKE & U WANT ... TQ SALAM...

MNS said...

salam....
pada ex dealer mns tak perlu dengki sesama manusia ni..allah maha kuasa maha mengetahui apa yg berlaku..xperlu la buka aib org dan tak perlu la tutup pintu rezeki org sbb allah yg beri allah yg akan tarik bila2 masa...

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

Salam Cik Mozarina,

Haih.. nape la awak tak baca betul betul apa yang saya tulis dan apa yang saya komen. Ada ke saya tulis produk nih tak bagus? Even dalam komen saya, saya ada tulis "Dulu saya guna sampai 3 set, alhamdullilah mmg elok. Sekarang dah berenti, muka tak la teruk balik. Cuma pores tak mengecil lagi dah." tu namanye komen negatif ke? Yelah kan, dah tak guna tak der la pores tu mengecil lagi yer tak?

Tak baik sungguh tuduh saya dengki dengan awak. Tak dapat apa nye pun dengki sesama Islam. Saya cuma kata, saya dah berenti sebab masalah teknikal. Masalahnya, dulu masa saya guna, produk nih tak di daftarkan. Sekarang dah daftar ke? Kalau dah daftar alhamdullilah. Tak payah la sape yang nak pakai risau nak guna. Oh yer, nih bukan daftar syarikat atau perniagaan yer, nih daftar ngan KKM atau dengan Farmaseutikal Malaysia.

- end part one

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

- part two

Tengok satu lagi komen saya tulis nih "Mmg harap sangat produk nih dah di daftarkan coz seriously, produk nih sesuai dengan saya.

Kalau ada yg nak try produk nih confirmkan betul betul dgn owner supaya tak jadi masalah kemudian hari." ada saya kata tak elok ke? Saya lagi kata produk nih sesuai dengan saya.

Tapi Cik Mozarina juga kena faham, kita nih manusia biasa, ada akal. Jadi bila kita guna barang tak di daftar pastu effect dia sungguh hebat, so terdetik la dalam hati chemical apa dalam tu. Lagi pulak bila kita tanya Cik Mozarina hanya jawab percayakan MNS. Itu bukan jawapan yang saya hendak. Sekurang kurangnya bagitau customer apa active ingredient dalam nih.

Saya tak ada paksa sesape pun untuk tak pakai produk awak nih. Infact, see my last komen "Seperti mana yg saya katakan la... ikut diri sendiri. Utk saya, produk nih mmg sesuai, cuma saya risau produk nih tak di daftarkan. Coz kalau tak didaftarkan musti ingredients dalam nye tu tak di luluskan kan?

Kata orang, tepuk dada tanya selera :)". Jangan cepat melatah Cik Mozarina. Ini baru jentik sikit, Cik Mozarina dah melompat-lompat mengamuk. Mintak no telefon, no rumah segala. Ugut ugut nak cari saya. Kenapa?

Tak ada sikit pun rasa dengki dengan Cik Mozarina. Lagi saya suka tengok Cik Mozarina sebab tu saya beli produk awak.

Saya tak buka aib awak, dan saya tak tutup pintu rezeki awak. Dan saya pun tidak menganiaya awak. Salah ke saya berkongsi dengan mereka kat sini tentang pengalaman saya menggunakan produk awak? Kalau produk awak di puji melambung, mesti awak nak diorang bagi testimoni kan? So kenapa jugak awak tak boleh terima komen negatif dari customer?

Sekurang-kurangnya kan Cik Mozarina, Cik boleh amek teguran nih sebagai pemangkin semangat untuk terus berusaha lagi. Apa yang Allah SWT nak bagi rezeki berlebih lebih pada awak itu bukan urusan saya. Saya tak perlu risau tentang itu semua. Rezeki saya Allah dah tentukan, begitu juga dengan rezeki Cik Mozarina.

Oh yer, kalau Cik Mozarina tak perasan dalam salah satu komen saya tu, saya sendiri suruh mereka carik produk nih di FB. Kalau la saya nih dengki sangat dengan Cik Mozarina, nape la saya susah payah nak kenalkan mereka dengan produk MNS di FB tu.

Okeh saya faham, maybe masa Cik Mozarina menulis nih, Cik dalam keadaan yang amat marah kerana berjumpa dengan komen komen negatif dari Anon yang pernah mencuba produk nih. Tapi sekarang, saya harap Cik Mozarina dah bertenang dan dapat baca semula komen komen terdahulu. Tak ada pun satu komen dari saya yang mengatakan produk MNS teruk.

Lagi satu kan, bukan hanya Anon yg ramai komen kat sini, kat forum pun ada. Adat orang berniaga, ada yg sesuai ada yg tidak. Tak semua yang guna produk MNS sesuai dgn mereka.

Nih link Farmasuetikal Malaysia. Banyak info dalam nih yang Cik Mozarina boleh guna. Kalau nak gi daftar produk, pun boleh daftar online kat Quest3 nih ha. Nih la jugak link saya guna untuk check produk MNS dah di daftarkan dengan KKM/Farmasuetikal Malaysia atau tidak. Dan sehingga petang tadi, produk MNS masih tidak berada dalam list mereka.

http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm

Note: Utk Anon Anon yg komen dalam nih, kat komen Cik Mozarina yang marah marah tu ada number telefon dia. Kalau nak beli produk boleh la terus call dia. Kalau nak complaint pasal produk pun boleh terus pada dia.

iN said...

slm...sy ada btanya kpd cik moza, produk nie setakat ni mmg xda kelulusan KKM..bkn sbb x diluluskn tp menurut cik moza, utk mohon kelulusan agak memerlukn kos yg tinggi...means xdo bajet lg la..n produk ni dr taiwan...

--itu yg cik moza jwb la ms sy tnya...

Anis Rahmat. said...

Mula2 nak pakai. Tapi bila dealer sndiri mengaku produk ni ta dftr KKM lagi jd ragu ragu. Takut nnti dh tuar ada mslh kanser pula.

To Cik Mozarina ,

Owner blog ni ta ckp negatif psl awk langsung :)Jgn lh cepat melatah.

sarah zuraida said...

i tga pkai..muka makin nipiss!!perlu ke stop

sarah zuraida said...

sy tga dok kai produk nu..set trial da dekat sbulan xabes..semua tegoo kulit makin nipiss..risau yg amat..jeragat xilang pon..makin puteh plak

 
design by suckmylolly.com