Ada lagi satu senario yang agak jugak menjengkelkan pada aku. Senario kakak-kakak atau makcik-makcik yang suka benar cerita pasal kehebatan anak-anak atau ahli keluarga atau sedara mara mereka. Heboh bercerita betapa handsomenya anak mereka walau pun anak mereka baru berumur 1 bulan. Adeh... keep it to yourself dude! Tak tentu lagi anak ko akan jadi handsome dalam beberapa tahun lagi. Huhuhuhu. Atau hebatnya mereka belajar dan belajar dan belajar dan cuba mengikut ideologi barat yang ntah hape-hape.
Hahahaha.. tu perkara yang agak mengjengkelkan aku minggu nih. Dah bosan sebenarnya mendengar dan membaca benda-benda begitu. Sesekali mungkin okeh la, sebab kita nih human being. Sometimes kita nak juga brag kat orang lain kehebatan atau kejayaan kita. Sometimes juga kalau perkara-perkara begini kadang kala kita dengar, ia boleh jadi satu motivasi kat kita. Tapi kalau dah selang sehari dok dengar aku nih lain dari yang lain tau, my handsome anak tu u, kenapa ko tak sokong earth hour, aku hebat tau itu ini.. naik bernanah dah tinge nih. Sape boleh tahan kan? Kan? Kan?
Oh yeah, semalam paginya, aku gi check up. Sambil-sambil menunggu tu aku borak-borak dengan patient yang lain. Aku berborak pun sebab aku dah di sape dulu dek mereka. Kalau tak tu, I'm happy with my book and my pashima yang Julia hadiahkan. Oh yes, I need that pashima, the medical centre is so freaking cold. Patient lain tu seems okey coz tanya aku sakit apa, jumpa doktor mana bla bla bla bla but this one kakak tanya aku.
"Jumpa doktor mana?"
"Doktor Tuuutttttt"
"Jumpa dia kenapa, overweight?"
"Tak jugak, pasal my bp"
"Kenapa tak pegi hospital besar?"
Aku diam dah.
Dia tambah.
"Ubat sana kan lebih murah? Ubat kat mana-mana pun sama aje".
Dan lagi.
"Doktor nih banyak songeh."
Dan aku balas dengan senyuman.
Tapi ini jawapan untuk kakak tu. Jawapan yang ada dalam kepala otak aku. Jawapan yang aku tak nyatakan depan dia sebab aku nak menjaga air muka dia di hadapan patient yang lain.
"Kak, saya dah lama dengan doktor nih. Dah bertahun-tahun dah dia rawat saya. Saya nih memacam penyakit ada. Tapi doktor ni sangat sabar dengan saya. Tolong terangkan pada saya setiap sakit dan ubat yang dia gunakan. Memang ubat kat sini agak mahal, tapi layanan doktor yang ada ini tak dapat saya jumpa kat hospital lain. Yer, memang ada doktor lain yang lebih bagus lebih baik tapi saya belum jumpa lagi. Lagi pun doktor nih sanggup datang memalam ke emergency semata-mata pasal saya. Doktor nih memang banyak songeh sebab dia tak mahu patient dia sakit lagi kalau tak ikut apa dia sarankan. Oh yeah, saya memang tak der masalah ngan doktor nih, saya jarang amek MC. Mungkin sebab tu saya okeh dengan dia".
Boleh gitu? Hahahahaha. Pendek citer, jangan la akak wat judgement cepat sangat. Akak tu baru jer jumpa aku tak sampai 5 minit. Tak tahu pun citer sakit aku apa dah mandai-mandai suggest itu ini. Yang paling tak best suggest kat aku yang my doctor nih banyak songeh. Aku tak cakap hape pun pasal doktor lain yang dia nak jumpa tu. Itu la manusia kan, mereka sentiasa fikir dan ingat apa yang mereka lakukan dalam hidup mereka itu sudah cukup hebat dan cukup betul. Seperti mana yang aku kata awal tadi, just keep it to yourself selagi orang di keliling anda tidak bertanya. Kata omputih, mind your own business!
Alamak aiii banyaknye aku membebel. Thats it! Aku sebeno ei nak kongsi ngan korang gambar-gambar kenduri malam tadi. Kenduri kali nih agak luar biasa hidangannya. Coz selalu, makan nasi dan lauk pauk, tapi kali ini, makan mihun, sate, kuih dan buah-buahan. Sodap yang amat!
Hidangan lain, sate, kuih bakar, karipap & buah-buahan
Jambar yang telah siap sedia menunggu untuk di bawa ke depan
Che Momoi
Acu & Lina
Dinner time
Mak Long, Siti Nor & Acu tengah sibuk kat dapur
Aksi 'tengok'
Aksi 'tengok' close up
Dewi & Siti Nor
Kawasan lelaki
Kawasan pompuan
Dah penat bangat
Dan panas
Family Biru
Johanna, Irfan & Lisa
Mak dan cucu-cucunya
Johanna & Ayah
Firah Che Momoi & Lina Bobob
Pak Long, Mak Long, Mak Su & Mak
Johanna & Firah
Uihhh sape kat bawah tu?
Sate tu sedap kata Irfan!