Showing posts with label Masak Apa Moon?. Show all posts
Showing posts with label Masak Apa Moon?. Show all posts

Sunday, February 01, 2009

~ Salmon Steak & Sos Putih ~



Aku, Atan dan Irfan memang suka makan salmon. Semalam, Atan bawak balik salmon fresh. Malam tadi aku dah goreng sket. Malam nih plak rasa cam nak ubah rasa sket. Resepi milik Skyblue aku amek dari MyResipi.

Err.. biasa la aku kan.. suka menderhaka pada resepi asal. Aku tak guna susu segar since tak der dalam simpanan. Yang ada balance whipping cream masa aku bikin birthday kek Irfan ari tu. So aku guna la whipping cream. Untuk resepi asal korang gi la kat MyResipi yer.

Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 3 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • 1 cawan nasi putih
  • Kubis bulat dihiris dan di gaul dengan mayonis dan sedikit cuka
  • Hirisan lemon
Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil Italian herb (herb asal Parsley kering)
  • 1 cawan whipping cream
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan mentega dan goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan yang lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dengan minyak sehingga masak.
  3. Siap, hias ikut kreativiti memasing.

Sedap giler!

Saturday, January 24, 2009

~ Donut Untuk Minum Petang ~



Hari nih memang hari yang membosankan. Dari pagi sampai ke malam Irfan sibuk dengan Cartoon Network sampai aku tak tahu cerita apa yang ndak aku tengok lagi. Maybe ini lah rasanya jadi ibu sepenuh masa, huhuhuhu haru.



So dek sebab bosan, aku ingat aku try bikin balik donut. Hari tu dah bikin sekali, tapi cam tak sedap jer.. so petang nih aku bikin balik satu adunan untuk minum petang. Musti Irfan suka.



Resepi aku amek di MyResepi, dari HaSue. Hari nih aku bikin donut ball, kecik-kecik dan bulat. Senang Irfan nak habiskan.

Aku guna resepi nih

  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi
  • 1 Peket Yis Segera
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn gula pasir
  • 2 Sudu mkn susu pekat
  • 1 Bji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus (atau your fav toppings)
  • 190ml-200ml Air Suam

Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula, susu, marjerin & shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  4. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan.
  5. Terap doh mengikut acuan donut, dalam kes aku nih aku bulat-bulat kan aje
  6. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

Wednesday, January 07, 2009

~ Daging Masak Merah Siam Style ~



This is the last day of my 3 day leaves and I will off to work tomorrow. Irfan kindergarten thingy has been settled and this is the 3rd day he's in school. Since the schedule is not so hectic today, I decided to give Jeeze Esmael recipe a try. I am the reason she put up the recipe on her facebook note, so I think I should be the one who first to try.

This is the recipe;

400 - 500 mg meat (tenderloin)
2 pcs garlic (pounded)
1 pcs big onion (slice)
1/2 inch ginger (pounded)
3 tbs chili paste
2 tbs tomato sauce
3 tbs fish sauce
2 tbs oyster sauce
Salt & sugar
Cooking oil
Coriander leaves (optional)

1. Slice the meat thinly and fried for few minutes. Put aside.
2. Heat 2 tbs oil, fried garlic, ginger and chili paste.
3. Add tomato sauce, fish sauce, oyster sauce and slice onion. Cook till the onion sweat.
4. Add 1/2 cup of water if it's too dry.
5. Add meat and cook till the gravy thick.
6. Salt and sugar to taste.
7. Put coriander leaves (optional) and serve with white rice.

Verdict for Jeeze recipe? Yummmmmyyyyyyy!

Monday, December 29, 2008

~ Chicken Hor Fun ala Moon ~



Baru-baru nih aku terkejut dapat email dari seorang kawan yang mengatakan Old Town Kopitiam tidak halal. Hmmm tidak sepenuhnya. Hasil dari carian info di web JAKIM, aku telah menemukan hanya kopi segera 3 + 1 dan teh segera yang di jual di Old Town Kopitiam di sahkan halal oleh JAKIM Perak. Produk yang lain termasuk makanan yang di sediakan di kopitiam itu tidak dapat di sahkan ke halalannya.

Aku salah seorang yang suka makan di Old Town Kopitiam. Faktor dekat dengan office menjadi sebab yang paling utama untuk makan tengahari di sana. Menu pilihan aku pulak Ipoh Chicken Hor Fun dan Hot Xi Mut Tea.

Dan oleh kerana status kehalalan makanan di sana telah di ragui oleh aku sendiri, maka sudah pastinya aku tak akan makan kat sana lagi. Anyway and anyhow, untuk melepaskan dendam aku nak makan Ipoh Chicken Hor Fun di Old Town Kopitiam, aku telah menggoogle untuk resepinya. Alhamdullillah, aku jumpa resepi tersebut di Naz Rinn Chan Fotopages.



So malam nih, Chicken Hor Fun menjadi santapan untuk dinner kami.

Bagi penggemar Chicken Hor Fun macam aku, go and try! Puas hati beb!

Resepi Chicken Hor Fun

Sebungkus kuew teow (500gm++)
2 keping ayam bahagian dada
10 ekor udang besar
10 biji fishball
5 batang crab stick
3 biji bawang putih
1 biji kiub ayam
Minyak untuk menumis
1 camca teh lada putih
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya
Garam & gula
Daun kucai

Cara-caranya
1. Celur kuew teow dan ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga layu. Masukkan lada putih & kacau.
3. Tuang air secukupnya. Biarkan mendidih
4. Masukkan ayam. Bila ayam masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam dan ketepikan.
5. Masukkan udang, fishball dan crabstick ke dalam sup ayam tadi.
6. Masukkan kiub ayam (jika suka) dan perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing. Tambahkan sedikit minyak bijan

Cara menghidang
1. Masukkan kuew teow yang telah di celur ke dalam mangkuk
2. Tuangkan kuah
3. Taburkan ayam dan daun kucai.

Sedap lagi kalau di makan dengan sambal kicap.

Saturday, December 27, 2008

~ Gulai Ikan Kerisi ~



Bosan giler asik-asik ikan goreng, ikan masak lada, ikan masak kicap. Nak bikin ikan masak kari, Atan pulak tak makan. So hari nih, aku decide nak masak gulai yang lain sket dari kelaziman aku menggulai. Hahahahaha. Biasanya kalau gulai ikan, orang suka letak belimbing buluh ker, bacang ker, baru sedap dan mengancam. Dah aku tak der sumer benda tu. Apa yang ada dalam fridge aku hari nih, seko ikan kerisi, 2 ekor ikan kembung, selai daun kunyit yang dah kering.

Apa-apa pun, aku rasa gulai ni sedap. Sebab aku rasa tadi tekak aku kata sedap. Hehehehehe... apa-apa la.. janji leh makan.

Resepi aku untuk korang plak try.

Gulai Ikan Kerisi

1 ekor ikan kerisi
2 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili api
2 sudu besar lada giling
Sehiris lengkuas
1 helai daun kunyit
1/2 sudu pes asam jawa @ sekeping asam keping
Santan kotak kecik
Minyak satu sudu besar
Garam

1. Ikan bersihkan betul-betul
2. Bawang kecik, bawang putih, kunyit, cili api dan lengkuas tumbuk lumat
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk berserta lada giling
4. Dah naik bau, masukkan ikan dan balikkan agar bahan tumisan rata pada ikan
5. Masukkan santan dan pes asam jawa. Kalau pekat sangat boleh masukkan air sket
6. Carik-carikkan daun kunyit dan masuk dalam gulai
7. Perasakan dengan garam ikut tahap kesukaan masing-masing
8. Tunggu mendidih dan hati-hati masa balikkan ikan takut ikan hancur
9. Siap! Sedap di makan dengan nasi panas

 
design by suckmylolly.com