Wednesday, June 10, 2009

Projek 79

Aku tahu blog ini dah lama aku biarkan berabuk. Aku biarkan bersawang. Bukan aku tak ada benda nak tulis. Bukan tak ada benda nak bercerita. Tatkala berlaku sesuatu perkara, aku merasakan aku perlu menulisnya di sini tapi bila duduk depan pc semuanya menjadi blank. Yeah... dan dengan pantas pc aku tutup.

Isnin lalu aku kembali ke kehidupan di tingkat 2. Tak tahu selama mana lagi di situ. Mungkin kekal mungkin diposting ke tempat lain. Namun begitu aku masih bersyukur, kerana di waktu ekonomi tidak menentu nih, aku masih ada kerja, aku masih ada pendapatan. Alhamdullilah.

Lately nih, aku menjadi semakin bosan. Yeah, bosan dengan segala-galanya. Aku harus alihkan kebosanan ini menjadi satu projek. Dan yang aku rasa paling bagus untuk di jadikan projek ialah meng'overhaul'kan rumah yang bagai kapal karam nih.

Aku namakan projek ini Projek 79. Objektif Projek 79 ini ialah menghasilkan sebuah kediaman yang kondusif dan selesa untuk aku, Atan & Irfan. Cewaaaaaahhh! Dan demi untuk mencapai objektif tersebut, aku perlu merangka satu pelan dasar yang merangkumi segala aspek.

Aspek penting yang perlu di titik beratkan ialah:
1. Konsep
2. Murah
3. Mudah

Konsep aku kekal urban contemporary. Murah sebab aku dah mengenal pasti bahan-bahan terlibat. Mudah sebab aku akan adakan kerahan tenaga dari Atan dan adik-adik aku. Hahahahaha. Kalau korang nak mengofferkan tenaga aku terima dengan senang hati.

So meh tengok apa yang aku telah listkan untuk di overhaul:
1. Cat rumah ke earth tone
2. Tukar kaler langsir ke earth tone
3. Tambah railing langsir sebab sekarang langsir aku single railing dan sheer curtain. Nampak siot dari luar waktu malam.
4. Reupholster my cavenzi couch coz I so hate the colour of the sofa rite now
5. Menyusun atur dapur (huh kalau boleh aku nak tukar kitchen kabinet.. tapi mahal tak hengat)
6. Membuang segala barang yang aku rasa sayang-nak-buang-maybe-next-time-boleh-guna yang melambak kat porch
6. To fill in the gaps between the tiles with white fillo
7. To get more greens into the living

Aku rasa tu jer kot. So korang, kalau ada idea cat apa bagus dan murah tolong tinggalkan kat komen. Ke sesape yang sudi nak tolong aku cat rumah dan nak ikut aku gi Ikea pun boleh tinggalkan kat komen. Yang penting tadi petang, aku dah jumpa material yang aku suka untuk reupholster sofa ku yang buruk itu. Semeter RM9.80 dan very cool urban. Aku dah browse few tips from internet for the colour of my living and dining. Dan di sebabkan semenjak dua menjak nih aku menjadi mellow, I think I should go for earth tone, dark brown & beige. What say you?

- to be continue with pics

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day



Aku tak der wat apa-apa yang istimewa this Mother's Day. Ekonomi dan cuaca yang tidak bagus membuatkan semua perancangan tergendala sebentar. Nevertheless, this year for the 1st time aku dapat Mother's Day kad dari Irfan.



Tahun nih Irfan dah ke kindergarten dan alhamdullilah, he can spells quite good. Dan the Mother's Day kad yang dia bikin tu adalah projek di kindergarten tempat dia belajar tu la. As a mom, I am so grateful even he still tak bape paham what Mother's Day is.



Happy Mother's Day to all mom in the world especially to my beloved mom.




Tuesday, April 28, 2009

Where Do I Begin

Sometimes, there is time when you have a lot to tell to the world, and yet you can't find a single word to start the story.. yeah.. I have it now. Rite now.

Tadi aku punya la ada banyak benda nak letak kat sini, punya la cargas bijik mata nih, alih-alih bila dah bukak pc, bukak blog... teeeeeeuuuuu.. mata terus ngantuk. Ces!

Dan aku...... aku nak tutup pc dan pegi tido. Nanti-nanti saja eh!

Sunday, April 19, 2009

Alahaiiiii Sunday

Sunday kali ini...

1. Aku amat letih
2. Tak yah masak
3. Sangat tak cukup tido

Nape? Hmmmm mother in law in da house plus father inlaw plus 2 brother inlaws with their family plus 1 sister inlaw with their family... the house is pack.

When they are in town it means, less sleep for me. Haha! Bukan merungut, memang kalau my mom in law ada kat rumah, soal memasak aku serah kat dia. Sebab musababnye, dia orang Terengganu sure tak leh makan masakan Negeri Sembilan yang aku masak.

Okeh... selain daripada peristiwa aku terkunci dalam bilik air semalam, aku juga di serang keligata (orang N9 panggil) atau bintat-bintat besar yang naik macam kena demam campak. At 3:30 am, aku kejutkan doktor klinik 24 jam kat Taipan for a jab. Tak tahan dah panas satu badan.

Dan tambah lagi kepanasan tahap maksimum di Seremban semalam. Bukan takat waktu siang... membawa terus ke waktu malam. Panas yang membuatkan aku rasa ingin lari ke kedai letrik di Rahang mintak pasangkan aircond kat rumah dan dan tu jugak.

Hari nih pulak mendung, dan aku dengan sungguh-sungguhnya berdoa hujan akan turun dengan lebat. Namun begitu awan mendung tadi berarak pergi. Kembali ceria. Dunia. Tapi dunia aku tidak. I need rain. I need that cool smell of rain. Now! Really!

Malam nih pulak, aku sempat tertengok satu drama di Ria atau Prima kalau tak silap, berjudul Alahai Anak Omak. Drama yang aku maki dari start hingga separuh cerita. Aku tak pernah tengok aktres/aktor yang bertutur dalam loghat N9 begitu teruk sekali.

"ko kono bla bla bla pukul sebelas" sepatut ei "ko kona bla bla bla pukul soboleh"
"masjikq" sepatut ei "masjid" jo. tak yah gatal la konon-konon ei menekan perkataan masjid tu
"bla bla duik" patut ei "bla bla duit". Aduhaiii takdo orang N9 nih panggil duit tu duik
"den nak poei kujo" sepatut ei "den nak poei kojo".

Takkan la bangang sangat kan? Yelah for a drama to be on tv, kan ada skrip kan? Nape tak suruh orang yang mahir dalam loghat N9 untuk betulkan skrip tu? Langsung menyampah aku tengok drama melayu nih. Nak buat satu karya atau kerja buat betul-betul jangan macam lepaskan batuk kek tanggo jo. Tak semuo dalam bahaso N9 tu kono lotak hurup O. Ado tompek tak payah... sobotan pun kono gak boto, kalau tak, tak yah la ngengado nak buek drama bahaso N9 nih. Serupo orang bangang jo ghupo ei.

Alahai.. aku harap sesape produser drama yang nak bikin citer dalam loghat mana-mana negeri, buat la research betul-betul walaupun drama korang berbajet mee maggi.

Peace!

Saturday, April 11, 2009

Online Shopping For Shawls

Nampak perubahan kat blog nih? Tak? Ada nampak sket? Yup, aku tengah wat sedikit upgrading pada muka blog aku nih. Yelah aku dok sebuk usha blog orang, ada lagu, ada pc games etc. Huh! Jeles la plak. So aku add la music player. Heh! Aku pasti sekarang tinge korang tengah mendengar lagu Lucky from Jason Mraz & Colbie. Tak banyak lagu dalam tu ada 7 jer. Saja aku buat testing. Nanti aku tambah lagi.

Then aku tambah feedjit. Nak tengok korang dari mana. Yelah, ramai yang masuk tak tinggal jejak. Tinggal-tinggal la jejak sket. Boleh kita saling kenal mengenal. Cewah!

Off late nih, aku suka layan blog yang jual shawl online. Ada juga dah try beli selai. Dulu tak berani sangat nak pakai shawl. Rasa cam orang tua. La nih, shawl dah lawa-lawa. Tapi aku aim satu shawl nih, sangat lawa. Retro design and very colourful. Tak tau la boleh re-stock ke tidak shawl tu. Aku cenggini la, selalu dorang update jer shawl baru musti miss.

Tapi tulah, shopping online nih especially shawl, korang kena tengok dan bandingkan harga coz different blog yang ada corak dan warna shawl yang sama maybe harga jualnya berbeza. Biasa la kan, adat orang berniaga. Dan adat aku sebagai orang yang mempunyai kuasa beli ialah untuk membandingkan few blogs untuk mencari harga yang terendah atau pun reasonable. Dan dari pemerhatian aku, chiffon, polyesters & viscose mix shawl range harganya dari RM10 - RM16. Dan dari pemerhatian aku jugak, hanya ada few blogs yang design shawlnye sangat menarik.

Kat sini, I just mention 2 dari puluhan shawl blogshop yang ada. Blog yang pertama, aku pernah purchase 1 shawl from her. Yang ke dua, aku baru wat pre-order. Yes, shawl cantek yang very colourful. If you are looking to revamp your muslimah looks, maybe you can give them a try!

The 1st Blogshop ~


Click the picture to go the the blogshop

I've bought 1 shawl from her blogshop. Nice and fast delivery. Tengah tunggu shawl lain yang cantik-cantik so that I can purchase from her again.

The 2nd Blogshop ~


Click the picture to go the the blogshop

They call their blogshop Da Marvellous Shawl. Suits them! They do have marvelous shawl. Nih baru try order selai dari diorang. Hope they serve well as the 1st blogshop.

Ada satu lagu blogshop yang selalu aku singgah untuk tengok baju. In my size! Tapi lately nih my size always sold out. Huhuhu. Tapi tu kisah lain. Kalau aku dah berjaya purchase from them one day, nanti baru leh aku cerita. Till then, happy shawls shopping!








Sunday, March 29, 2009

Malam Tadi

Malam tadi ada korang tutup lampu selama sejam? 8:30 - 9:30 mlm? Untuk menyokong Earth Hour? Ada? Tak tutup? Tak sokong? Aku tak tutup pun. Sokong? Tak jugak sokong. Aku tak tutup lampu sebab malam semalam kitorang ada kenduri di kampung. Buat kenduri dan baca doa serba sedikit. Tapi kalau bukan pasal kenduri pun, aku jugak tak akan tutup lampu selama sejam tu. Kenapa? Mungkin sebab aku nih selfish. Mungkin sebab aku tak giler nak ngikut idealogi yang di bawa barat. Apa-apa pun itu aku, kalau korang ada sebab sendiri untuk tidak tutup lampu atau pun tutup lampu aku pun tak kisah. Yang aku kisah ialah bila ada individu-individu tertentu yang merasakan sangat bangga kerana dia menyokong Earth Hour. Dah la bangga dok heboh plak sana-sini that he/she has the power to act. Oh come on! Kalau ko rasa apa yang ko buat itu cukup hebat keep it to yourself, your family and just your friend. There is no need to tell the whole world how good are you. I don't care to know. Hehehehe jahat kan ayat aku.

Ada lagi satu senario yang agak jugak menjengkelkan pada aku. Senario kakak-kakak atau makcik-makcik yang suka benar cerita pasal kehebatan anak-anak atau ahli keluarga atau sedara mara mereka. Heboh bercerita betapa handsomenya anak mereka walau pun anak mereka baru berumur 1 bulan. Adeh... keep it to yourself dude! Tak tentu lagi anak ko akan jadi handsome dalam beberapa tahun lagi. Huhuhuhu. Atau hebatnya mereka belajar dan belajar dan belajar dan cuba mengikut ideologi barat yang ntah hape-hape.

Hahahaha.. tu perkara yang agak mengjengkelkan aku minggu nih. Dah bosan sebenarnya mendengar dan membaca benda-benda begitu. Sesekali mungkin okeh la, sebab kita nih human being. Sometimes kita nak juga brag kat orang lain kehebatan atau kejayaan kita. Sometimes juga kalau perkara-perkara begini kadang kala kita dengar, ia boleh jadi satu motivasi kat kita. Tapi kalau dah selang sehari dok dengar aku nih lain dari yang lain tau, my handsome anak tu u, kenapa ko tak sokong earth hour, aku hebat tau itu ini.. naik bernanah dah tinge nih. Sape boleh tahan kan? Kan? Kan?

Oh yeah, semalam paginya, aku gi check up. Sambil-sambil menunggu tu aku borak-borak dengan patient yang lain. Aku berborak pun sebab aku dah di sape dulu dek mereka. Kalau tak tu, I'm happy with my book and my pashima yang Julia hadiahkan. Oh yes, I need that pashima, the medical centre is so freaking cold. Patient lain tu seems okey coz tanya aku sakit apa, jumpa doktor mana bla bla bla bla but this one kakak tanya aku.

"Jumpa doktor mana?"
"Doktor Tuuutttttt"
"Jumpa dia kenapa, overweight?"
"Tak jugak, pasal my bp"
"Kenapa tak pegi hospital besar?"

Aku diam dah.

Dia tambah.
"Ubat sana kan lebih murah? Ubat kat mana-mana pun sama aje".

Dan lagi.
"Doktor nih banyak songeh."

Dan aku balas dengan senyuman.

Tapi ini jawapan untuk kakak tu. Jawapan yang ada dalam kepala otak aku. Jawapan yang aku tak nyatakan depan dia sebab aku nak menjaga air muka dia di hadapan patient yang lain.

"Kak, saya dah lama dengan doktor nih. Dah bertahun-tahun dah dia rawat saya. Saya nih memacam penyakit ada. Tapi doktor ni sangat sabar dengan saya. Tolong terangkan pada saya setiap sakit dan ubat yang dia gunakan. Memang ubat kat sini agak mahal, tapi layanan doktor yang ada ini tak dapat saya jumpa kat hospital lain. Yer, memang ada doktor lain yang lebih bagus lebih baik tapi saya belum jumpa lagi. Lagi pun doktor nih sanggup datang memalam ke emergency semata-mata pasal saya. Doktor nih memang banyak songeh sebab dia tak mahu patient dia sakit lagi kalau tak ikut apa dia sarankan. Oh yeah, saya memang tak der masalah ngan doktor nih, saya jarang amek MC. Mungkin sebab tu saya okeh dengan dia".

Boleh gitu? Hahahahaha. Pendek citer, jangan la akak wat judgement cepat sangat. Akak tu baru jer jumpa aku tak sampai 5 minit. Tak tahu pun citer sakit aku apa dah mandai-mandai suggest itu ini. Yang paling tak best suggest kat aku yang my doctor nih banyak songeh. Aku tak cakap hape pun pasal doktor lain yang dia nak jumpa tu. Itu la manusia kan, mereka sentiasa fikir dan ingat apa yang mereka lakukan dalam hidup mereka itu sudah cukup hebat dan cukup betul. Seperti mana yang aku kata awal tadi, just keep it to yourself selagi orang di keliling anda tidak bertanya. Kata omputih, mind your own business!

Alamak aiii banyaknye aku membebel. Thats it! Aku sebeno ei nak kongsi ngan korang gambar-gambar kenduri malam tadi. Kenduri kali nih agak luar biasa hidangannya. Coz selalu, makan nasi dan lauk pauk, tapi kali ini, makan mihun, sate, kuih dan buah-buahan. Sodap yang amat!


Mihun Lada Hitam yang mak masak


Hidangan lain, sate, kuih bakar, karipap & buah-buahan


Jambar yang telah siap sedia menunggu untuk di bawa ke depan


Che Momoi


Acu & Lina


Dinner time


Mak Long, Siti Nor & Acu tengah sibuk kat dapur


Aksi 'tengok'


Aksi 'tengok' close up


Dewi & Siti Nor


Kawasan lelaki


Kawasan pompuan


Dah penat bangat


Dan panas


Family Biru


Johanna, Irfan & Lisa


Mak dan cucu-cucunya


Johanna & Ayah


Firah Che Momoi & Lina Bobob


Pak Long, Mak Long, Mak Su & Mak



Johanna & Firah


Uihhh sape kat bawah tu?


Sate tu sedap kata Irfan!

Monday, March 23, 2009

Aku Mahu

Aku mahu sekali mengupdate blog ini dan juga food blog aku dengan segala citer.. dengan segala masakan yang aku dah bikin... tetapi haihhhhhsss.. aku sangat malas.

Mungkin nanti bila aku rajin.. kemahuan itu akan datang kembali.

Tuesday, March 17, 2009

Get To Know Yourself

It just a quiz of 9 questionnaires. Whether is for fun or really shows who you truly are... just try it! This is my results. And this is the link to the quiz. Click! Click! QuizBox!

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties. ~ hehehe.. yep exactly me!

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes. ~ oh yeah darn rite!

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person. ~ definitely!

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates. ~ i am!

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job. ~ wohooo how true is this!

The right job for you:

You have many goals and want to achieve as much as you can. The jobs you enjoy are those that let you burn off your considerable excess energy. ~ oh yeah.. keep on coming!

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying. ~ oooo okey.. it's getting creepier!

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel. ~ that's it!

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long. ~ okey babe.. please get out of my head.. i mean NOW!

Hahahaha.. this quiz really shows who I am... what is says about you? :P

Monday, March 16, 2009

Pandainya



Aku tak pernah pun kenal dia. Tak pernah kenal pun nama dia. Tapi aku terpanggil nak menulis tentang dia lepas aku dengar tentang berita dia di TV3. Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal. Gadis manis berusia 18 tahun ini di percayai menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan mendapat 20A (19A1, 1A2). Aku kata di percayai sebab aku tak nampak pun nama dia dalam akhbar tempatan. Oooppss.. aku pun actually jarang dapat baca akhbar tempatan.

Tapi di sebabkan aku tertengok citer dia dalam TV, aku cuba la surf tentang adik nih. Aku jumpa 2 cerita dia dalam Harakah Daily. Adik nih merupakan seorang pelajar di Maahad Muhammadi Perempuan.



Yang buat aku sibuk sangat nak menulis pasal adik nih walaupun aku tak kenal dia yelah di sebabkan kecemerlangan yang dia capai walaupun dia datang dari sebuah keluarga yang agak kekurangan. Aku tengok gambar rumah dia dalam tv, aku rasa sebak. Rumah buruk di sewa dengan harga RM90 sebulan dan sudah tertunggak setahun bayaran sewanya. Sangat tak selesa. Tapi adik ini tidak meletakkan ketidak selesaan itu sebagai alasan untuk dia mencari ilmu. Alhamdullilah, anak yang baik ini telah berjaya membantu ibu bapanya, apabila di atas kecemerlangan yang di tunjukkan ini, keluarga adik ini akan menerima sebuah rumah baru.

Begitulah nasib kita kan. Hari ini kita di uji dengan berbagai ujian. Berkat sabar dan tekun, insyallah akan ada balasan yang baik untuk semua itu.



Aku benar-benar kagum dengan adik yang sorang ini. Dia seorang anak perempuan. Lahir dan di besarkan sebagai anak nelayan. Serba kekurangan tetapi semua itu hanya menjadi satu dorongan kepadanya dan juga sebagai penguat semangat agar satu hari nanti dia mampu membantu keluarganya. Dan masa aku menontonnya di tv hari tu, sudah ada 3 organisasi menawarkan untuk membiayai pendidikan beliau. Alhamdullilah. Anak-anak begini la yang harus kita bantu. Dia telah menunjukkan kecemerlangannya. Kecemerlangan ini harus di gilap lagi. Jangan biarkan ia pudar bersama masa.

Congrats to you dik! You really do amaze me!

photo: credit to www.harakahdaily.net

Sunday, March 15, 2009

Citer AF La Pulak


AF7 banner credit to www.astro.com.my

Aku sebenonye malas nak berblog pasal AF. Sebab aku rasa aku dah tua sangat nak nengok citer bebudak muda terkinja-kinja. Tapi disebabkan Atan ndak sangat tengok konsert malam tadi, aku join la jugak. Abis tu nak wat apa lagi, decoder Astro ada satu je kat rumah nih.

AF7 katanya satu transformasi. Hmmmm dia nak transform cam Transformers ker? One thing yang aku notice bebudak kali nih ramai yang dah berumahtangga, baik pompuan mahupun lelaki. Dan most of them really can sing well. Walaupun tak sehebat bebudak One In A Million (OIAM). Not bad. Tak macam AF yang dulu-dulu, yang rata-ratanya hanya ada muka untuk carik makan.

Malam tadi masa konsert aku perati tak der dah tag line. Dulu ada breep breep, mesraaaaaaa, world sampai la terlebih sudah, kali nih bisu jer. Hahahaha aku suka! Aku rasa kipas susah mati AF musti tak suka kan, sebab tag line dah sinonim ngan AF. Alaaa.. itu pun masa AF3, sebelum tu mana ada semua student AF bertag line gitu.

Lagi satu di akhir konsert tak der lagu Menuju Puncak. Wah! Memang betul transformasi ker? Takkan la sampai nak bertransformasi sampai Menuju Puncak pun jadi mangsa. Aku rasa Menuju Puncak tu adalah identiti AF. Kita nih kalau nak bertransformasi haruslah ke arah yang lebih baik bukan bertransformasi hingga hilang identiti diri. Gituuuuu

Pengkritik tetap pula kali nih Edrie Hashim, Khaty Ibrahim dan Adlin. Dan seperti biasa Adlin banyak memberi komen bernas. Bagi Edrie dan Dato' Kathy maybe this is the 1st time dok kat kerusi pengkritik tetap, so komen diorang agak lembut sket. But maybe jugak di sebabkan kali nih student AF vokal dan control diorang lebih bagus, jadi kritikan pun tak sepedas mana. But what the heck, this is only the 1st concert!


Photo of Hafiz & Claudia of AF7 credit to www.astro.com.my

Dari 14 student yang ada malam tadi, susah aku nak kata which voice yang bagus. Coz most of them memang bagus. Still, aku notice sore Hafiz dan Claudia ada sket lain. Claudia tu aku tengok kejap ada iras Camelia, kejap ada iras Dayang.

Apa yang aku tak berkenan kat AF nih dari dulu sampai la nih ialah bila nak masuk AF terkinja-kinja suka. Baik yang bujang baik yang dah beranak-pinak. Bila dah masuk AF, baru minggu pertama dah meleleh-leleh airmata, kasi tau satu dunia rindu kat mak ayah, rindu kat laki, rindu kat anak. Huh! Korang yang pilih nak masuk situ so deal with it rite? Tok sah la bazir-bazir airmata. Nak pancing undi ke hape?

Citer pasal airmata nih, aku ringan jer nak menegur masa pemilihan dari 20 student ke 14 student tu. Aku tak ingat nama student bertudung yang lagi sorang nih. But dari masa audition dan masa di beritahu dia layak jadi student separuh akhir dia punya ligan aduhaiiii... yang best dia nak join AF sebab nak jadik femes. Wahhhh adik-adik dan anak-anak skrang nih, kalau cikgu tanya besar nak jadi apa, tak yah pikir la pasal nak jadi doktor ker, lawyer ke.. skrang nih jawab nak jadik artis atau nak jadik femes. Kasihan sungguh....

Masa adik sorang nih tak berjaya masuk AF7, meleleh-leleh airmata dia mengenangkan dia takkan jadik femes. Tak per la dik, dunia nih masih luas. Dunia AF tu secebis dari dunia yang luas nih. Wat apa bazir airmata atas benda-benda duniawi nih, berfikirlah cara positif. Maybe aku tak dapat AF nih sebab Tuhan masih sayang kat aku. Hindarkan aku dari benda-benda yang tak elok yang mungkin timbul dari dunia hiburan yang sangat aku cintai ini. Gitu kena berfikir.

Apa pun, AF akan mewarnai malam-malam Sabtu kita untuk 10 minggu ini. Dan ndak tak ndak aku sure tengok. Best sebeno ei buang masa tu bebudak yang mempunyai impian tinggi menggunung untuk menjadi terhebat dalam dunia hiburan yang makin suram nih. Wish you all the best adik-adik!

 
design by suckmylolly.com