Bagus punya tajuk kan? Aku memang sangat hati-hati esspecially tempat yang licin. Sebab aku memang sangat-sangat mudah tergelincir. Badan besar kaki kecik camni la gayanya.
Gamaknya malang tak berbau, semalam dengan bangganya aku jatuh depan pintu bilik air. Betul-betul buat aksi split. Dekat 10 minit baru aku bangun. Dok raba-raba tak der yang luka. Tak der keluar darah tang hidung. Alhamdullilah.
So natijah dari kejadian tu, aku sekarang boleh di kategorikan kurang daya upaya bergerak. Sakit beb, start dari pinggang membawa ke kaki.
Mental note: cepat la gi tukar hose mesin basuh tu untuk mengelakkan lantai tu jadik licin lagi
Okeh, ada pembaca blog yang melintas bertanya akan keberkesanan produk Brand Innershine Pati Prune yang aku amek nih. Okeh, untuk itu, aku rasa baik juga aku menulis di sini dari aku menjawab di bahagian komen tu kan. At least boleh jugak jadi panduan untuk orang lain.
So yes, di masa aku menjawab komen yang mula-mula tu, aku baru jer ambik dalam 16 botol. Sekarang, dah lebih sebulan. Jadi lebih la banyak botol yang aku teguk. Selalunya aku beli yang sekotak 8 botol. Aku rasa yang itu special promotion kot untuk bulan puasa yang lepas tapi dah di panjangkan hingga beberapa bulan nih.
So kesannya? Untuk aku yang susah tidur nih, alhamdullilah, ianya membantu aku tidur tepat masanya dan lena. Kalau dulu pukul 2 pagi pun belum tentu aku tidur, tapi sekarang, dalam pukul 11 malam, mata dah berat. Aku suka. Sebab aku memang perlu tidur sebelum pukul 12 tengah malam untuk maintain blood presure under 120/80 which dah lama aku gagal achieve. hahahaha.
Another effect yang ketara, kulit menjadi lebih lembut walaupun pores nih masih besar gila. Aku rasa itu 2 effect yang ketara. Yang lain mungkin aku tak perasan but then maybe ia jugak membantu dalam aspek penjagaan kesihatan yang lain. Yang mungkin aku terlepas pandang. So that's it dear readers, aku akan still teruskan mengambil pati prune nih. Sesuai untuk aku rasanya. Oh yer, nantikan lagi satu produk penjagaan kesihatan yang baru aku ambil seminggu nih, khas untuk orang yang bermasalah sugar imbalance macam aku.
Tahniah buat pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang telah di julang sebagai juara Piala Malaysia 2009. Penantian selama 61 tahun untuk membawa Piala Malaysia ke Negeri Sembilan telah berakhir malam tadi dengan kemenangan 3 - 1 mengalahkan Kelantan dalam perlawanan yang bermula dalam hujan yang agak lebat.
Adat bermain, ada yang kalah ada yang menang dan bola nan bulat itu la yang jadi penentu. Dan malam tadi bola yang bulat itu berpihak kepada Negeri Sembilan. Tahniah sekali lagi!
Trying something new today.. errr tonite actually. Tapi tak tau la sampai bila bertahannya. Tertulis di kotak ianya promote inner beauty.. inside out. Aku pulak nak mencuba jer coz ada terbaca ianya bagus untuk penyahtoksid. Aku rasa badan aku dah banyak toksid maka adanya aku menjadi susah tidur yang amat. Kalau dulu 24 jam tak tido tu still ok lagi, la nih dah 48 hours without sleep pun aku masih tak ngantuk-ngantuk. Huhuhu.. so aku harap this Innershine Prune essence boleh la sikit sebanyak membantu aku.
Lagi aku banyak baca review yang bagus untuk produk nih. So aku dah survey Jusco, Watson dan Giant. Kat Jusco, Watson dan Giant untuk 6 botol regenya RM23.90. Tak der beza. Yang beza kat Watson ada twin pack cost RM38.90. Still okeh but pairing dia tu yang aku tak suka. Satu kotak prune satu lagi quince. Prune aku kenal la. Buah quince nih buah apa plak? hehehehe
Kat Giant plak ada jual yang 8 botol rege RM28.90. So aku beli yang nih. Sebotol sehari khabarnya. Di ambil waktu malam. So far aku dah teguk sebotol tadi. Rasa cam makan ubat pun ada. Taste dia natural jer. Ada manis sket. So let see after 1 month yer. Radiant inside out ke tidak?
Song For The Soul This Week ialah Berita Kepada Kawan dari Ebiet G Ade. Aku rasa lagu ini paling sesuai minggu nih dengan keadaan rakan serumpun kita yang di timpa bencana gempa bumi. Hmmmm.. begitulah adat dunia kan. Sebab itu mak ayah kita selalu pesan, kalau benci orang jangan teruk sangat benci itu sebab satu hari nanti, kita mungkin perlukan pertolongan dari mereka yang kita benci itu.
Kita doakan mereka yang terlibat dengan bencana ini agar tabah dan sentiasa di lindungi Allah SWT.
Berita Kepada Kawan
Perjalanan ini Terasa sangat menyedihkan Sayang engkau tak duduk Disamping ku kawan
Banyak cerita Yang mestinya kau saksikan Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang Dihempas batu jalanan Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun Seperti jadi saksi Gembala kecil Menangis sedih …
Kawan coba dengar apa jawabnya Ketika di kutanya mengapa Bapak ibunya tleah lama mati Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut Ku kabarkan semuanya Kepada karang kepada ombak Kepada matahari
Tetapi semua diam Tetapi semua bisu Tinggal aku sendiri Terpaku menatap langit
Barangkali di sana Ada jawabnya Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan Melihat tingkah kita Yang selalu salah dan bangga Dengan dosa-dosa Atau alam mulai enggan Bersahabat dengan kita Coba kita bertanya pada Rumput yang bergoyang
Yeah, I think I will start pasting one lyric once a week as a song for the soul. And for this week, my soul is singing I Can't Smile Without You by Barry Manillow. A mellow song so suitable with my mellow yellow week. :)
Can't Smile Without You
You know I can't smile without you I can't smile without you I can't laugh and I can't sing I'm finding it hard to do anything You see I feel sad when you're sad I feel glad when you're glad If you only knew what I'm going through I just can't smile without you
You came along just like a song And brightened my day Who would of believed that You where part of a dream? Now it all seems light years away
And now you know I can't smile without you I can't smile without you I can't laugh and I can't sing I'm finding it hard to do anything You see I feel sad when your sad I feel glad when you're glad If you only knew what Im going through I just can't smile
Now some people say happiness takes So very long to find Well I'm finding it hard Leaving your love behind me
And you see I can't smile without you I can't smile without you I can't laugh and I can't sing I'm finding it hard to do anything You see I feel glad when you're glad I feel sad when you're sad If you only knew what I'm going through I just can't smile without you
Video Clip credit to: ePower911 from www.youtube.com
Ramadhan datang, Ramadhan pergi. Syawal pula muncul menunjukkan diri. Tapi aku tahun nih betul-betul tak terasa nikmatnya Ramadhan dan Syawal. Entah. Jauh di sudut hati, segala-galanya terasa hambar. Jiwa terasa kosong. Sangat kosong hingga jiwa yang menjerit ini terdengar gemanya memenuhi kepala.
Adakah kerana faktor umur? Aku tengok rakan-rakan seusia dengan aku masih seronok menyambut raya. Heboh dengan segala persiapan. Aku pulak di akhir Ramadhan baru mula mencari barang untuk rumah. Aku bosan. Bosan.
Di Hari Raya pertama, masing-masing sibuk bersama keluarga, tapi kali ini keluarga aku semua pulang ke Johor tinggal aku dan Atan saja di Seremban. Last minute decision, Atan tak mahu pergi. Masalah jauh, penat, kewangan dan ntah hape-hape lagi menjadikan hari raya aku tahun ini bertambah hambar. Sehambar nasi impit tanpa kuah kacang. Dan tahun depan giliran beraya ke Terengganu pula, jadi masih adakah peluang lagi untuk merasa keseronokan beraya itu lagi?
Ada beberapa teman di facebook yang terpaksa aku hide mereka. Maka aku tak perlu melihat status-status mereka yang membuat aku mual dan geli bila membacanya. Betul. Facebook tu untuk hampir segala-galanya. Tapi aku rasa tak perlu la aku membaca status memberitahu, nak pergi mandi, nak pergi makan. Aduhaiiii, maaf la kawan-kawan, aku rasa jelak. Aku rasa menyampah.
Adakah ini satu phase dalam hidup aku di mana aku menentukan arah sebenar perjalanan hidup aku nih? Atau adakah rasa kekosongan yang ada dalam jiwa ini akibat dari perbuatan aku menjauhkan diri dari Tuhan selama ini? Adakah kekosongan ini adalah balasan kepada keengganan aku sujud, menyerahkan diri pada Dia? Ruginya aku sebagai manusia kalau begitu, kan?
Segala rasa kekosongan ini jugalah yang membuatkan blog ini terbiar tanpa bertulis. Dan hari ini aku kembali menulisnya semula. Kerana jiwa aku meronta untuk di dengari. Aku perlu telinga untuk mendengar. Bukan saja mendengar tetapi cuba memahami. Tapi aku tahu tiada siapa di luar sana yang mampu melakukan itu. Dan di sebabkan itu la aku kembali merapu di sini. Meluahkan apa yang terbuku di benak nih tanpa aturan. Hari ini aku menulis apa yang aku rasa. Gelodak dalam jiwa aku yang kosong dan SEPI.
Terima kasih Allah atas nikmat dan kurniaan yang di berikan. Hari ini aku masih di beri kesempatan meraikannya bersama orang tersayang.
Buat teman-teman yang mengucapkan selamat serta mendoakan kesejahteraan aku, aku ucapkan terima kasih atas ingatan. Moga kehidupan kita terus-terusan di berkati oleh Nya.
Julia Idaly Mohd Yusofbabe, let me be the first to wish u happy birthday. Aku balik mumbai senin, so time tu takut tk sempat login. And also, slmt bpuasa. Btw, i loike ur profile photo.
Norhana SeninHappy B'day Mona! Muda selalu hehehehe....