Tuesday, September 18, 2007

A Friend Of Mine

This shout is dedicated to a dear friend of mine... Ellie.. I wish you a speedy recovery babe...

Thursday, March 22, 2007

...::: motivation for today :::...

Courage ~ Josh Hinds ~ getmotivation.com


"Courage is being scared to death - but saddling up anyway."
-- John Wayne
"Courage is the cliche hallmark attributed to the hero. I say cliche because people talk about courage as if it is some mysterious force only a hero is born with. Courage is a vague and fleeting concept for many people because they lack it themselves.
People lack courage because they lack knowledge. They have no idea where the true source of courage comes from. Even worse, they don't know it and continue to live in fear. As Socrates pointed out, 'People not only don't know, but they don't know that they don't know.'
This is why so many people on earth live in fear. Fear of death. Fear of life. Fear of living their nightmares. And fear of living their dreams. Most people are followers because they lack self-confidence and live in constant fear.
Anyone who is brave and can show them how to overcome fear, they follow and respect. But... anyone that reminds people of their own fear, they attack and abuse viciously! This is human nature in its lowest, animal form.
What is fear? Fear is the perception or misperception of the unknown. Perception of how we negatively view reality, but not reality itself. I once heard somewhere, a useful acronym for FEAR: False Evidence that Appears Real. The 'false evidence' being our own manufactured worries, doubts, and negative images often of events that haven't even taken place yet.
William Shakespeare understood this principal well when he said, 'Our doubts are traitors, and make us lose the good we oft might win, by fearing to attempt.'
The cause of fear is lack of knowledge. Therefore, 'knowledge is the antidote to fear' according to the great American hero philosopher, Ralph Waldo Emerson. That is why heroes are brave souls. They immerse themselves with knowledge, plus knowledge, plus knowledge.
Heroes know that they don't know, but are willing to learn.
They are humble and learn from everyone regardless of rank or status. Leaders know their potential. Followers ignore their potential. Courage and self-confidence comes from knowledge and self-knowledge...
This being said, no human hero is entirely fearless. Great heroes are not born fearless and brave. Nelson Mandela had this to say about courage: 'I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it... I felt fear myself more times than I can remember, but I hid it behind a mask of boldness. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear.'"

Monday, February 26, 2007

...::: Adapting To Life Changes :::...


While it's important to set goals -- because as the saying goes if you want to get somewhere you have to know where you're headed -- it is also essential to give yourself the wiggle room necessary to adapt to changes that occur in life.
Be focused and persistent on the path towards achieving the goals you set, but also be willing to take any necessary steps that might reveal themselves along the way.
Success in any endeavor is rarely achieved by following a straight line, but that's not all bad. Life's changes and challenges can help to keep things exciting, because it is through overcoming the challenges which pop up that we grow to the point where we can apply our acquired knowledge to any future endeavor.
To further illustrate my point consider what keynote speaker and business philosopher Jim Rohn has to say, "Set a goal to become a millionaire for what it makes of you to achieve it." Think about that for a moment. When we develop the skills needed to achieve our goal, the rewards of the particular goal may come or go in our lifetime, however our ability to recreate the result is always there -- ready for us to tap into at will.
Simply put, learning to adapt to change as it finds its way into our life is an essential part in developing a mindset which is conducive to achieving any and all endeavors we pursue.

...::: hari ini :::...

lama sungguh tak menulis... nak kata sibuk sangat.. tak le mana... cuma off late nih rasa cam kurang sihat.. maybe cuaca kurang baik.. maybe aku yang kurang sihat...
hari Sabtu 24/2/07 lepas, aku pegi Mega Reunion sekolah lama aku... Sekolah Teknik Tuanku Jaafar Seremban.... hmmm batch aku 91/92.. ambik 2 meja saja... insyallah.. lain kali di waktu reunion yang lain, mungkin bilangan meja akan bertambah
ramai yang tak dapat pegi sebab ada anak-anak kecik.. yelah.. untuk ex student dari zaman 1972 tu sure anak-anak dah besar giler.. yang kitorang nih.. alahaaaaaaiiiii anak pun baru nak pandai bercakap..
walaupun keadaan dinner agak kelam kabut (maybe coz nih first time bikin)... tapi aku rasa seronok.. jumpa kawan-kawan lama.. walau pun dulu masa di sekolah tak bercakap... tak pernah kenal.. tapi sekarang... rasanya cam dah lama sangat kenal... heh
habis dinner jam 12 tengah malam... kitorang sambung lepak kat Ampangan... macam mengimbau kenangan silam la pulak.. yelah zaman kitorang sekolah.. kawasan Ampangan tu la jadik tempat lepak.. la nih tak ramai dah lepak sana.. rata-rata gi Taipan di Senawang
hmmmm malam nih aku nak download gambar.. insyallah.. esok leh post gambar kat sini plak.. wokeh... i should sign off now... tataaa

Wednesday, January 10, 2007

...::: dah 2007? :::...


Hari ini, dah sepuluh hari kita berada dalam 2007. Dah 10 hari jugalah aku berfikir apa azam aku untuk tahun ini. Ada azam tahun baru lagi ker? Pada aku, insan yang tak punya azam, adalah insan yang tidak punya keinginan untuk hidup. Jadi bagaimana dengan aku? Azam tahun 2007 aku adalah untuk menunaikan azam tahun 2000 aku yang dulu. Yer, bagus jugak azam nih.

10 hari yang pertama dalam tahun yang baru. Masih terlalu awal untuk aku kata aku akan melaksanakan berbagai perubahan, yang nyata, tahun 2007 kali ini aku ingin semula kembali menjelajah dunia. Satu keseronokan yang telah aku tinggalkan 7 tahun yang dulu. Moga-moga, tiada halangan lagi kali ini.

Monday, December 18, 2006

~ Masih Kisah Tentang Kasih ~




7 Disember 2006
6:30 pagi - Head pounding
7:30 pagi - Drive to Terminal 1 (nak pergi keje)
7:35 pagi - Kensel niat pergi keje terus ke Medical Centre
8:00 pagi - Emergency room kat Medical Centre... arghhhhh severe migraine

Doktor aku cuti la pulak... ganti dengan doktor lain. Aku tak nak warded, nanti aku lebih terseksa. Dr bagi aku pain killer dan suruh rest kat dalam emergency room.

10:00 pagi - Still atas katil dalam emergency room. Kepala dah kurang sakit.
10:30 pagi - Dr kata aku boleh balik
10:45 pagi - Ambil ubat dari farmasi dan terus carik breakfast

Baru terasa lapar. Apa nak makan nih? Aku order teh panas dan roti bakar. Kedai makan belakang Medical Centre. Aku pandang jam. Hampir jam 11 pagi. Apa aku nak buat hari ini?

11:00 pagi - Jalan kaki ke shopping mall
11:30 pagi - Aku dah tercongok depan pintu Jusco S2.
Kepala masih sakit. Tapi tak sesakit tadi. Aku carik bench dan duduk. Betul-betul depan TGV. Blank. Nak tengok wayang ker? Aku pandang orang yang lalu-lalang. Budak jaga kaunter TGV tu dah sepuluh kali senyum kat aku.

Aku tengok ramai orang hari ini. Mungkin sebab cuti sekolah kot. Aku pandang screen kecik tempat diorang tunjuk show apa yang ada hari ni. arghhh citer CINTA. Dah setengah jam rupanya dia start. Hmmmm ada lagi pukul 1:30 ptg.

Sniff sniff.. bestnye baaaauuuuu. Oooooo bau popcorn.. musti best tengok wayang sambil kunyah popcorn kan? Sedar tak sedar aku dah bangun menuju ke kaunter tiket.

Aku pandang muka budak perempuan di kaunter tiket. Ringannye mulut berkata, CINTA jam 1:30 ptg, sorang.

Aku tengok jari-jemarinye dengan pantas menekan screen komputer di depannya. Tak ramai orang. Bagus la.

Duit dan tiket wayang berganti tangan. Apa aku nak bikin sementara jam 1:30 nih? Haaa.. pantas jugak kaki aku melangkah menuju ke MPH.

Lama betul aku berada di MPH. Beli dua tiga buah buku. Hampir RM150 aku melayang pasal beli buku. Dah jam 12:45 tengahari. Aku melangkah semula ke TGV dan duduk betul-betul di bench yang mengadap pintu masuk TGV. At least aku boleh nampak bila diorang bukak sitting untuk citer aku nih nanti.

Keluarkan buku and start reading. Orang makin ramai. Around 1:20 pm, aku bangun gi kaunter popcorn. Aku beli popcorn saiz besar dan regular Coke. 1:25 pm diorang bukak panggung dan aku dengan berbaju kurung warna hijau di sertai bersama-sama berpuluh-puluh manusia berlenggang lenggok masuk ke panggung.

4 petang - keluar dari TGV.

Ada rasa berat dalam hati aku. Cerita melayu yang aku tonton kali ini betul-betul meruntun rasa. Patut la kawan-kawan aku beriya-iya menyuruh aku pergi. Patutlah kawan-kawan aku sanggup berulang kali masuk menonton cerita yang sama.

Cerita yang very simple. Dengan dialog harian yang kita guna. Tapi isi cerita CINTA itu sangat padat. Korang dah tonton? Jika belum pergi la. Berbaloi rasanya dengan RM8 untuk tiket dan RM8 lagi untuk popcorn dan Coke yang aku keluarkan.

hmmmmmmm aku tewas dengan cerita melayu yang satu ini.

Tuesday, December 05, 2006

...::: kisah tentang kasih :::...


Aku bukanlah antara khalayak yang suka menonton filem melayu. Ops, jangan marah! Aku bukan tidak menonton langsung filem melayu. Aku memang orang melayu dan bukan tujuan aku untuk membodohkan diri menipu yang aku tidak menyokong budaya melayu. Bukan nak merendah-rendahkan atau menidakkan keupayaan filem melayu tetapi aku kurang setuju untuk menghabiskan wang hasil susah payah aku bekerja dengan menikmati filem yang aku sudah dapat bayangkan jalan ceritanya.
Sana-sini sekarang rata-rata teman-teman aku bercerita tentang cerita CINTA yang satu ini. Teman-teman aku juga antara khalayak yang sama species dengan aku. Kata mereka cerita CINTA ini bagus. Cerita CINTA ini elok di tonton. Yer ker? Benar ker?
Aku cuma pernah soundtrack cerita CINTA ini. Lagu Anuar Zain, Perpisahan. Aku juga bukanlah tergolong dalam khalayak yang gemar lagu-lagu sedih tapi kenapa aku memasang telinga juga? Lagu ini sedih, sama sedih bila aku mendengar lagu The Blower's Daughter.
Sudah berubahkan aku? Kenapa lagu ini begitu membuai rasa? Perlukan aku tonton cerita CINTA ini? Cerita tentang kasih sebut sinopsis nye. Cerita tentang 5 cinta dalam satu cerita.
Wajarkah aku mengeluarkan wang untuk menonton cerita ini?
Mungkin aku perlu, tapi atas alasan apa?

Thursday, November 30, 2006

...::: aku harus pulang :::...

pic by: zindyzone




Semalam aku balik awal. Awal yang bermakna aku balik dari pejabat tepat pada masanya. Pukul 6 petang. Aku suka balik tepat pada masanya. Kenapa? Kerana ada banyak perkara yang boleh aku bereskan. Perjalanan balik dari KL ke Seremban pada waktu 6 petang mengambil masa lebih satu jam setengah.

Semalam juga aku banyak berfikir, tentang hidup aku. Tentang apa yang telah lalui. Tentang apa yang akan aku lalui. Tentang apa yang ingin aku lalui. Dan aku menyedari bahawa, aku telah banyak membuang masa. Membuang masa aku dengan menyendiri, membuang masa aku dengan perkara remeh. Membuang masa aku tanpa tujuan.

Kenapa aku jadi begini? Sedangkan pada hakikatnya aku seorang manusia yang positif. Seorang periang. Seorang yang penuh dengan warna dan karekter. Tetapi apa yang tinggal kini hanyalah seorang manusia yang berada di satu sudut memerhati kehidupan yang lalu lalang di hadapan mata. Memerhatikan masa yang silih berganti tanpa cuba berbuat apa-apa.

Manusia apakan aku ini? Semalam juga, seorang kawan… ye seorang kawan… aku panggil dia kawan kerana aku kurang rapat dengan dia. Tetapi seorang kawan inilah yang menyedarkan aku bahawa aku telah lama tertinggal dalam hidup. Ada satu rasa meruap dalam diri aku bila aku membaca tulisannya.

Dia sudah gah menjajah pelusuk dunia. Dia sudah gah mencari jati diri dalam kemelut kehidupan. Dia sudah gah menyaksikan kemanusian dari sudut matanya sendiri. Dan aku? Aku masih di sini. Aku masih dengan langkah pertama. Langkah pertama yang aku buka telah mati 6 tahun lalu. Ia mati di situ. Mati tatkala aku baru bertatih mengenal dunia.

Aku menafikannya. Aku telah menafikannya. Aku telah menafikan yang ianya telah merubah kehidupan aku sama sekali. Aku sematkan di dalam hati bahawa aku masih seperti dulu. Aku masih manusia yang sama. Aku masih mempunyai kekuatan yang sama. Tapi siapa yang hendak aku tipu? Tapi mengapa bila semalam, apa yang aku baca itu mendatangkan detik yang hebat dalam diri ku? Tapi mengapa jika benar aku tidak pernah berubah, aku telah kehilangan semua akal dan bakat yang telah aku warisi dan perhebatkan sepanjang awal kehidupan ku.

Ini semua tidak masuk akal. Aku perlu pulang. Aku ingin pulang.

Tuesday, November 14, 2006

...:::Masih Mood Raya:::...

Hari nih dah berapa Syawal yer? Aku dah lost track of the time skrang nih. Tahun nih memang aku tak rasa cam berhari raya. Tiga hari sebelum raya aku dah balik Terengganu. Raya ke dua aku dah balik ke Seremban. Raya ke tiga dah start keje. Seminggu lepas tu aku pindah rumah pulak. Heh… hari tu ada budak nak datang beraya kat rumah aku… aku kata.. rumah aku tak der kuih raya… ekekekekekekekeke… bukan alasan palsu nih.. betul-betul punya alasan… tahun nih memang aku tak der langsung beli dan bikin kuih raya… heh… macam tak caya jer kan!



Tapi hari nih rasa kembali cam hari raya.. bebudak kat unit aku pakat-pakat collect RM15 sorang… pastu buat masak nasi himpit, sate, kuah kacang, lemang, rending.. etc… perghhhhh pendek kata sumer ada la termasuk berbagai kuih raya… nasib baik unit aku nih kecik aje.. tu pong dah mengundang mata-mata lain dari unit yang berhampiran… musti diorang jeles



Tahun nih jugak aku tolak sumer jemputan open house… aku bukan tak nak pergi tapi aku betul-betul sibuk menguruskan rumah aku yang asik close jer semenjak dua menjak pindah nih.. aiseyyyy.. ada keje masuk la pulak… sign off dulu…

 
design by suckmylolly.com