Sunday, June 28, 2009

PC oooo PC

Secara rasminya pc aku confirm rosak semalam. Memula just hilang pci files which dah di cuba untuk install semula. But I think the whole hard disk dah rosak la cause when we try to set my hard disk to another pc, the hard disk is not readable. Hwaaaaaaaaa!

Actually the pc dah patut tukar pun. Dah 8 tahun umurnya. Tukar hard disk dah 2 kali. Tukar motherboard sekali. Tukar casing pun dah sekali. Processor dia pun dah lapuk, dah tak mampu nak tampung WindowsXP nih. Adik aku dah kira lebih kurang RM1,100 untuk custom made pc aku nih. Huhuhuhu mana nak cekau duit. Dah la Ramadhan dan Syawal bakal menjelma. Huhuhu gamaknya kena ikat perut la skang nih.

So secara rasminya jugak aku akan berhenti berblogging wat sementara waktu, lappy yang aku guna nih pun loan from my brother. Tak tau la bila pc aku nih akan kuar dari ICU.

Errrr ada sesape simpati ke nak derma wat beli pc baru?

Thursday, June 25, 2009

Dah Jumpa Dah

Ini adalah petikan dari Harian Metro yang menyatakan bahawa dua beradik yang hilang (sila baca post aku sebelum ini) telah di temui semula dalam keadaan selamat. Alhamdulillah!

Petikan dari Harian Metro Online

Panik 26 jam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Sri Ayu Kartikawati Amri
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bimbang dimarah ibu kerana keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan, seorang murid lelaki tahun empat lari dari rumah sambil membawa adik perempuannya berusia lapan tahun dipercayai untuk mengadu masalah kepada ibu saudaranya.

Murid berusia 10 tahun itu dikatakan meninggalkan rumah sehelai sepinggang tanpa membawa satu sen wang dari rumahnya di Jalan Kuching, di sini, untuk berjalan kaki sejauh lebih 30 kilometer ke rumah ibu saudaranya di Cheras.

Kehilangan kanak-kanak itu mencetuskan trauma terhadap ibunya yang bimbang nasib sama dialami mangsa culik dan bunuh, Nurin Jazlin Jazimin, 8, lebih dua tahun lalu, berulang.

Ibu dua kanak-kanak itu, Sharmiza Zuleiman, 37, berkata kehilangan anaknya itu disedari kira-kira jam 9 malam Isnin lalu selepas dia pulang ke kondominiumnya di Taman Sri Putramas Jalan Kuching, di sini.

Dia yang baru pulang daripada kerja terkejut mendapati dua anaknya, Nadia Natasha, 8, dan anak lelakinya, Ahmad Zikry, 10, hilang dari rumah manakala pintu rumah dalam keadaan terbuka.

Menurutnya, dia panik mencari anaknya di bilik tidur dan dapur, namun kelibat dua beradik itu masih gagal dikesan.

“Berikutan bimbang keadaan kedua-dua anak saya itu, saya segera membuat laporan polis walaupun ketika itu kehilangan tidak sampai 24 jam. Sebaik membuat laporan polis, saya dan suami berusaha mengesan kedua-dua anak kami itu yang dibimbangi tersesat selepas keluar dari kawasan berhampiran.

Menurut Sharmiza, biasanya mereka akan pulang terus ke rumah sebaik selesai menghadiri sekolah agama sesi petang.

“Selalunya, dua anak saya itu akan berada di rumah selepas saya pulang dari kerja pada jam 6 petang, namun pada hari kejadian saya terpaksa pulang lewat berikutan banyak kerja di pejabat yang perlu diselesaikan.

“Usaha kami untuk mengesannya hampir menemui jalan buntu apabila saudara-mara dan datuknya yang dihubungi di Setapak turut memberitahu tidak melihat dua anak saya itu,” katanya yang bertugas sebagai pegawai bank.

Sharmiza berkata, dia bimbang anaknya diculik seperti kes Nurin Jazlin dengan menjadikan Zikry sebagai umpan untuk mendapat anak perempuannya.

Namun, semua kerisauan itu terlerai apabila seorang pegawai polis Sentul menghubunginya jam 11 malam kelmarin iaitu kira-kira 26 jam selepas kehilangan dua anaknya.

Menurutnya, pegawai polis itu memberitahu dua anaknya yang hilang itu sudah ditemui dan dijaga sementara seorang orang awam tidak dikenali.

“Suami saya kemudian mengambil kedua-dua anak di balai polis sebelum membawa mereka pulang. Sewaktu di rumah, barulah saya mengetahui kehilangan mereka akibat Zikry bimbang dimarahi berikutan keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan.

“Zikry yang mesra dipanggil abang mungkin bimbang saya memarahinya sebelum lari dari rumah dan merancang pergi ke rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Permaisuri Cheras,” katanya.

Menurutnya, Nadia Natasha turut memberitahu dia berhajat pulang semula ke rumah tetapi tidak dipersetujui abangnya yang masih mahu meneruskan perjalanan ke rumah ibu saudaranya.

Bagaimanapun, dua beradik itu ditemui orang awam yang simpati sebelum membawa mereka ke balai polis berhampiran.

Namun, identiti orang terbabit menjadi misteri kerana tidak mahu diketahui.

“Sehingga kini, saya trauma kerana insiden itu dan dugaan yang menimpa ini akan saya ambil sebagai iktibar,. Saya juga akan lebih berhati-hati dan mengambil tahu mengenai hal mereka dua beradik dari semasa ke semasa,” katanya.

Tuesday, June 23, 2009

Kanak-Kanak Hilang



Sebar-sebarkanlah. Moga anak-anak ini di temui segera dalam keadaan selamat.

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7 malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.


Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7 pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you

Nama anak: Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zikri 10 tahun.
Nama ibu: Noor Sharmiza bt Suleiman
Nama bapa: Ahmad Fazli bin Hj Muzir
Alamat: E-1-7, Dover Park, Sri Putramas, Jalan Putramas 1, off Jalan Kuching KL.
Tel: 012-3949977 atau 013-3455661
Hilang pada 22 Jun 2009 jam 7 petang.


note: moga anak-anak ini dalam lindungan Allah SWT dan moga di ketemukan dengan keluarga dalam keadaan yang selamat.

credit: info & gambar - www.pjnet.com.my

Sunday, June 14, 2009

Hi Tea @ Dorsett



I has been 35 years since this picture was taken. And through out those 35 years they have been in good, bad & terrible times. But their unconditional love for each other keep them together, and we do hope forever and ever.



Heh! On 8 June 2009, Mak & Ayah celebrating their 35th Anniversary dan kami sebagai anak-anak merancang satu kejutan untuk mereka berdua. Aku dan adik-adik merancang untuk celebrate their anniversary with hi tea in hotel. Saja tak mahu nak bagitau dengan Ayah sebab Ayah definately tak bagi kami adik beradik buang duit. Buat jer kat rumah itu ada jawapan pasti kalau kami bagitau Ayah awal-awal.


Tapi dengan tak memberitahu mereka juga menimbulkan kegelisahan buat Ayah. Apalagi pasti la Mak menjadi mangsa. Padahal Mak pun tak tahu menahu apa rancangan kami, cuma Mak dapat menghidu yang kami akan celebrate their anniversary. Kat mana dan apa hanya kami adik-beradik saja yang tahu.






Awal perancangannya mahu ke Coronade since aku dah biasa dengan food kat sana. Sedap pun sedap. Crowd pun tak ramai so seronok sikit nak rasa macam tempat tu kita yang punya. Hehehehe. But atas sebab-sebab miscommunication venue terpaksa di tukar ke Dorsett di saat akhir. Benar-benar di saat akhir!







The food spread is bigger than Coronade but frankly speaking the service and the taste of their food is not par with Coronade. Well Coronade is faaarrrr better from Dorsett, be it in the taste of their food and the service of their staff. (p/s: Lina, I dah puji melambung nih... hehehe)







Aku, Atan dan Irfan start our journey to rumah Mak & Ayah dalam pukul 10:45, dok belek itu ini keluar dari tol Seremban dalam pukul 11:45 pagi. Tak selesa la jugak Mak, Ayah & Shafiq dok kat seat belakang. yelah kan keter aku MyVi jer. Berjumpa dengan Asbi di Petronas Sg Besi, Shafiq pulak hop off naik ngan Asbi dan kitorang meneruskan perjalanan ke Dorsett melalui Terowong Smart. Johanna & Irfanie menunggu di Dorsett. Sampai kat Jalan Imbi berpusing few round mencari Dorsett. Susah betul kalau one way nih.






Dah nampak dah Dorsett dari jauh tapi tak tau camne nak pergi, last sekali call Johanna suruh dia jumpa kat Parkroyal. Heh! Dalam kul 1:30 gitu baru sampai Dorsett. Dan seperti di duga Ayah berkata jangan la buat kat hotel, mahal-mahal habis duit. Alahaiiii sesekali la kan Ayah, bukan selalu pun.



Settle makan-makan dalam pukul 4 petang gitu dan proceed gi Ikea. Aku tahu Mak musti sukanya gi Ikea. Sebenarnya Atan yang beriya-iya nak cari bowl kaca untuk Betta Splenden belaannya.





Penat shopping di Ikea kitorang dinner kat KFC di Tesco Mutiara Damansara. Penat giler woh dan proceed baik ke Seremban dalam pukul 11 malam. Wohoooo dan esok aku kerjaaaa! Waaaaaaaaaaaaa

Saturday, June 13, 2009

Dinner @ Halia



Ahad minggu sudah birthday Asmida. Selalunya bila time birthday kitorang, Asmida selalu celebrate so this time kitorang la pulak buy her dinner. Kali nih lokasi yang di pilih keluar sket dari kebiasaan. Jauh sket berjalan hingga ke Bukit Kiara.



Hari tu dok terbaca dalam The Sun pasal Halia Grill nih. Ada 20% diskaun lagi kalau bawak keratan iklan dari The Sun tu. So aku & Kak Siti cadang nak try the new restaurant. Heh... aku jer yang ingat Halia nih baru bukak, actually diorang dah beroperasi 4 tahun. Huh 4 tahun? Tapi la nih jer aku baru dengar nama Halia nih.



Perjalanan dari KL ke Bukit Kiara tak la lama sangat. Cuma nak embrace traffic jam waktu petang tu jer. Kitorang sampai di Halia at 6:30 pm. Just nice since the dinner buffet start at 6 pm.


Menunggu birthday girl


Birthday girl


Meme - tunang birthday girl





Patrons yang dine in pun tak ramai coz masih awal. The buffet spread tak la besar sangat. But believe me it is more than enough. Kenyang giler. You can enjoy the buffet at RM35++ for pax, as I said the spread really worth it. Ada nasi tomato, pasta, boiled potato, sweet corn & ikan bakar.


Pasta with cabonara sauce


Beef & Chicken grilled


Waiters served the churrasco grill



Not to be miss their Churrasco bbq. The bbq consist of chicken wings, chicken breast, chicken sausage & grill beef. Yang bbq items nih memang tak der kat kaunter since the waiter akan datang dari meja ke meja membawa bersama grill items nih.


Sebelum


Selepas

Oh yeah, every Friday & Saturday ada roast lamb. So nasib kitorang la kan dapat makan roast lamb since it was Friday. The roast lamb sauce aka bbq sauce is very nice. A fruity bbq taste really enhance the flavour of the roast lamb.


Sharwarma chicken


Sharwarma chicken with pita bread


My starter


Their chicken sharwarma pun heaven. Roti pita yang lembut dan segar menambahkan lagi keenakkan hidangan tersebut.


Sedang memilih ikan


Ikan yang menanti untuk dibakar


Chef ikan bakar section yang ramah

Ikan bakar section is also good. Try their Nyonya Style Salmon. Sodap!







Apple pie


Opera Cake

Desserts counter pun spread dia sedap-sedap. Ada marble cheese cake yang very creamy, apple pie, kuih-muih melayu dan longan pudding. I tell you, go and try their longan pudding. The pudding is so light and very tasty. Aku siap add extra milk dalam pudding tu. Rasa cam makan bread & butter pudding kat Alexis lak. Hehehehe.


The enhanced longan pudding






For chocolate lovers musti happy giler tengok diorang nye choc fountain. Fruits for dip ada grapes & apricot. Since aku bukan la penggemar fruits with choc dip so aku pandang sipi-sipi jer yang nih. Heh!


Varieties of fresh fruits











So puas hati yang amat. Aku rasa birthday girl pun setuju yang food kat Halia nih very tasty coz Asmida dah rancang nak berbuka puasa kat Halia bulan Ramadhan nanti.







So kalau korang tak tahu nak makan apa maybe you can try this restaurant and see for yourself. Oh yeah, the environment of the restaurant is so keeeelllllaaasss yo!









For reservation please call: 03-2089 3799

Lokasi:
1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
T (+603) 2089 3688 F (+603) 2089 3699 E enquiries.sdcc@simedarby.com
www.simedarbyconvention.com


Map to Halia (credit to: www.simedarbyconvention.com)

 
design by suckmylolly.com