Sunday, March 29, 2009

Malam Tadi

Malam tadi ada korang tutup lampu selama sejam? 8:30 - 9:30 mlm? Untuk menyokong Earth Hour? Ada? Tak tutup? Tak sokong? Aku tak tutup pun. Sokong? Tak jugak sokong. Aku tak tutup lampu sebab malam semalam kitorang ada kenduri di kampung. Buat kenduri dan baca doa serba sedikit. Tapi kalau bukan pasal kenduri pun, aku jugak tak akan tutup lampu selama sejam tu. Kenapa? Mungkin sebab aku nih selfish. Mungkin sebab aku tak giler nak ngikut idealogi yang di bawa barat. Apa-apa pun itu aku, kalau korang ada sebab sendiri untuk tidak tutup lampu atau pun tutup lampu aku pun tak kisah. Yang aku kisah ialah bila ada individu-individu tertentu yang merasakan sangat bangga kerana dia menyokong Earth Hour. Dah la bangga dok heboh plak sana-sini that he/she has the power to act. Oh come on! Kalau ko rasa apa yang ko buat itu cukup hebat keep it to yourself, your family and just your friend. There is no need to tell the whole world how good are you. I don't care to know. Hehehehe jahat kan ayat aku.

Ada lagi satu senario yang agak jugak menjengkelkan pada aku. Senario kakak-kakak atau makcik-makcik yang suka benar cerita pasal kehebatan anak-anak atau ahli keluarga atau sedara mara mereka. Heboh bercerita betapa handsomenya anak mereka walau pun anak mereka baru berumur 1 bulan. Adeh... keep it to yourself dude! Tak tentu lagi anak ko akan jadi handsome dalam beberapa tahun lagi. Huhuhuhu. Atau hebatnya mereka belajar dan belajar dan belajar dan cuba mengikut ideologi barat yang ntah hape-hape.

Hahahaha.. tu perkara yang agak mengjengkelkan aku minggu nih. Dah bosan sebenarnya mendengar dan membaca benda-benda begitu. Sesekali mungkin okeh la, sebab kita nih human being. Sometimes kita nak juga brag kat orang lain kehebatan atau kejayaan kita. Sometimes juga kalau perkara-perkara begini kadang kala kita dengar, ia boleh jadi satu motivasi kat kita. Tapi kalau dah selang sehari dok dengar aku nih lain dari yang lain tau, my handsome anak tu u, kenapa ko tak sokong earth hour, aku hebat tau itu ini.. naik bernanah dah tinge nih. Sape boleh tahan kan? Kan? Kan?

Oh yeah, semalam paginya, aku gi check up. Sambil-sambil menunggu tu aku borak-borak dengan patient yang lain. Aku berborak pun sebab aku dah di sape dulu dek mereka. Kalau tak tu, I'm happy with my book and my pashima yang Julia hadiahkan. Oh yes, I need that pashima, the medical centre is so freaking cold. Patient lain tu seems okey coz tanya aku sakit apa, jumpa doktor mana bla bla bla bla but this one kakak tanya aku.

"Jumpa doktor mana?"
"Doktor Tuuutttttt"
"Jumpa dia kenapa, overweight?"
"Tak jugak, pasal my bp"
"Kenapa tak pegi hospital besar?"

Aku diam dah.

Dia tambah.
"Ubat sana kan lebih murah? Ubat kat mana-mana pun sama aje".

Dan lagi.
"Doktor nih banyak songeh."

Dan aku balas dengan senyuman.

Tapi ini jawapan untuk kakak tu. Jawapan yang ada dalam kepala otak aku. Jawapan yang aku tak nyatakan depan dia sebab aku nak menjaga air muka dia di hadapan patient yang lain.

"Kak, saya dah lama dengan doktor nih. Dah bertahun-tahun dah dia rawat saya. Saya nih memacam penyakit ada. Tapi doktor ni sangat sabar dengan saya. Tolong terangkan pada saya setiap sakit dan ubat yang dia gunakan. Memang ubat kat sini agak mahal, tapi layanan doktor yang ada ini tak dapat saya jumpa kat hospital lain. Yer, memang ada doktor lain yang lebih bagus lebih baik tapi saya belum jumpa lagi. Lagi pun doktor nih sanggup datang memalam ke emergency semata-mata pasal saya. Doktor nih memang banyak songeh sebab dia tak mahu patient dia sakit lagi kalau tak ikut apa dia sarankan. Oh yeah, saya memang tak der masalah ngan doktor nih, saya jarang amek MC. Mungkin sebab tu saya okeh dengan dia".

Boleh gitu? Hahahahaha. Pendek citer, jangan la akak wat judgement cepat sangat. Akak tu baru jer jumpa aku tak sampai 5 minit. Tak tahu pun citer sakit aku apa dah mandai-mandai suggest itu ini. Yang paling tak best suggest kat aku yang my doctor nih banyak songeh. Aku tak cakap hape pun pasal doktor lain yang dia nak jumpa tu. Itu la manusia kan, mereka sentiasa fikir dan ingat apa yang mereka lakukan dalam hidup mereka itu sudah cukup hebat dan cukup betul. Seperti mana yang aku kata awal tadi, just keep it to yourself selagi orang di keliling anda tidak bertanya. Kata omputih, mind your own business!

Alamak aiii banyaknye aku membebel. Thats it! Aku sebeno ei nak kongsi ngan korang gambar-gambar kenduri malam tadi. Kenduri kali nih agak luar biasa hidangannya. Coz selalu, makan nasi dan lauk pauk, tapi kali ini, makan mihun, sate, kuih dan buah-buahan. Sodap yang amat!


Mihun Lada Hitam yang mak masak


Hidangan lain, sate, kuih bakar, karipap & buah-buahan


Jambar yang telah siap sedia menunggu untuk di bawa ke depan


Che Momoi


Acu & Lina


Dinner time


Mak Long, Siti Nor & Acu tengah sibuk kat dapur


Aksi 'tengok'


Aksi 'tengok' close up


Dewi & Siti Nor


Kawasan lelaki


Kawasan pompuan


Dah penat bangat


Dan panas


Family Biru


Johanna, Irfan & Lisa


Mak dan cucu-cucunya


Johanna & Ayah


Firah Che Momoi & Lina Bobob


Pak Long, Mak Long, Mak Su & Mak



Johanna & Firah


Uihhh sape kat bawah tu?


Sate tu sedap kata Irfan!

Monday, March 23, 2009

Aku Mahu

Aku mahu sekali mengupdate blog ini dan juga food blog aku dengan segala citer.. dengan segala masakan yang aku dah bikin... tetapi haihhhhhsss.. aku sangat malas.

Mungkin nanti bila aku rajin.. kemahuan itu akan datang kembali.

Tuesday, March 17, 2009

Get To Know Yourself

It just a quiz of 9 questionnaires. Whether is for fun or really shows who you truly are... just try it! This is my results. And this is the link to the quiz. Click! Click! QuizBox!

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties. ~ hehehe.. yep exactly me!

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes. ~ oh yeah darn rite!

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person. ~ definitely!

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates. ~ i am!

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job. ~ wohooo how true is this!

The right job for you:

You have many goals and want to achieve as much as you can. The jobs you enjoy are those that let you burn off your considerable excess energy. ~ oh yeah.. keep on coming!

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying. ~ oooo okey.. it's getting creepier!

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel. ~ that's it!

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long. ~ okey babe.. please get out of my head.. i mean NOW!

Hahahaha.. this quiz really shows who I am... what is says about you? :P

Monday, March 16, 2009

Pandainya



Aku tak pernah pun kenal dia. Tak pernah kenal pun nama dia. Tapi aku terpanggil nak menulis tentang dia lepas aku dengar tentang berita dia di TV3. Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal. Gadis manis berusia 18 tahun ini di percayai menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan mendapat 20A (19A1, 1A2). Aku kata di percayai sebab aku tak nampak pun nama dia dalam akhbar tempatan. Oooppss.. aku pun actually jarang dapat baca akhbar tempatan.

Tapi di sebabkan aku tertengok citer dia dalam TV, aku cuba la surf tentang adik nih. Aku jumpa 2 cerita dia dalam Harakah Daily. Adik nih merupakan seorang pelajar di Maahad Muhammadi Perempuan.



Yang buat aku sibuk sangat nak menulis pasal adik nih walaupun aku tak kenal dia yelah di sebabkan kecemerlangan yang dia capai walaupun dia datang dari sebuah keluarga yang agak kekurangan. Aku tengok gambar rumah dia dalam tv, aku rasa sebak. Rumah buruk di sewa dengan harga RM90 sebulan dan sudah tertunggak setahun bayaran sewanya. Sangat tak selesa. Tapi adik ini tidak meletakkan ketidak selesaan itu sebagai alasan untuk dia mencari ilmu. Alhamdullilah, anak yang baik ini telah berjaya membantu ibu bapanya, apabila di atas kecemerlangan yang di tunjukkan ini, keluarga adik ini akan menerima sebuah rumah baru.

Begitulah nasib kita kan. Hari ini kita di uji dengan berbagai ujian. Berkat sabar dan tekun, insyallah akan ada balasan yang baik untuk semua itu.



Aku benar-benar kagum dengan adik yang sorang ini. Dia seorang anak perempuan. Lahir dan di besarkan sebagai anak nelayan. Serba kekurangan tetapi semua itu hanya menjadi satu dorongan kepadanya dan juga sebagai penguat semangat agar satu hari nanti dia mampu membantu keluarganya. Dan masa aku menontonnya di tv hari tu, sudah ada 3 organisasi menawarkan untuk membiayai pendidikan beliau. Alhamdullilah. Anak-anak begini la yang harus kita bantu. Dia telah menunjukkan kecemerlangannya. Kecemerlangan ini harus di gilap lagi. Jangan biarkan ia pudar bersama masa.

Congrats to you dik! You really do amaze me!

photo: credit to www.harakahdaily.net

Sunday, March 15, 2009

Citer AF La Pulak


AF7 banner credit to www.astro.com.my

Aku sebenonye malas nak berblog pasal AF. Sebab aku rasa aku dah tua sangat nak nengok citer bebudak muda terkinja-kinja. Tapi disebabkan Atan ndak sangat tengok konsert malam tadi, aku join la jugak. Abis tu nak wat apa lagi, decoder Astro ada satu je kat rumah nih.

AF7 katanya satu transformasi. Hmmmm dia nak transform cam Transformers ker? One thing yang aku notice bebudak kali nih ramai yang dah berumahtangga, baik pompuan mahupun lelaki. Dan most of them really can sing well. Walaupun tak sehebat bebudak One In A Million (OIAM). Not bad. Tak macam AF yang dulu-dulu, yang rata-ratanya hanya ada muka untuk carik makan.

Malam tadi masa konsert aku perati tak der dah tag line. Dulu ada breep breep, mesraaaaaaa, world sampai la terlebih sudah, kali nih bisu jer. Hahahaha aku suka! Aku rasa kipas susah mati AF musti tak suka kan, sebab tag line dah sinonim ngan AF. Alaaa.. itu pun masa AF3, sebelum tu mana ada semua student AF bertag line gitu.

Lagi satu di akhir konsert tak der lagu Menuju Puncak. Wah! Memang betul transformasi ker? Takkan la sampai nak bertransformasi sampai Menuju Puncak pun jadi mangsa. Aku rasa Menuju Puncak tu adalah identiti AF. Kita nih kalau nak bertransformasi haruslah ke arah yang lebih baik bukan bertransformasi hingga hilang identiti diri. Gituuuuu

Pengkritik tetap pula kali nih Edrie Hashim, Khaty Ibrahim dan Adlin. Dan seperti biasa Adlin banyak memberi komen bernas. Bagi Edrie dan Dato' Kathy maybe this is the 1st time dok kat kerusi pengkritik tetap, so komen diorang agak lembut sket. But maybe jugak di sebabkan kali nih student AF vokal dan control diorang lebih bagus, jadi kritikan pun tak sepedas mana. But what the heck, this is only the 1st concert!


Photo of Hafiz & Claudia of AF7 credit to www.astro.com.my

Dari 14 student yang ada malam tadi, susah aku nak kata which voice yang bagus. Coz most of them memang bagus. Still, aku notice sore Hafiz dan Claudia ada sket lain. Claudia tu aku tengok kejap ada iras Camelia, kejap ada iras Dayang.

Apa yang aku tak berkenan kat AF nih dari dulu sampai la nih ialah bila nak masuk AF terkinja-kinja suka. Baik yang bujang baik yang dah beranak-pinak. Bila dah masuk AF, baru minggu pertama dah meleleh-leleh airmata, kasi tau satu dunia rindu kat mak ayah, rindu kat laki, rindu kat anak. Huh! Korang yang pilih nak masuk situ so deal with it rite? Tok sah la bazir-bazir airmata. Nak pancing undi ke hape?

Citer pasal airmata nih, aku ringan jer nak menegur masa pemilihan dari 20 student ke 14 student tu. Aku tak ingat nama student bertudung yang lagi sorang nih. But dari masa audition dan masa di beritahu dia layak jadi student separuh akhir dia punya ligan aduhaiiii... yang best dia nak join AF sebab nak jadik femes. Wahhhh adik-adik dan anak-anak skrang nih, kalau cikgu tanya besar nak jadi apa, tak yah pikir la pasal nak jadi doktor ker, lawyer ke.. skrang nih jawab nak jadik artis atau nak jadik femes. Kasihan sungguh....

Masa adik sorang nih tak berjaya masuk AF7, meleleh-leleh airmata dia mengenangkan dia takkan jadik femes. Tak per la dik, dunia nih masih luas. Dunia AF tu secebis dari dunia yang luas nih. Wat apa bazir airmata atas benda-benda duniawi nih, berfikirlah cara positif. Maybe aku tak dapat AF nih sebab Tuhan masih sayang kat aku. Hindarkan aku dari benda-benda yang tak elok yang mungkin timbul dari dunia hiburan yang sangat aku cintai ini. Gitu kena berfikir.

Apa pun, AF akan mewarnai malam-malam Sabtu kita untuk 10 minggu ini. Dan ndak tak ndak aku sure tengok. Best sebeno ei buang masa tu bebudak yang mempunyai impian tinggi menggunung untuk menjadi terhebat dalam dunia hiburan yang makin suram nih. Wish you all the best adik-adik!

Friday, March 06, 2009

Warded Again





Horrific! Takut! Mengerikan! Itu adalah perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan bila darah mencurah keluar dari hidung aku Sabtu lepas.

Ya Allah! Jadi lagi. Ini kali ke dua aku mengalami masalah yang sama. Pertama kali dulu pada tahun 2007. Walaupun tak sepanik kejadian 2007, badan aku tetap menggigil. Everthing flashing through my eyes.



Berbekalkan segumpal ais hancur di balut dalam kitchen towel, Atan menghantar aku ke hospital. Di hospital aku terus di masukkan ke wad kecemasan di sebabkan nurse di situ ingatkan kepala aku luka bila aku menekap hidung aku dengan towel putih yang kini sudah bertompok dengan darah hidup.



Bacaan blood pressure (bp) aku pada awalnya agak bagus, 152/85. Tapi dalam masa 10 minit, bacaan itu menjadi 170/140. Dan lagi 10 minit telah menjadi 220/160. Dalam keadaan yang tidak stabil, doktor di situ memberitahu wad di hospital telah penuh dan akan menghantar aku ke hospital lain. Cubaan pertama mereka menghubungi hospital terdekat tidak membuahkan hasil. Mereka juga penuh. Akhirnya, mereka berjaya menempatkan aku di sebuah hospital swasta lama, NS Chinese Maternity & Medical Centre.



Sampai di NSCMMC, bacaan bp masih lagi tinggi. Tangan di pasang IV tube. Darah di ambil untuk ujian. Tapi bacaan bp tidak juga turun. Setelah few ubat di berikan, bacaan bp mula menampakkan perubahan yang memberangsangkan. Ia mula turun sedikit demi sedikit. Atan meninggalkan hospital dalam pukul 1 pagi untuk memberikan aku ruang untuk berehat. Tapi seperti biasa mata aku tak mungkin mahu lelap. Tadi, aku dah pun menolak saranan doktor untuk memberikan aku sedatif supaya aku boleh berehat. Aku takut sebenarnya. Takut jika aku terlelap dan mungkin takkan bangun lagi.



Diantara mata yang tak mahu lelap, tangan yang masih sakit akibat tusukan jarum dan perjalanan ulang alik ke bilik air, aku akhirnya terlelap di sofa. Jam 6 pagi baru aku terjaga dan beralih ke katil. Ngam-ngam nurse datang untuk mengambil bacaan bp aku kembali. Heh! Kalau la nurse tu tahu aku tido atas sofa, mahu rasanya aku kena bebel pagi-pagi hari nih.



Oh yeah, sebelum aku di masukkan ke wad, nurse di sana bertanya, aku nak masuk wad yang mana? Kalau ikut rank aku kat opis, aku boleh dok kata wad yang 4 bedded, kalau tak der kosong, 2 bedded, kalau 2 bedded tak der kosong, single bedded hingga la ada wad 4 bedded yang kosong. Gamaknya memang nasib aku, wad sumer penuh, yang ada hanya wad single bedded. Maka adanya ke wad single bedded la aku. Aduhai.... bosannya, but then bagus jugak tak der la orang lain nak mengganggu.









Berhari-hari aku di hospital, dan hari Rabu lepas CAP MY menghantar jambangan bunga dan buah-buahan. Wangi kejap bilik aku. Nurse kat situ pun suka. Masuk jer bilik, bau wangi bunga rose. Thanks korang! Selama aku pernah masuk spital beberapa kali nih, baru la nih korang anta bunga! Hahahaha! I do appreciate the thoughts!




So semalam, bacaan bp aku kembali normal, 120/80. Punca kejadian darah memancut keluar tu sebab aku demam 2 minggu dah. Tekak aku ada infection yang membawa ke hidung. Mengganggu seluruh sistem tubuh. Bayangkan tiba-tiba saja blood sugar aku jadik 17.1. Gila! But then sumer dah normal kembali, blood sugar pun dah jadik 6.0. Alhamdullilah.

So I'm back again here in my home sweet home. Depan pc. Updating my blog. Telling everybody what really happen to me.

There is few changes I need to made, and few pledges that I'm trying very hard to keep.

I pledge:

1. To make sure to sleep before 12 midnight everyday
2. To watch what I put in my mouth
3. To drink more water
4. To take my med without hesitation

Maybe I will add more pledges but I think 4 is enough for now.

Wish me well dear friends!

 
design by suckmylolly.com