Sunday, November 29, 2009

Perubahan Selepas Prune Innershine

Okeh, ada pembaca blog yang melintas bertanya akan keberkesanan produk Brand Innershine Pati Prune yang aku amek nih. Okeh, untuk itu, aku rasa baik juga aku menulis di sini dari aku menjawab di bahagian komen tu kan. At least boleh jugak jadi panduan untuk orang lain.

So yes, di masa aku menjawab komen yang mula-mula tu, aku baru jer ambik dalam 16 botol. Sekarang, dah lebih sebulan. Jadi lebih la banyak botol yang aku teguk. Selalunya aku beli yang sekotak 8 botol. Aku rasa yang itu special promotion kot untuk bulan puasa yang lepas tapi dah di panjangkan hingga beberapa bulan nih.

So kesannya? Untuk aku yang susah tidur nih, alhamdullilah, ianya membantu aku tidur tepat masanya dan lena. Kalau dulu pukul 2 pagi pun belum tentu aku tidur, tapi sekarang, dalam pukul 11 malam, mata dah berat. Aku suka. Sebab aku memang perlu tidur sebelum pukul 12 tengah malam untuk maintain blood presure under 120/80 which dah lama aku gagal achieve. hahahaha.

Another effect yang ketara, kulit menjadi lebih lembut walaupun pores nih masih besar gila. Aku rasa itu 2 effect yang ketara. Yang lain mungkin aku tak perasan but then maybe ia jugak membantu dalam aspek penjagaan kesihatan yang lain. Yang mungkin aku terlepas pandang. So that's it dear readers, aku akan still teruskan mengambil pati prune nih. Sesuai untuk aku rasanya. Oh yer, nantikan lagi satu produk penjagaan kesihatan yang baru aku ambil seminggu nih, khas untuk orang yang bermasalah sugar imbalance macam aku.


Sunday, November 08, 2009

Tahniah NS!



Tahniah buat pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang telah di julang sebagai juara Piala Malaysia 2009. Penantian selama 61 tahun untuk membawa Piala Malaysia ke Negeri Sembilan telah berakhir malam tadi dengan kemenangan 3 - 1 mengalahkan Kelantan dalam perlawanan yang bermula dalam hujan yang agak lebat.



Adat bermain, ada yang kalah ada yang menang dan bola nan bulat itu la yang jadi penentu. Dan malam tadi bola yang bulat itu berpihak kepada Negeri Sembilan. Tahniah sekali lagi!

Photo credit to: Faizul Shahrul

 
design by suckmylolly.com