Sunday, September 27, 2009

Kosong

Ramadhan datang, Ramadhan pergi. Syawal pula muncul menunjukkan diri. Tapi aku tahun nih betul-betul tak terasa nikmatnya Ramadhan dan Syawal. Entah. Jauh di sudut hati, segala-galanya terasa hambar. Jiwa terasa kosong. Sangat kosong hingga jiwa yang menjerit ini terdengar gemanya memenuhi kepala.

Adakah kerana faktor umur? Aku tengok rakan-rakan seusia dengan aku masih seronok menyambut raya. Heboh dengan segala persiapan. Aku pulak di akhir Ramadhan baru mula mencari barang untuk rumah. Aku bosan. Bosan.

Di Hari Raya pertama, masing-masing sibuk bersama keluarga, tapi kali ini keluarga aku semua pulang ke Johor tinggal aku dan Atan saja di Seremban. Last minute decision, Atan tak mahu pergi. Masalah jauh, penat, kewangan dan ntah hape-hape lagi menjadikan hari raya aku tahun ini bertambah hambar. Sehambar nasi impit tanpa kuah kacang. Dan tahun depan giliran beraya ke Terengganu pula, jadi masih adakah peluang lagi untuk merasa keseronokan beraya itu lagi?

Ada beberapa teman di facebook yang terpaksa aku hide mereka. Maka aku tak perlu melihat status-status mereka yang membuat aku mual dan geli bila membacanya. Betul. Facebook tu untuk hampir segala-galanya. Tapi aku rasa tak perlu la aku membaca status memberitahu, nak pergi mandi, nak pergi makan. Aduhaiiii, maaf la kawan-kawan, aku rasa jelak. Aku rasa menyampah.

Adakah ini satu phase dalam hidup aku di mana aku menentukan arah sebenar perjalanan hidup aku nih? Atau adakah rasa kekosongan yang ada dalam jiwa ini akibat dari perbuatan aku menjauhkan diri dari Tuhan selama ini? Adakah kekosongan ini adalah balasan kepada keengganan aku sujud, menyerahkan diri pada Dia? Ruginya aku sebagai manusia kalau begitu, kan?

Segala rasa kekosongan ini jugalah yang membuatkan blog ini terbiar tanpa bertulis. Dan hari ini aku kembali menulisnya semula. Kerana jiwa aku meronta untuk di dengari. Aku perlu telinga untuk mendengar. Bukan saja mendengar tetapi cuba memahami. Tapi aku tahu tiada siapa di luar sana yang mampu melakukan itu. Dan di sebabkan itu la aku kembali merapu di sini. Meluahkan apa yang terbuku di benak nih tanpa aturan. Hari ini aku menulis apa yang aku rasa. Gelodak dalam jiwa aku yang kosong dan SEPI.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com