Wednesday, July 15, 2009

Zalimnya Manusia

Pasangan bunuh pelajar KUIAM digantung


Noralina dan Khairul Anuar ditempatkan di Penjara Kajang sementara menunggu hukuman gantung dilaksanakan terhadap mereka.


Noralina


KUALA LUMPUR - " Mama, Ina tak bunuh, Ina tak salah!"
Begitulah raungan sayu seorang gadis berbaju kurung dari kandang tertuduh yang menyentap perasaan galeri awam Mahkamah Tinggi di sini semalam sejurus dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIAM), Juliana Md. Fuzi dua tahun lalu.

Noralina Ahmad Dasuki, 22, yang bertubuh gempal dan berkulit sawo matang tidak mampu mengawal emosi dan hanya mampu menangis selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah membacakan keputusan.

Ibunya cuba menenangkan Noralina yang kelihatan lesu dan tidak keruan sambil menasihatkan supaya dia menerimanya sebagai takdir serta berulang kali menyatakan sayang kepada Noralina.


Inilah Apartmen Sunrise, Wisma Indah di Jalan Tun Razak tempat Juliana dibunuh dua tahun lalu.

Walaupun cuba dibawa keluar oleh polis mahkamah, bekas pelajar kolej itu enggan berganjak dari kandang tertuduh dan merayu kepada ibunya supaya menolong membebaskannya.

Noralina juga enggan menerima bekalan makanan yang dibawa keluarganya.

Turut menerima nasib serupa ialah teman lelakinya, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27, jurujual di sebuah stesen televisyen satelit berbayar.

Suasana pilu berterusan apabila Khairul Anuar yang memakai baju penjara warna hijau menangis teresak-esak sambil mendekati isteri dan sempat memeluk anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

Hakim Mohamad Zabidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie.

-------------------------------------------------------------------------------

Rutin setiap pagi aku sebelum memulakan kerja ialah mengikuti perkembangan terkini berita dalam negara mahupun di luar negara. Dan pagi ini sama seperti biasa cuma petikan dari Kosmo ini membuatkan aku tertanya. Ada ke kes pembunuhan nih 2 tahun lepas? Kenapa macam senyap jer atau aku yang terlepas pandang? Aku tanya kenkawan aku pun rata-rata semua tak pernah dengar pasal kes nih.

That's ok. Ini zaman canggih. Apa saja benda yang kita kurang faham dan kurang arif we can just google around. And that is what I did with this news. Aku google nama mangsa Juliana Md Fuzi, dan terjumpa lah aku dengan blog adik nih. Di sebalik kepayahan untuk membaca fakta yang ingin di sampaikan, air mata aku gugur jua. Sebak perasaan aku. Seakan aku berada bersama-sama mereka menempuhi saat-saat menyedihkan. Saat-saat mencemaskan. Saat-saat penuh harapan.

Ya Allah. Zalimnya manusia. Hanya kerana beberapa ringgit manusia hilang pertimbangan. Hilang kewarasan. Apa pun jua alasannya, kita sebagai hamba Allah yang di kurniakan akal tidak seharusnya mengambil alih tugas malaikat maut. Tidakkah mereka tahu neraka adalah tempatnya untuk seorang pembunuh?

Untuk maklumat lebih lanjut tentang motif dan juga serba sedikit fakta kes, korang boleh melayari blog seorang lagi sahabat Juliana di sini.

Kalau kita baca petikan berita diatas hati tetap jugak sayu bila mengetahui betapa kasihnya ibu bapa kepada anak-anaknya. Walaupun anak-anak mereka seorang pembunuh. Namun airmata tidak mampu merubah apa-apa. Mangsa yang di bunuh juga punya ibu bapa dan orang yang menyayanginya. Pemergian Juliana dalam cara yang menyayat hati meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa jua yang pernah dan masih menyayanginya.

Begitulahkan, mak dan ayah aku dulu dan hingga sekarang masih berpesan. Hati-hati memilih kawan. Kawan yang baik mampu membentuk kita menjadi insan gemilang dan begitu juga sebaliknya. Kes ini telah selesai. Kita doakan arwah Juliana di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.


note: petikan berita kredit kpd: www.kosmo.com.my

0 comments:

 
design by suckmylolly.com