Thursday, July 16, 2009

Tak Sangka

Pagi-pagi lagi Masni dah menghantar email.

"Ada baca Metro hari Selasa lalu?".

Aku balas,

"Tak de, nape? Ada cerita best?".

Masuk lagi email dari Masni.

"Rohaniza Al-Adib".

Aku tak jawab lagi dah email dari Masni itu sebab aku perlu mencari Harian Metro Selasa yang di ceritakan oleh Masni. Bukan susah semuanya di hujung jari. Dan pencarian aku tak sampai pun 5 minit. Ini cerita yang ingin di sampaikan oleh Masni.

Petikan dari Harian Metro
Muka Depan - Selasa 14 Julai 2009

Wanita paling panas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shanty Nur Shaffizan Shafee
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Penjenayah wanita Melayu paling dikehendaki polis, Rohaniza Aladib, 31, yang disyaki terbabit dengan penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta, dipercayai melarikan diri ke luar negara bersama wang hasil kerja jahatnya.

Wanita ‘paling panas’ itu dilaporkan memperdaya beberapa artis popular termasuk Amy Search, Hattan dan Misha Omar dengan memujuk mereka menyertai skim cepat kaya, terus menjadi buruan polis berikutan enggan menyerah diri walaupun selepas diarahkan berbuat demikian sejak Mac lalu.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata, hasil siasatan suspek dipercayai meninggalkan negara dan ada maklumat mengatakan dia kini bersembunyi di Australia.

Menurutnya, Rohaniza bijak berlakon bagi meyakinkan mangsa supaya melabur dalam skim pelaburan berasaskan saham syarikat rokok antarabangsa sehingga mencecah jutaan ringgit.

“Suspek biasanya berjanji membayar pulangan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh pelaburan antara 10 hingga 30 hari. Biasanya, dia akan membayar keuntungan kepada mangsa ketika membuat pelaburan kali pertama sebelum mereka membuat pelaburan susulan dengan nilai lebih besar.
“Berdasarkan siasatan, ada di kalangan mangsa golongan VIP termasuk seorang wanita bergelar Puan Sri yang diperdaya membabitkan jumlah pelaburan mencecah RM26 juta,” katanya.


Menurutnya, sehingga kini polis tidak menolak kemungkinan suspek memperdaya ratusan mangsa membabitkan wang pelaburan sehingga RM432 juta.

“Difahamkan, suspek sebelum ini pernah ditahan ketika remaja kerana terbabit dengan kegiatan penipuan sebelum dipenjarakan. Namun, sejurus dibebaskan, dia bergiat aktif semula sebagai penipu dengan kaedah lebih licik dan terancang.

“Suspek turut dikesan memperkenalkan pelbagai skim pelaburan dengan menggunakan sebuah syarikat berdaftar, Erza Corporation Sdn Bhd untuk mengaburi aktiviti penipuan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, Rohaniza yang mempunyai alamat terakhir di Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya, dikesan menghilangkan diri sejak Julai tahun lalu selepas mengumpul sejumlah besar wang pelaburan daripada mangsa.

“Polis percaya suspek memperdayakan ramai mangsa termasuk golongan profesional dan artis terkenal dengan menawarkan pembelian saham dalam syarikat rokok antarabangsa serta menjanjikan pulangan keuntungan tinggi.

“Difahamkan, Amy Search dan Hattan masing-masing kerugian lebih RM1 juta dan RM50,000. Selain itu, penyanyi dan pelakon Awie serta Misha Omar turut terpedaya, namun enggan mendedahkan jumlah kerugian,” katanya.

Difahamkan suspek turut menipu beberapa pelakon tanah air selain ramai kakitangan kerajaan yang digula-gulakan dengan keuntungan berlipat ganda tanpa perlu bekerja keras.

“Polis Bukit Aman sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek yang dipercayai berada di luar negara.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai JSJK Bukit Aman di talian 03-26163747 dan 019-6000803,” katanya.

---------------------------------------------------------------------

Aku menggeleng kepala. Tak sangka. Tak sangka kerana gadis yang aku panggil dengan nama Ija ini kini menjadi buruan polis Malaysia dan mungkin juga Interpol kerana khabarnya polis Malaysia akan berkerjasama dengan Interpol untuk menjejaki wanita panas ini yang kini khabarnya sudah melarikan diri ke Australia.

Huh! Memang panas. Aku kenal wanita panas ini seawal umurnya 20an. Kami sama-sama bertugas dalam bidang yang sama. Ooooppsss bukan bidang tipu menipu nih yeh. Nih bidang yang sah di sisi undang-undang. Memang aku pernah dengar cerita-cerita kurang enak pasal Ija yang menglibatkan penipuan wang ringgit. Dan selepas beberapa lama, dia menghilangkan diri. Dan kalau menurut petikan dari Harian Metro ini, Ija nih pernah di penjarakan sewaktu berumur 20an. Hmmmm itu dah menjawab kenapa dia menghilangkan diri selepas heboh cerita dia menipu ramai orang.

Masni kata, dia dah tak dengar khabar Ija lagi sejak dengar dia dah kawin. Kahwin dengan orang kaya lagi. Hmmmm orang kaya? Kalau kawin orang kaya nape nak hidup dengan duit menipu lagi? Ramai yang dah di tipunya. Kebanyakkannya dari golongan artis dan VIP. Huh sampai RM432 juta khabarnya.

Ija.. Ija. Kalau ko kaya dengan susah payah ko bangga gak aku ada kenalan cam ko. Nih dah sampai kena buru dek polis.. kena buru dek Interpol... sampai bila? Sampai mana ko nak lari? Iskh iskh iskh.

note: petikan akhbar credit to: www.hmetro.com.my

2 comments:

dextrike said...

dasyatnya.. brani kan die nieh buat camtuh.. haiyo, aman ke hidup? ish ish

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

tu la.. zaman skrang nih pompuan daring-daring belaka. tak aman kot hidup dia.. tapi yg pasti kaya gilos.

 
design by suckmylolly.com