Monday, July 06, 2009

10 Minit Itu

Malam nih aku nak bawak korang layan perasaan sket. Sementelah aku tak leh tido nih, adalah lebih baik aku mengadap pc dari terkebil-kebil di pembaringan. Hari nih aku nak bercerita tentang apa yang kita fikirkan 10 minit sebelum kita tidur. 10 minit sebelum mata kita tutup. 10 minit sebelum kita di buai mimpi dalam tidur yang lena.

Lately nih 10 minit sebelum mata aku terlelap aku banyak berfikir tentang kematian. Ya, kematian aku. Dalam 10 minit itu aku selalu terbayang yang aku berada dalam kubur yang sempit di himpit dek tanah. Aku sesak nafas. Aku terbayangkan yang mereka menguburkan aku hidup-hidup dan aku tak mampu bernafas di dalam ruang yang sempit itu.

Ngeri kan? Mungkin di sebabkan bayangan-bayangan itu mata aku sukar lelap. Sepanjang 34 tahun di atas muka bumi ini aku rasa masih tak cukup lagi amal dan kebaikan yang aku buat yang melayakkan aku terlepas seksa kubur. Itu yang menakutkan aku. Bayangkan bagaimana aku nak menjawab segala pertanyaan di dalam sana tanpa bantuan sesiapa.

10 minit itu sungguh menyeksakan. Ada kala 10 minit itu mampu membuatkan aku mengalir airmata namun begitu aku masih juga tak mahu berubah. Aku sedar dan tahu natijahnya, tetapi kenapa ye, kenapa aku langsung tak mahu berubah.

Korang bagaimana? Apa yang korang bayangkan dalam 1o minit sebelum terlelap itu? Adakah ianya mengerikan sebagaimana aku? Adakah ia sesuatu yang indah? Adakah ianya sesuatu yang menenangkan?

10 minit aku masih lagi begitu. Mungkin ia satu petanda. Mungkin jua satu peringatan buat aku yang alpa. Ya... aku melayu yang mudah lupa.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com