Monday, July 27, 2009

Layan

Aku tengah layan blog bebudak mentah. Yang memekik-mekik bila kena tegur. Bagus jugak. Buat ganti siaran komedi malam Isnin. Heh!

Thursday, July 16, 2009

Tak Sangka

Pagi-pagi lagi Masni dah menghantar email.

"Ada baca Metro hari Selasa lalu?".

Aku balas,

"Tak de, nape? Ada cerita best?".

Masuk lagi email dari Masni.

"Rohaniza Al-Adib".

Aku tak jawab lagi dah email dari Masni itu sebab aku perlu mencari Harian Metro Selasa yang di ceritakan oleh Masni. Bukan susah semuanya di hujung jari. Dan pencarian aku tak sampai pun 5 minit. Ini cerita yang ingin di sampaikan oleh Masni.

Petikan dari Harian Metro
Muka Depan - Selasa 14 Julai 2009

Wanita paling panas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shanty Nur Shaffizan Shafee
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Penjenayah wanita Melayu paling dikehendaki polis, Rohaniza Aladib, 31, yang disyaki terbabit dengan penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta, dipercayai melarikan diri ke luar negara bersama wang hasil kerja jahatnya.

Wanita ‘paling panas’ itu dilaporkan memperdaya beberapa artis popular termasuk Amy Search, Hattan dan Misha Omar dengan memujuk mereka menyertai skim cepat kaya, terus menjadi buruan polis berikutan enggan menyerah diri walaupun selepas diarahkan berbuat demikian sejak Mac lalu.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata, hasil siasatan suspek dipercayai meninggalkan negara dan ada maklumat mengatakan dia kini bersembunyi di Australia.

Menurutnya, Rohaniza bijak berlakon bagi meyakinkan mangsa supaya melabur dalam skim pelaburan berasaskan saham syarikat rokok antarabangsa sehingga mencecah jutaan ringgit.

“Suspek biasanya berjanji membayar pulangan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh pelaburan antara 10 hingga 30 hari. Biasanya, dia akan membayar keuntungan kepada mangsa ketika membuat pelaburan kali pertama sebelum mereka membuat pelaburan susulan dengan nilai lebih besar.
“Berdasarkan siasatan, ada di kalangan mangsa golongan VIP termasuk seorang wanita bergelar Puan Sri yang diperdaya membabitkan jumlah pelaburan mencecah RM26 juta,” katanya.


Menurutnya, sehingga kini polis tidak menolak kemungkinan suspek memperdaya ratusan mangsa membabitkan wang pelaburan sehingga RM432 juta.

“Difahamkan, suspek sebelum ini pernah ditahan ketika remaja kerana terbabit dengan kegiatan penipuan sebelum dipenjarakan. Namun, sejurus dibebaskan, dia bergiat aktif semula sebagai penipu dengan kaedah lebih licik dan terancang.

“Suspek turut dikesan memperkenalkan pelbagai skim pelaburan dengan menggunakan sebuah syarikat berdaftar, Erza Corporation Sdn Bhd untuk mengaburi aktiviti penipuan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, Rohaniza yang mempunyai alamat terakhir di Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya, dikesan menghilangkan diri sejak Julai tahun lalu selepas mengumpul sejumlah besar wang pelaburan daripada mangsa.

“Polis percaya suspek memperdayakan ramai mangsa termasuk golongan profesional dan artis terkenal dengan menawarkan pembelian saham dalam syarikat rokok antarabangsa serta menjanjikan pulangan keuntungan tinggi.

“Difahamkan, Amy Search dan Hattan masing-masing kerugian lebih RM1 juta dan RM50,000. Selain itu, penyanyi dan pelakon Awie serta Misha Omar turut terpedaya, namun enggan mendedahkan jumlah kerugian,” katanya.

Difahamkan suspek turut menipu beberapa pelakon tanah air selain ramai kakitangan kerajaan yang digula-gulakan dengan keuntungan berlipat ganda tanpa perlu bekerja keras.

“Polis Bukit Aman sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek yang dipercayai berada di luar negara.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai JSJK Bukit Aman di talian 03-26163747 dan 019-6000803,” katanya.

---------------------------------------------------------------------

Aku menggeleng kepala. Tak sangka. Tak sangka kerana gadis yang aku panggil dengan nama Ija ini kini menjadi buruan polis Malaysia dan mungkin juga Interpol kerana khabarnya polis Malaysia akan berkerjasama dengan Interpol untuk menjejaki wanita panas ini yang kini khabarnya sudah melarikan diri ke Australia.

Huh! Memang panas. Aku kenal wanita panas ini seawal umurnya 20an. Kami sama-sama bertugas dalam bidang yang sama. Ooooppsss bukan bidang tipu menipu nih yeh. Nih bidang yang sah di sisi undang-undang. Memang aku pernah dengar cerita-cerita kurang enak pasal Ija yang menglibatkan penipuan wang ringgit. Dan selepas beberapa lama, dia menghilangkan diri. Dan kalau menurut petikan dari Harian Metro ini, Ija nih pernah di penjarakan sewaktu berumur 20an. Hmmmm itu dah menjawab kenapa dia menghilangkan diri selepas heboh cerita dia menipu ramai orang.

Masni kata, dia dah tak dengar khabar Ija lagi sejak dengar dia dah kawin. Kahwin dengan orang kaya lagi. Hmmmm orang kaya? Kalau kawin orang kaya nape nak hidup dengan duit menipu lagi? Ramai yang dah di tipunya. Kebanyakkannya dari golongan artis dan VIP. Huh sampai RM432 juta khabarnya.

Ija.. Ija. Kalau ko kaya dengan susah payah ko bangga gak aku ada kenalan cam ko. Nih dah sampai kena buru dek polis.. kena buru dek Interpol... sampai bila? Sampai mana ko nak lari? Iskh iskh iskh.

note: petikan akhbar credit to: www.hmetro.com.my

Wednesday, July 15, 2009

Zalimnya Manusia

Pasangan bunuh pelajar KUIAM digantung


Noralina dan Khairul Anuar ditempatkan di Penjara Kajang sementara menunggu hukuman gantung dilaksanakan terhadap mereka.


Noralina


KUALA LUMPUR - " Mama, Ina tak bunuh, Ina tak salah!"
Begitulah raungan sayu seorang gadis berbaju kurung dari kandang tertuduh yang menyentap perasaan galeri awam Mahkamah Tinggi di sini semalam sejurus dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIAM), Juliana Md. Fuzi dua tahun lalu.

Noralina Ahmad Dasuki, 22, yang bertubuh gempal dan berkulit sawo matang tidak mampu mengawal emosi dan hanya mampu menangis selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah membacakan keputusan.

Ibunya cuba menenangkan Noralina yang kelihatan lesu dan tidak keruan sambil menasihatkan supaya dia menerimanya sebagai takdir serta berulang kali menyatakan sayang kepada Noralina.


Inilah Apartmen Sunrise, Wisma Indah di Jalan Tun Razak tempat Juliana dibunuh dua tahun lalu.

Walaupun cuba dibawa keluar oleh polis mahkamah, bekas pelajar kolej itu enggan berganjak dari kandang tertuduh dan merayu kepada ibunya supaya menolong membebaskannya.

Noralina juga enggan menerima bekalan makanan yang dibawa keluarganya.

Turut menerima nasib serupa ialah teman lelakinya, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27, jurujual di sebuah stesen televisyen satelit berbayar.

Suasana pilu berterusan apabila Khairul Anuar yang memakai baju penjara warna hijau menangis teresak-esak sambil mendekati isteri dan sempat memeluk anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

Hakim Mohamad Zabidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie.

-------------------------------------------------------------------------------

Rutin setiap pagi aku sebelum memulakan kerja ialah mengikuti perkembangan terkini berita dalam negara mahupun di luar negara. Dan pagi ini sama seperti biasa cuma petikan dari Kosmo ini membuatkan aku tertanya. Ada ke kes pembunuhan nih 2 tahun lepas? Kenapa macam senyap jer atau aku yang terlepas pandang? Aku tanya kenkawan aku pun rata-rata semua tak pernah dengar pasal kes nih.

That's ok. Ini zaman canggih. Apa saja benda yang kita kurang faham dan kurang arif we can just google around. And that is what I did with this news. Aku google nama mangsa Juliana Md Fuzi, dan terjumpa lah aku dengan blog adik nih. Di sebalik kepayahan untuk membaca fakta yang ingin di sampaikan, air mata aku gugur jua. Sebak perasaan aku. Seakan aku berada bersama-sama mereka menempuhi saat-saat menyedihkan. Saat-saat mencemaskan. Saat-saat penuh harapan.

Ya Allah. Zalimnya manusia. Hanya kerana beberapa ringgit manusia hilang pertimbangan. Hilang kewarasan. Apa pun jua alasannya, kita sebagai hamba Allah yang di kurniakan akal tidak seharusnya mengambil alih tugas malaikat maut. Tidakkah mereka tahu neraka adalah tempatnya untuk seorang pembunuh?

Untuk maklumat lebih lanjut tentang motif dan juga serba sedikit fakta kes, korang boleh melayari blog seorang lagi sahabat Juliana di sini.

Kalau kita baca petikan berita diatas hati tetap jugak sayu bila mengetahui betapa kasihnya ibu bapa kepada anak-anaknya. Walaupun anak-anak mereka seorang pembunuh. Namun airmata tidak mampu merubah apa-apa. Mangsa yang di bunuh juga punya ibu bapa dan orang yang menyayanginya. Pemergian Juliana dalam cara yang menyayat hati meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa jua yang pernah dan masih menyayanginya.

Begitulahkan, mak dan ayah aku dulu dan hingga sekarang masih berpesan. Hati-hati memilih kawan. Kawan yang baik mampu membentuk kita menjadi insan gemilang dan begitu juga sebaliknya. Kes ini telah selesai. Kita doakan arwah Juliana di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.


note: petikan berita kredit kpd: www.kosmo.com.my

Wednesday, July 08, 2009

Petikan dari Kosmo Online

'Dilla, kami semua sayangkan kamu'

TAPAH - "Kalau mak atau ayah ada buat salah kepada Dilla, ampunkan mak, ampunkan ayah. Tetapi mengapa sanggup tinggalkan kami. Dilla masih bersekolah, kami semua sayangkan kamu nak. Pulanglah wahai anakku."

Begitulah rintihan akhir seorang ibu, Latifah Mohd. Sabri, 48, sebelum pengsan di hadapan sekumpulan pemberita akibat terlalu tertekan dengan kehilangan anak tunggalnya, Nur Fazilah Mohd. Yusof sejak tujuh hari lalu.

Latifah sebelum itu mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Taman Bunga Raya, di sini bagi meminta bantuan mengesan Nur Fazilah, 16, (gambar) atau nama manjanya, Dilla, yang hilang dipercayai diperdaya teman lelaki.

Sementara itu suaminya, Mohd. Yusof Mohd. Ibrahim, 50, berkata, isterinya semakin tertekan dengan kehilangan Nur Fazilah yang tidak diketahui khabar berita dan lebih banyak menatap gambar anak kesayangannya itu.

------------------------------------------------------------------

Apa yang tidak kena agaknya dengan berita ini? Tatabahasanya? Ayat yang di gunakan? Tidak. Bukan itu. Yang salah nya dalam berita ini adalah sikap anak akhir zaman. Baca saja ayat pertama "Kalau mak atau ayah ada buat salah kepada Dilla, ampunkan mak, ampunkan ayah." Ya Allah. Sepatutnya anak yang minta ampun dengan ibu bapa, tapi dalam kes ini sebaliknya. Kesian dengan ibu bapa adik ini. Adik yang bernama Dilla ini khabarnya meninggalkan rumah di percayai diperdaya teman lelaki.

Itulah yang aku katakan dunia akhir zaman. Anak-anak remaja yang masih bersekolah sudah pandai berteman lelaki. Cool la tu agaknya. Mak ayah hantar pegi sekolah untuk menimba ilmu. Supaya mampu menjadi orang berguna. Lebih tepat lagi supaya jadi 'orang' yang tidak menyusahkan mak ayah di masa depan.

Hmmmm yelah dah jadi lumrah kehidupan di zaman sekarang nih. Anak-anak lebih cenderung berhibur. Lebih bersifat 'let me do my own mistake and learn from it'. Tapi kalau nak jadi pengajaran bila semuanya dah hancur berkecai pun tak guna juga kan? Aku pun anak. Aku dapat rasakan peritnya hati ibu Dilla ini. Kesian sungguh. Bayangkan anak yang di kandung 9 bulan dan di bela hingga 16 tahun meninggalkan rumah. Membelakangkan keluarga. Pulanglah dik. Kasihankan lah pada kedua ibu bapa. Kasihankanlah mereka.

note: petikan berita credit to www.kosmo.com.my

Monday, July 06, 2009

10 Minit Itu

Malam nih aku nak bawak korang layan perasaan sket. Sementelah aku tak leh tido nih, adalah lebih baik aku mengadap pc dari terkebil-kebil di pembaringan. Hari nih aku nak bercerita tentang apa yang kita fikirkan 10 minit sebelum kita tidur. 10 minit sebelum mata kita tutup. 10 minit sebelum kita di buai mimpi dalam tidur yang lena.

Lately nih 10 minit sebelum mata aku terlelap aku banyak berfikir tentang kematian. Ya, kematian aku. Dalam 10 minit itu aku selalu terbayang yang aku berada dalam kubur yang sempit di himpit dek tanah. Aku sesak nafas. Aku terbayangkan yang mereka menguburkan aku hidup-hidup dan aku tak mampu bernafas di dalam ruang yang sempit itu.

Ngeri kan? Mungkin di sebabkan bayangan-bayangan itu mata aku sukar lelap. Sepanjang 34 tahun di atas muka bumi ini aku rasa masih tak cukup lagi amal dan kebaikan yang aku buat yang melayakkan aku terlepas seksa kubur. Itu yang menakutkan aku. Bayangkan bagaimana aku nak menjawab segala pertanyaan di dalam sana tanpa bantuan sesiapa.

10 minit itu sungguh menyeksakan. Ada kala 10 minit itu mampu membuatkan aku mengalir airmata namun begitu aku masih juga tak mahu berubah. Aku sedar dan tahu natijahnya, tetapi kenapa ye, kenapa aku langsung tak mahu berubah.

Korang bagaimana? Apa yang korang bayangkan dalam 1o minit sebelum terlelap itu? Adakah ianya mengerikan sebagaimana aku? Adakah ia sesuatu yang indah? Adakah ianya sesuatu yang menenangkan?

10 minit aku masih lagi begitu. Mungkin ia satu petanda. Mungkin jua satu peringatan buat aku yang alpa. Ya... aku melayu yang mudah lupa.

 
design by suckmylolly.com