Wednesday, June 10, 2009

Projek 79

Aku tahu blog ini dah lama aku biarkan berabuk. Aku biarkan bersawang. Bukan aku tak ada benda nak tulis. Bukan tak ada benda nak bercerita. Tatkala berlaku sesuatu perkara, aku merasakan aku perlu menulisnya di sini tapi bila duduk depan pc semuanya menjadi blank. Yeah... dan dengan pantas pc aku tutup.

Isnin lalu aku kembali ke kehidupan di tingkat 2. Tak tahu selama mana lagi di situ. Mungkin kekal mungkin diposting ke tempat lain. Namun begitu aku masih bersyukur, kerana di waktu ekonomi tidak menentu nih, aku masih ada kerja, aku masih ada pendapatan. Alhamdullilah.

Lately nih, aku menjadi semakin bosan. Yeah, bosan dengan segala-galanya. Aku harus alihkan kebosanan ini menjadi satu projek. Dan yang aku rasa paling bagus untuk di jadikan projek ialah meng'overhaul'kan rumah yang bagai kapal karam nih.

Aku namakan projek ini Projek 79. Objektif Projek 79 ini ialah menghasilkan sebuah kediaman yang kondusif dan selesa untuk aku, Atan & Irfan. Cewaaaaaahhh! Dan demi untuk mencapai objektif tersebut, aku perlu merangka satu pelan dasar yang merangkumi segala aspek.

Aspek penting yang perlu di titik beratkan ialah:
1. Konsep
2. Murah
3. Mudah

Konsep aku kekal urban contemporary. Murah sebab aku dah mengenal pasti bahan-bahan terlibat. Mudah sebab aku akan adakan kerahan tenaga dari Atan dan adik-adik aku. Hahahahaha. Kalau korang nak mengofferkan tenaga aku terima dengan senang hati.

So meh tengok apa yang aku telah listkan untuk di overhaul:
1. Cat rumah ke earth tone
2. Tukar kaler langsir ke earth tone
3. Tambah railing langsir sebab sekarang langsir aku single railing dan sheer curtain. Nampak siot dari luar waktu malam.
4. Reupholster my cavenzi couch coz I so hate the colour of the sofa rite now
5. Menyusun atur dapur (huh kalau boleh aku nak tukar kitchen kabinet.. tapi mahal tak hengat)
6. Membuang segala barang yang aku rasa sayang-nak-buang-maybe-next-time-boleh-guna yang melambak kat porch
6. To fill in the gaps between the tiles with white fillo
7. To get more greens into the living

Aku rasa tu jer kot. So korang, kalau ada idea cat apa bagus dan murah tolong tinggalkan kat komen. Ke sesape yang sudi nak tolong aku cat rumah dan nak ikut aku gi Ikea pun boleh tinggalkan kat komen. Yang penting tadi petang, aku dah jumpa material yang aku suka untuk reupholster sofa ku yang buruk itu. Semeter RM9.80 dan very cool urban. Aku dah browse few tips from internet for the colour of my living and dining. Dan di sebabkan semenjak dua menjak nih aku menjadi mellow, I think I should go for earth tone, dark brown & beige. What say you?

- to be continue with pics

2 comments:

~ana~ said...

akak, dah kembali ke 2nd floor balik erk..erm....

akak, kitchen cabinet yg kitaorg buat hr tuh pun quite ok..dr kilang terus...murah pun murah...

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

bapr ribu abis hari tu bikin kitchen cabinet? kilang dia kat mana?

 
design by suckmylolly.com