Sunday, June 14, 2009

Hi Tea @ Dorsett



I has been 35 years since this picture was taken. And through out those 35 years they have been in good, bad & terrible times. But their unconditional love for each other keep them together, and we do hope forever and ever.



Heh! On 8 June 2009, Mak & Ayah celebrating their 35th Anniversary dan kami sebagai anak-anak merancang satu kejutan untuk mereka berdua. Aku dan adik-adik merancang untuk celebrate their anniversary with hi tea in hotel. Saja tak mahu nak bagitau dengan Ayah sebab Ayah definately tak bagi kami adik beradik buang duit. Buat jer kat rumah itu ada jawapan pasti kalau kami bagitau Ayah awal-awal.


Tapi dengan tak memberitahu mereka juga menimbulkan kegelisahan buat Ayah. Apalagi pasti la Mak menjadi mangsa. Padahal Mak pun tak tahu menahu apa rancangan kami, cuma Mak dapat menghidu yang kami akan celebrate their anniversary. Kat mana dan apa hanya kami adik-beradik saja yang tahu.






Awal perancangannya mahu ke Coronade since aku dah biasa dengan food kat sana. Sedap pun sedap. Crowd pun tak ramai so seronok sikit nak rasa macam tempat tu kita yang punya. Hehehehe. But atas sebab-sebab miscommunication venue terpaksa di tukar ke Dorsett di saat akhir. Benar-benar di saat akhir!







The food spread is bigger than Coronade but frankly speaking the service and the taste of their food is not par with Coronade. Well Coronade is faaarrrr better from Dorsett, be it in the taste of their food and the service of their staff. (p/s: Lina, I dah puji melambung nih... hehehe)







Aku, Atan dan Irfan start our journey to rumah Mak & Ayah dalam pukul 10:45, dok belek itu ini keluar dari tol Seremban dalam pukul 11:45 pagi. Tak selesa la jugak Mak, Ayah & Shafiq dok kat seat belakang. yelah kan keter aku MyVi jer. Berjumpa dengan Asbi di Petronas Sg Besi, Shafiq pulak hop off naik ngan Asbi dan kitorang meneruskan perjalanan ke Dorsett melalui Terowong Smart. Johanna & Irfanie menunggu di Dorsett. Sampai kat Jalan Imbi berpusing few round mencari Dorsett. Susah betul kalau one way nih.






Dah nampak dah Dorsett dari jauh tapi tak tau camne nak pergi, last sekali call Johanna suruh dia jumpa kat Parkroyal. Heh! Dalam kul 1:30 gitu baru sampai Dorsett. Dan seperti di duga Ayah berkata jangan la buat kat hotel, mahal-mahal habis duit. Alahaiiii sesekali la kan Ayah, bukan selalu pun.



Settle makan-makan dalam pukul 4 petang gitu dan proceed gi Ikea. Aku tahu Mak musti sukanya gi Ikea. Sebenarnya Atan yang beriya-iya nak cari bowl kaca untuk Betta Splenden belaannya.





Penat shopping di Ikea kitorang dinner kat KFC di Tesco Mutiara Damansara. Penat giler woh dan proceed baik ke Seremban dalam pukul 11 malam. Wohoooo dan esok aku kerjaaaa! Waaaaaaaaaaaaa

0 comments:

 
design by suckmylolly.com