Friday, March 06, 2009

Warded Again





Horrific! Takut! Mengerikan! Itu adalah perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan bila darah mencurah keluar dari hidung aku Sabtu lepas.

Ya Allah! Jadi lagi. Ini kali ke dua aku mengalami masalah yang sama. Pertama kali dulu pada tahun 2007. Walaupun tak sepanik kejadian 2007, badan aku tetap menggigil. Everthing flashing through my eyes.



Berbekalkan segumpal ais hancur di balut dalam kitchen towel, Atan menghantar aku ke hospital. Di hospital aku terus di masukkan ke wad kecemasan di sebabkan nurse di situ ingatkan kepala aku luka bila aku menekap hidung aku dengan towel putih yang kini sudah bertompok dengan darah hidup.



Bacaan blood pressure (bp) aku pada awalnya agak bagus, 152/85. Tapi dalam masa 10 minit, bacaan itu menjadi 170/140. Dan lagi 10 minit telah menjadi 220/160. Dalam keadaan yang tidak stabil, doktor di situ memberitahu wad di hospital telah penuh dan akan menghantar aku ke hospital lain. Cubaan pertama mereka menghubungi hospital terdekat tidak membuahkan hasil. Mereka juga penuh. Akhirnya, mereka berjaya menempatkan aku di sebuah hospital swasta lama, NS Chinese Maternity & Medical Centre.



Sampai di NSCMMC, bacaan bp masih lagi tinggi. Tangan di pasang IV tube. Darah di ambil untuk ujian. Tapi bacaan bp tidak juga turun. Setelah few ubat di berikan, bacaan bp mula menampakkan perubahan yang memberangsangkan. Ia mula turun sedikit demi sedikit. Atan meninggalkan hospital dalam pukul 1 pagi untuk memberikan aku ruang untuk berehat. Tapi seperti biasa mata aku tak mungkin mahu lelap. Tadi, aku dah pun menolak saranan doktor untuk memberikan aku sedatif supaya aku boleh berehat. Aku takut sebenarnya. Takut jika aku terlelap dan mungkin takkan bangun lagi.



Diantara mata yang tak mahu lelap, tangan yang masih sakit akibat tusukan jarum dan perjalanan ulang alik ke bilik air, aku akhirnya terlelap di sofa. Jam 6 pagi baru aku terjaga dan beralih ke katil. Ngam-ngam nurse datang untuk mengambil bacaan bp aku kembali. Heh! Kalau la nurse tu tahu aku tido atas sofa, mahu rasanya aku kena bebel pagi-pagi hari nih.



Oh yeah, sebelum aku di masukkan ke wad, nurse di sana bertanya, aku nak masuk wad yang mana? Kalau ikut rank aku kat opis, aku boleh dok kata wad yang 4 bedded, kalau tak der kosong, 2 bedded, kalau 2 bedded tak der kosong, single bedded hingga la ada wad 4 bedded yang kosong. Gamaknya memang nasib aku, wad sumer penuh, yang ada hanya wad single bedded. Maka adanya ke wad single bedded la aku. Aduhai.... bosannya, but then bagus jugak tak der la orang lain nak mengganggu.









Berhari-hari aku di hospital, dan hari Rabu lepas CAP MY menghantar jambangan bunga dan buah-buahan. Wangi kejap bilik aku. Nurse kat situ pun suka. Masuk jer bilik, bau wangi bunga rose. Thanks korang! Selama aku pernah masuk spital beberapa kali nih, baru la nih korang anta bunga! Hahahaha! I do appreciate the thoughts!




So semalam, bacaan bp aku kembali normal, 120/80. Punca kejadian darah memancut keluar tu sebab aku demam 2 minggu dah. Tekak aku ada infection yang membawa ke hidung. Mengganggu seluruh sistem tubuh. Bayangkan tiba-tiba saja blood sugar aku jadik 17.1. Gila! But then sumer dah normal kembali, blood sugar pun dah jadik 6.0. Alhamdullilah.

So I'm back again here in my home sweet home. Depan pc. Updating my blog. Telling everybody what really happen to me.

There is few changes I need to made, and few pledges that I'm trying very hard to keep.

I pledge:

1. To make sure to sleep before 12 midnight everyday
2. To watch what I put in my mouth
3. To drink more water
4. To take my med without hesitation

Maybe I will add more pledges but I think 4 is enough for now.

Wish me well dear friends!

2 comments:

~ana~ said...

semoga cepat sembuh!!

ETHNICITY said...

Get well soon, babe! Terkezut aku dengar berita nih!

 
design by suckmylolly.com