Sunday, March 29, 2009

Malam Tadi

Malam tadi ada korang tutup lampu selama sejam? 8:30 - 9:30 mlm? Untuk menyokong Earth Hour? Ada? Tak tutup? Tak sokong? Aku tak tutup pun. Sokong? Tak jugak sokong. Aku tak tutup lampu sebab malam semalam kitorang ada kenduri di kampung. Buat kenduri dan baca doa serba sedikit. Tapi kalau bukan pasal kenduri pun, aku jugak tak akan tutup lampu selama sejam tu. Kenapa? Mungkin sebab aku nih selfish. Mungkin sebab aku tak giler nak ngikut idealogi yang di bawa barat. Apa-apa pun itu aku, kalau korang ada sebab sendiri untuk tidak tutup lampu atau pun tutup lampu aku pun tak kisah. Yang aku kisah ialah bila ada individu-individu tertentu yang merasakan sangat bangga kerana dia menyokong Earth Hour. Dah la bangga dok heboh plak sana-sini that he/she has the power to act. Oh come on! Kalau ko rasa apa yang ko buat itu cukup hebat keep it to yourself, your family and just your friend. There is no need to tell the whole world how good are you. I don't care to know. Hehehehe jahat kan ayat aku.

Ada lagi satu senario yang agak jugak menjengkelkan pada aku. Senario kakak-kakak atau makcik-makcik yang suka benar cerita pasal kehebatan anak-anak atau ahli keluarga atau sedara mara mereka. Heboh bercerita betapa handsomenya anak mereka walau pun anak mereka baru berumur 1 bulan. Adeh... keep it to yourself dude! Tak tentu lagi anak ko akan jadi handsome dalam beberapa tahun lagi. Huhuhuhu. Atau hebatnya mereka belajar dan belajar dan belajar dan cuba mengikut ideologi barat yang ntah hape-hape.

Hahahaha.. tu perkara yang agak mengjengkelkan aku minggu nih. Dah bosan sebenarnya mendengar dan membaca benda-benda begitu. Sesekali mungkin okeh la, sebab kita nih human being. Sometimes kita nak juga brag kat orang lain kehebatan atau kejayaan kita. Sometimes juga kalau perkara-perkara begini kadang kala kita dengar, ia boleh jadi satu motivasi kat kita. Tapi kalau dah selang sehari dok dengar aku nih lain dari yang lain tau, my handsome anak tu u, kenapa ko tak sokong earth hour, aku hebat tau itu ini.. naik bernanah dah tinge nih. Sape boleh tahan kan? Kan? Kan?

Oh yeah, semalam paginya, aku gi check up. Sambil-sambil menunggu tu aku borak-borak dengan patient yang lain. Aku berborak pun sebab aku dah di sape dulu dek mereka. Kalau tak tu, I'm happy with my book and my pashima yang Julia hadiahkan. Oh yes, I need that pashima, the medical centre is so freaking cold. Patient lain tu seems okey coz tanya aku sakit apa, jumpa doktor mana bla bla bla bla but this one kakak tanya aku.

"Jumpa doktor mana?"
"Doktor Tuuutttttt"
"Jumpa dia kenapa, overweight?"
"Tak jugak, pasal my bp"
"Kenapa tak pegi hospital besar?"

Aku diam dah.

Dia tambah.
"Ubat sana kan lebih murah? Ubat kat mana-mana pun sama aje".

Dan lagi.
"Doktor nih banyak songeh."

Dan aku balas dengan senyuman.

Tapi ini jawapan untuk kakak tu. Jawapan yang ada dalam kepala otak aku. Jawapan yang aku tak nyatakan depan dia sebab aku nak menjaga air muka dia di hadapan patient yang lain.

"Kak, saya dah lama dengan doktor nih. Dah bertahun-tahun dah dia rawat saya. Saya nih memacam penyakit ada. Tapi doktor ni sangat sabar dengan saya. Tolong terangkan pada saya setiap sakit dan ubat yang dia gunakan. Memang ubat kat sini agak mahal, tapi layanan doktor yang ada ini tak dapat saya jumpa kat hospital lain. Yer, memang ada doktor lain yang lebih bagus lebih baik tapi saya belum jumpa lagi. Lagi pun doktor nih sanggup datang memalam ke emergency semata-mata pasal saya. Doktor nih memang banyak songeh sebab dia tak mahu patient dia sakit lagi kalau tak ikut apa dia sarankan. Oh yeah, saya memang tak der masalah ngan doktor nih, saya jarang amek MC. Mungkin sebab tu saya okeh dengan dia".

Boleh gitu? Hahahahaha. Pendek citer, jangan la akak wat judgement cepat sangat. Akak tu baru jer jumpa aku tak sampai 5 minit. Tak tahu pun citer sakit aku apa dah mandai-mandai suggest itu ini. Yang paling tak best suggest kat aku yang my doctor nih banyak songeh. Aku tak cakap hape pun pasal doktor lain yang dia nak jumpa tu. Itu la manusia kan, mereka sentiasa fikir dan ingat apa yang mereka lakukan dalam hidup mereka itu sudah cukup hebat dan cukup betul. Seperti mana yang aku kata awal tadi, just keep it to yourself selagi orang di keliling anda tidak bertanya. Kata omputih, mind your own business!

Alamak aiii banyaknye aku membebel. Thats it! Aku sebeno ei nak kongsi ngan korang gambar-gambar kenduri malam tadi. Kenduri kali nih agak luar biasa hidangannya. Coz selalu, makan nasi dan lauk pauk, tapi kali ini, makan mihun, sate, kuih dan buah-buahan. Sodap yang amat!


Mihun Lada Hitam yang mak masak


Hidangan lain, sate, kuih bakar, karipap & buah-buahan


Jambar yang telah siap sedia menunggu untuk di bawa ke depan


Che Momoi


Acu & Lina


Dinner time


Mak Long, Siti Nor & Acu tengah sibuk kat dapur


Aksi 'tengok'


Aksi 'tengok' close up


Dewi & Siti Nor


Kawasan lelaki


Kawasan pompuan


Dah penat bangat


Dan panas


Family Biru


Johanna, Irfan & Lisa


Mak dan cucu-cucunya


Johanna & Ayah


Firah Che Momoi & Lina Bobob


Pak Long, Mak Long, Mak Su & Mak



Johanna & Firah


Uihhh sape kat bawah tu?


Sate tu sedap kata Irfan!

1 comments:

Julia Idaly said...

Aku pun sama... aku tak sokong Earth Hour. Itu semua ideologi orang Barat nak amik hati kita semua tapi ... jeng jeng jeng.. fikir2kan lah.....apa disebaliknya!

 
design by suckmylolly.com