Monday, February 02, 2009

~ Double Dates at Tenji ~



Akhirnya, setelah penantian yang maha hebat sejak 2 minggu lalu, 2 Februari menjelma. Hari ini, aku, Atan, Nid dan Che Din akan lunch di Tenji. Satu restaurant baru berkonsepkan japanese buffet yang makin hebat di perkatakan sekarang.

Dalam rasa teruja nak melangkah ke sana, aku risau jugak, yelah dok baca komen-komen yang kurang membina pasal Tenji lately nih. Tak sedap la, spread kecik la dan memacam la. Memang la pada awalnya agak frust giler bila nak wat reservation. Aku dail dari pagi sampai ke Maghrib baru tembus line. Tak per aaa at least berbaloi dah usaha tu.



Tenji terletak di Mont Kiara. Tempat yang langsung aku tak pernah jejak. Yelah, apa ke halnye plak aku nak ke sana kalau tak der benda kan? Janji nak jumpa ngan Nid & Che Din di Hentian Serdang arah Utara. Aku lewat sket sebab menguruskan hal Irfan kat sekolah. Aku tak bawak dia skali kali nih, first skali aku tak tau cemana spread makanan kat sana, kang dah bayar dia tak makan rugi la pulak.

Dari Hentian Serdang, Che Din bawak ke Jalan Duta dan terus ke Mont Kiara. Nasib la Che Din tahu, kok harap aku, aku kena la bawak map lengkap baru leh sampai sana. Dah masuk area Mont Kiara pusing-pusing gak sebab tak bape sure. Akhirnya sampai gak kat Tenji dalam kul 11:45 pagi gitu. Sedang elok jer untuk lunch time.





Sampai depan Tenji, dah panjang dah barisannya. Siap ada sign kata This Session Is Full House. Huh! Mujur dah wat reservation, kalau tak melopong la. Datang jejauh, pastu kena makan Kenny Rogers la pulak. Lepas buat bayaran di kaunter depan, kitorang di bawak ke meja yang di sediakan.

Tak sempat duduk, kitorang terus membuat pusingan tinjauan kat ruang buffet. Huh besar yang amat. First skali aku nampak, sweet coconut juice. Lepas amek air, cari makanan pulak. Their dishes consist of japanese cuisines, chinese & western. Kira okeh la, kalau tak bape suka japanese food, kita leh amek western food. Japanese spread, ada udon with miso soup, tempura, tepanyaki, sashimi, sushi, and oh yeah unagi. Yummy!


Scallop sashimi


Salmon sashimi


Prawn Tempura.. really fresh


See how big is their oyster?


Tiger prawn

Western pulak, ada pasta, pizza, mushroom soup with bun, grilled chicken with braised sauce, mussels with cheese & butter fish. Chinese spread pulak, dim sum, crab with marmite, brocolli with shitake mushroom, steam pomfret, steam siakap & herb soup. Sayang, tak der steam cod hari nih.


Bamboo clam & spaghetti


Crab in marmite, prawn and bamboo clams


My oysters plate


Sushi


More and more oysters ~ a dash of tabasco, lemon juice and thousand island, the oyster is good to go


More and more sushi


Choices of pasta

Drinks? Banyaknye variety. Air kelapa yang aku sebut tu, ada chinese tea, expresso coffee, cappucino, fruit juices and soft drinks. Wohooo free flow of sweet coconut juice. Ada orang komen, Tenji tak refill air kelapa tu, hmmm setakat yang aku pegi nih, air kelapa tak putus pun. Aku boleh sanggup minum 3 biji jer, kalah aku ngan Nid yang leh minum sampai 5 biji. Salute!



Lavender tea anyone?


Sweet coconut juice

Desserts dia jangan cakap la. Haagen-Dazs ice cream & sorbet! Huhuhuhu tak boleh tahan. Cakes lagi. Mochi lagi. Memang berbaloi dengan harga RM49.90 sorang. Yelah satu scoop Haagen-Dasz tu jer dah bape hinggit kan?


Long queue kat Haagen-Dazs counter


Hasilnye


Mochi


Choc fountain


An array of mousse and mochi


Mango mousse (errr.. one can skip this)

So kalau korang nak try, despite all the comments yang korang dah baca dalam internet, korang pegi jer la. Ada yang kata, order unagi pun lambat, order steam fish pun lambat, tapi aku rasa tadi masa kitorang order quite reasonable time la masa diorang prepare the dishes. Orang ramai kan. Bowl untuk unagi jer tak cukup satu dah tadi.







So sape berkenan dengan japanese buffet, you should try Tenji since diorang masih ada promo until 15 February nih. Nak booking? SMS aje. 0169209007.


0 comments:

 
design by suckmylolly.com