Monday, February 02, 2009

~ Blog Adibah Ahmed La Pulak ~

Tadi jalan-jalan di alam maya, sempat singgah kat rumah Khai, isu panas terbaru pasal satu laman web baru klon web Adibah Ahmad yang telah menggegarkan keamanan Malaysia kejap dulu.

Baru jer habis isu panas dengan blog Adibah Ahmad tu, sekarang timbul pulak blog baru dengan isu yang sama. Anti Islam, bencikan Islam dan semua yang tak sempurna pasal Islam.

Aku dah baca blog tersebut, tak tau la kalau korang sempat atau tak baca sebab ramai yang dah start flag blog itu. Korang kalau dapat baca aku harap baca dengan rasa insaf kerana masih ada orang kat luar sana yang kurang faham lagi pasal Islam dan dengan senangnya menulis yang bukan-bukan tentang Islam. Dan lagi satu, baca dan jangan caci-mencaci penulis blog tersebut, doakan lah agar dia di beri hidayah dari Allah SWT. Aku personally, sesungguhnya amat benci dengan tindakan penulis blog tersebut tapi seperti mana kisah blog Adibah Ahmad, kononnya Adibah Ahmad yang sebenar telah di aniaya pihak tertentu. Wallahualam.

Sesungguhnya apa jua yang berlaku adalah dengan izin Nya jua.

Kalau masih sempat nak baca, korang leh gi link nih http://www.adibahahmed.blogspot.com/ dan blog ini http://www.syurga-islam.blogspot.com/.


0 comments:

 
design by suckmylolly.com