Tuesday, January 27, 2009

~ Selamat Hari Lahir Sayang ~



27 Januari merupakan tarikh lahir Atan dan Irfan. Yep, mereka berkongsi tarikh yang sama. Atan telah berusia 39 tahun dan Irfan baru menginjak ke 5 tahun. Pada awalnya, aku bercadang nak bikin bbq di rumah mak, tapi last minute, I've change my mind. Bukan apa, rasa macam penat sangat, nak marinate segala benda, nak menghidupkan api, memanggang, menjaga api dan sekian-sekiannya.. aduhaaaiiii banyaknye keje.


The spread


Aksi meniup lilin

Pikir punya pikir aku cakap dengan Atan, I'm gonna bake the cake myself. Arhhhhh.. macam tak caya jer bila ayat itu yang keluar dari mulut aku. Aku sebenarnya dah lama sangat nak cuba bikin cheese cake sendiri, I think sekarang adalah masa yang sesuai.


My first peach cheese cake for Atan


My first Moist Choc Cake for Irfan


My first Portuguese egg tart


The infamous damn rich choc pudding


Mee goreng by mom

So untuk birthday celebration untuk Atan & Irfan kali ini, aku bikin peach cheese cake untuk Atan dan moist choc cake untuk Irfan. Resepi peach cheese cake aku amek dari blog ummi e dan ummi e plak amek dari che Mat Gebu. Moist choc cake flour aku beli dari Ana melalui Mr Azam. Selain dari kek, aku bikin Portuguese Egg Tart favourite Atan. Resepi egg tart aku amek di MyResipi, resepi dari skyblue. Ada juga rich choc pudding yang biasa aku bikin, resipinya pasti saja dari MyResipi, milik Junjs11.






Alhamdullilah, percubaan pertama kali ini berjaya. Rupa kek tu tak la cantik di sebabkan tak der appropriate tools (tak der springform cake mould). Tak per la, next time maybe leh mintak Atan belikan.. hehehehe









Mak pulak tolong aku bikin mee goreng. So complete la untuk birthday party aka minum petang kitorang hari nih.







Happy Birthday Sayang... moga Allah limpahkan rezeki sepanjang hayat dan di panjangkan umur.

Sunday, January 25, 2009

~ Selamat Pengantin Baru Shahidan & Ayu ~



Mereka berdua nih pernah bertugas di OCBC dengan aku. Sekarang tidak lagi di mana masing-masing dah memilih kerjaya yang lebih sesuai dengan mereka. Minggu lepas aku dapat kad undangan perkahwinan mereka.





Cinta yang berputik semasa di OCBC dulu kini telah di simpul dengan ikatan perkahwinan. Aku sempat menjenguk ke majlis mereka walaupun tak sempat nak beramah mesra dengan mereka akibat kesuntukan masa. Atan nak masuk kerja pukul 2 petang. Jadi hanya sempat tengok mereka di arak dengan kompang.







Akak doakan korang selamat dan bahagia. Selamat Pengantin Baru dari akak sekeluarga, moga kalian bahagia hingga ke syurga.












Saturday, January 24, 2009

~ Donut Untuk Minum Petang ~



Hari nih memang hari yang membosankan. Dari pagi sampai ke malam Irfan sibuk dengan Cartoon Network sampai aku tak tahu cerita apa yang ndak aku tengok lagi. Maybe ini lah rasanya jadi ibu sepenuh masa, huhuhuhu haru.



So dek sebab bosan, aku ingat aku try bikin balik donut. Hari tu dah bikin sekali, tapi cam tak sedap jer.. so petang nih aku bikin balik satu adunan untuk minum petang. Musti Irfan suka.



Resepi aku amek di MyResepi, dari HaSue. Hari nih aku bikin donut ball, kecik-kecik dan bulat. Senang Irfan nak habiskan.

Aku guna resepi nih

  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi
  • 1 Peket Yis Segera
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn gula pasir
  • 2 Sudu mkn susu pekat
  • 1 Bji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus (atau your fav toppings)
  • 190ml-200ml Air Suam

Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula, susu, marjerin & shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  4. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan.
  5. Terap doh mengikut acuan donut, dalam kes aku nih aku bulat-bulat kan aje
  6. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

Wednesday, January 21, 2009

~ And The Line Is Engage Again ~

Last week, Julia balik kejap ke Malaysia. And as usual, she will try to meet few friends. Dan kali nih, Julia telah memilih untuk ke Tenji, lunch buffet on Friday. Sayang sekali, aku tak dapat join since aku baru jer ambik cuti untuk jaga Irfan yang demam pada minggu yang sama.

Aku dah lama dengar pasal Tenji nih, a japanese buffet restaurant sama macam Jagoya. Tenji terletak di Solaris, Mont Kiara. Dan bila Julia kata mahu ke Tenji, aku cukup suka tapi bila mendengar yang time dia waktu lunch di hari bekerja, hati aku kembali tak ceria. Lagi pulak bila menatap photo-photo Julia dan Wana yang seronok menghirup fresh oysters sebesar tapak tangan. Huhuhuhuhu, tak boleh jadi nih.

Wana pulak bagi info yang lunch promo masih on hingga CNY. Aku apa lagi dengan cargas mencari info pasal Tenji di website mereka. Yup betul promo still on without time limit seperti their 1st and 2nd promo.




Aku bagitau Nid dan Huzz, dan dorang setuju nak pegi on 2 Feb since KL cuti hari Wilayah. I need to make a reservation first. Hmmm terbayang-bayang oyster sebesar tapak tangan tu masuk ke tekak.

Lepas dapat nombor phone Tenjii, aku start calling them from 11 am (reservation start from that time). Tak dapat. Error. The number macam pelik giler. Even aku call dari office pun, tak boleh complete dialling number tu. Geram... aku terus google for other numbers, nasib baik aku jumpa satu lagi number. Nombor yang ini pulak, asyik la engage. Aku dapat la few times ringing tone, tapi tak de sape angkat.

OMG! How they do business kalau phone line pun diorang tak jaga? I've tried calling them whole day and the result is the same. Its either engange tone or ringing tone without answer. Frustrated, aku just made a conclussion to go there without any reservation. Bukan apa, few review aku baca dalam internet yang mengatakan, do your reservation coz Tenji is usually full house during their lunch promo.



So tadi, sebelum aku keluar dari office, I decide to give them a last call. I got a ringing tone. Kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring kring, "Hello Tenji".

Aku terkedu, "Hello Tenji"... err err Hello... nama saya Mona dan saya nak buat reservation untuk 2hb."

"Ok, biar saya tuliskan di sini, untuk berapa orang?"

"4 orang"

"Ok, done. Your reservation number is XXXXX"

"Ok, thank you".

Click!

Aku letak phone dengan wajah tak percaya. Eh... aku baru saja dapat book Tenji for lunch on 2hb. Alamak... aku lupa nak kasi tau 2hb Feb? Errrr korang rasa diorang paham tak bila aku sebut jer 2hb tu? Mana tau 2hb Mac ker hape kan? Huhuhuhuhuhu

So aku dail semula nombor Tenji... dan.... the line was engage again!

Want to try your luck?

Location : 1st Floor, Block L, SohoKL, Solaris Mont Kiara, 50480 KL (above Cold Storage)

Tel : 1700-80-1818 (The weird phone number)

TeL; 03- 62036896 (Try this one again and again and again and again ok!)

new info yang aku dapat, we can sms them for booking.. aku jumpa kat Solaris Mont Kiara website and here is the number... 0169209007 & 0169209008.

Monday, January 19, 2009

~ Anugerah Juara Lagu 23 ~


Logo AJL23 credit to TV3

Dengan tema Illuminasi Muzik, AJL 23 berakhir dengan lagu berjudul Laguku Untukmu di nobatkan sebagai juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 23 yang berlangsung secara gilang gemilang di Stadium Putra Bukit Jalil. Meet Uncle Hussain telah menjuarai kategori Pop Rock, diikuti Faizal Tahir bagi Balada dengan lagu berjudul Sampai Syurga dan Farawaheeda mengungguli kategori Etnik Kreatif.


Illuminasi Muzik banner credit to TV3

Faizal Tahir juga mencipta sejarah manis buat dirinya dengan memenangi dua lagi anugerah iaitu Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik AJL 23 setahun selepas peristiwa hitam tidak dibenarkan bertanding di AJL 22 akibat kontroversi buka baju.

AJL 23 telah menutup tirai di kala zaman ekonomi semakin gawat dan juga industri muzik dan jualan album semakin lesu, namun begitu dengan kemenangan indie band seperti MUH sedikit sebanyak industri muzik kita dapat bernafas kembali setelah di asak dengan kemasukkan lagu-lagu dari seberang. Ternyata di Malaysia masih banyak lagi lagu yang sedap di dengar.


MUH photo credit to kdmg.wordpress


Laguku Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Sunday, January 18, 2009

~ Resolusi 2009 ~

Bagaimana perjalanan 2009 korang? Bertambah baik atau semakin buruk? Bagi aku, perjalanan 2009 agak mendatar. Dan aku anggap ia adalah peluang untuk aku berehat. Seawal tahun bermula, aku tidak membuat apa-apa resolution. Kerana aku merasakan, ia adalah sesuatu aktiviti membuang masa yang aku lakukan tahun demi tahun. Tapi hari ini, aku rasa, aku perlu perbetulkan apa yang aku rasa itu kerana aku perlu perubahan. Perubahan untuk menjadi lebih baik, dari tahun lepas, dari semalam.

Dan langkah pertama yang perlu aku buat ialah .........................................................

Wednesday, January 14, 2009

~ Youth Says ~




Anda berusia 35 tahun ke bawah? Ingin menambah pendapatan dengan menjawab survey? Ingin pendapat anda di ketahui oleh 'orang-orang muda Malaysia?' Ingin membantu golongan muda Malaysia dengan memberi idea-idea bernas dan bantuan dalam bentuk nasihat?

Jika anda menepati ciri-ciri di atas, ini lah yang di cari oleh Youth Says satu laman web didedikasi untuk golongan muda Malaysia. Anda boleh menambah kenalan dan mempromosikan laman web atau blog anda.

Klik sini untuk mendaftar ~ Youth Says 09

Wednesday, January 07, 2009

~ Daging Masak Merah Siam Style ~



This is the last day of my 3 day leaves and I will off to work tomorrow. Irfan kindergarten thingy has been settled and this is the 3rd day he's in school. Since the schedule is not so hectic today, I decided to give Jeeze Esmael recipe a try. I am the reason she put up the recipe on her facebook note, so I think I should be the one who first to try.

This is the recipe;

400 - 500 mg meat (tenderloin)
2 pcs garlic (pounded)
1 pcs big onion (slice)
1/2 inch ginger (pounded)
3 tbs chili paste
2 tbs tomato sauce
3 tbs fish sauce
2 tbs oyster sauce
Salt & sugar
Cooking oil
Coriander leaves (optional)

1. Slice the meat thinly and fried for few minutes. Put aside.
2. Heat 2 tbs oil, fried garlic, ginger and chili paste.
3. Add tomato sauce, fish sauce, oyster sauce and slice onion. Cook till the onion sweat.
4. Add 1/2 cup of water if it's too dry.
5. Add meat and cook till the gravy thick.
6. Salt and sugar to taste.
7. Put coriander leaves (optional) and serve with white rice.

Verdict for Jeeze recipe? Yummmmmyyyyyyy!

Monday, January 05, 2009

~ Irfan Ke Tadika ~


Ready dah

Hari ini adalah hari pertama Irfan ke tadika. Aku & Atan tak risau pasal dia nangis atau tak mau ke sekolah. Apa yang aku risau sesangat ialah dia tak pandai nak berkawan dan tak berapa suka dengan budak pompuan. Risau aku, mana la tau kan.


Masih sempat memain


Tensen kena panas

Aku & Atan memang dah awal-awal amek cuti untuk settlekan hal kindergarten dia nih. Alhamdullilah, seperti yang aku jangka, Irfan tak ada masalah untuk ke tadika. Cuma dia masih tak berapa faham apa yang teacher suruh bikin. But I think by next week dia akan lebih selesa mengikut arahan.


with Daddy









Suasana 1st day di tadika memang kelakar. Budak-budak sekian halnya la dengan ada yang menangis, tak mahu masuk kelas, peluk tiang pagar dan tak mau turun dari van sekolah. Parents pun satu halnye pulak, dengan camera, dengan camcorder, memasing tak mahu melepaskan detik-detik pertama anak ke sekolah. Termasuk la aku... hehehehe yang tak lengkang dengan kamera di tangan.





1st day, semua student di benarkan balik awal. 2nd day baru ikut jadual seperti biasa. Hmmm.. dah nak masuk 5 tahun dah umur Irfan, dah besar.. dan aku makin tua.

 
design by suckmylolly.com