Tuesday, September 30, 2008

~ Salam Lebaran 2008 ~

Salam Lebaran buat semua. Kepada keluarga, sahabat dan pengunjung blog As I Write My Words, seribu kemaafaan di pinta jika ada terkasar bahasa dalam bicara, terlebih tawa dalam senda gurau. Sesungguhnya saya hanya insan biasa.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya. Kalau rasa mengantuk, berehat la dahulu. Semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.

Saturday, September 27, 2008

~ Flu Flu Go Away ~

Huhuhuhuhu... lagi beberapa hari kita akan menyambut Aidilfitri, tapi aku pulak di landa flu. Demam, selsema dan batuk.

Huhuhuhuhuhu flu flu go away, come again another day!

Tuesday, September 23, 2008

~ Buka Puasa @ Manhattan Fish Market ~

Hari nih, aku amek emergency leave. Irfan tiba-tiba pulak demam. Lepas bawak Irfan ke klinik, aku ajak Atan pegi shopping barang rumah. Singgah di Casa Moda, berjaya beli satu bamboo mat. Warna dark brown. Okeh la harga pun tak mahal RM45. Dari Casa Moda, menyinggah ke Jusco. Atan nak carik jeans, aku plak nak carikan Irfan kasut. Lepas dapat jeans Atan, jam dah pukul 6:15, tak tau nak buka kat mana, aku suggest ngan Atan gi Manhattan Fish.




Budak demam & Daddy nya


nih jer yang ada atas meja aku masa masuk waktu berbuka


tak la ramai sangat orang, tapi kelam-kabutnya Ya Rabbi!

Lepas booking tempat kat MFM, aku layan plak Irfan makan kat McD. Dah lapar la tu, yelah, demam, mintak macam-macam plak. Ice cream la, burger la, toys la. Dalam kul 6:45, kami dah sampai ke MFM semula. Aku memang dah lama sangat nak makan kat sini, tapi Atan dok kata ngan aku chef dia Nepal la, orang Vietnam la... tu sumer yang memantulkan hasrat aku tu. Tapi masa booking tadi, aku siap tanya adik waiter tu, sape yang masak, etc etc. Adik waiter tu siap tunjuk kat aku chef dia yang mana satu. Okeh okeh puas hati. Budak melayu yang masak.




Kami order Ramadhan set for family, cost at RM59.90, consist of a seafood platter, 3 soya bandung, 1 appetizer and 1 dessert. 1 dessert? Huh! Nih tak boleh jadi nih, aku order dessert tambahan, a chocolate mud pie. Atan pun jeles, dia pun order 1 lagi dessert, chocolate brownie with vanilla ice cream.


muka dah bosan tunggu air


Budak demam

Jam dah hampir 7:10 petang. Minuman masih belum sampai ke meja kami. Yang ada hanya beberapa ketul kurma dan dipping sauce. Diorang nak suruh aku makan kurma dip in garlic sauce ke hape nih? Aku tengok meja lain ada yang baru sampai order air terus jer dapat. Aku nih dah menonggok kat situ dari 6:45 air minum pun tak nampak bayang. Last-last aku panggil satu waiter ala-ala rupa mamak gitu. Dia dengan muka blur terus angguk-angguk. Ntah dia dengar le tidak apa aku kata, sebab laju sangat dia berjalan.


Our appetizer, garlic mussel

Ohhhh dengar rupanya, sebab lepas tu terus dia anta air ke meja kami. Makanan pun sampai terus, okeh la tu sebab aku nampak meja lain lum dapat makan lagi. Baru jer nak makan, timbul satu insiden yang menyebabkan keadaan dalam MFM kelam kabut sket. Ada customer marah-marah coz dia dah booking seat tepi dinding, alih-alih masa wife dia sampai wife dia kena duduk kat meja tengah-tengah dunia, dekat lak ngan pintu gi kitchen. Apa lagi, maybe brother tu baru sampai, some more penat, lum buka lagi, mengamuk la dia. Coz dia dah datang awak-awal book seat then MFM kasi seat tu kat satu couple.


Yummy Seafood Platter

Nasib baik settle cepat, kalau tak tu lagi terganggu aku nak makan. But aku kagum ngan cara adik waiter tu cakap ngan brother tu. He keeps on apologizing, that's the way to calm an angry customer. Cuma supervisor/manager MFM tak pro langsung, lepas brother tu marah-marah, dia jerit-jerit kat waiter dia suruh serve semua orang cepat-cepat. Oh come on la... kena marah ngan customer tu adatlah. Tok sah la campak kemarahan ko tu pada orang lain.


This is how they served the platter, burn baby burn

Okeh, other than unexpected incident, all is superb. The appetizer is garlic mussel, which I looooveeeee so much. Creamy and garlicky (got such word huh?). The mussel is fresh and big. The seafood platter also superb. Dory fish cooked to a golden perfection, squid, prawn and rice in a big platter enough for 3 people. Cuma drinks dia jer yang tak complement the food, for seafood like that, the non alcohol beverage that they should serve is ice lemon tea. Baru terangkat! Nih serve ngan soya bandung. huhuhuhuhu pasangan yang amat ganjil rasanya.


Tiramisu

Their dessert that come together with the Ramadhan set is a Tiramisu, which I don't adore so much. The coffee taste is too mild to my liking. But not for their chocolate mud pie which is created in heaven I guess. Hahahahaha... the cool creamy chocolate was served in a perfect way. How about the other dessert yang Atan order? It is lovellllly too. Warm brownie served with 2 scoops of vanilla ice cream. Yummmm yummmmm.


Chocolate Mud Pie


Chocolate Brownie with Vanilla Ice Cream

Verdict, food is nice. Drinks is so-so. Service is quite slow. They should perk up and equip their staff with skills. Other than that I just enjoy myself!


Selesai!

Monday, September 22, 2008

~ Buka Puasa @ Planet Hollywood ~



Buat pertama kali pergi berbuka puasa tanpa di rancang dan tanpa kamera. Huhuhuhuhu.. gambar yang ada di sini semuanya di snap menggunakan handphone... sangat-sangat tak puas hati. Tapi itu jer yang ada, kecuali gambar tisu PH.. yang tu aku amek lepas balik rumah.



Alkisahnya, aku dan CT Hawa tak tahu nak berbuka di mana hari ini. CT Hawa dah book tempat di PH semalam, tapi tak jadi datang. Elok jer dia ajak aku pegi, Siti Asmida pun join sekali. Great!



Kitorang sampai di PH lebih kurang jam 6:15 petang lepas berlegar-legar di Lot 10 sekejap. Suasana agak lengang. Tapi menjelang jam 6:30, hampir semua tempat telah di penuhi. Betullah kata Asmida, nak ke PH kena booking seminggu sebelumnya.



Juadah berbuka puasa di sajikan secara buffet, dan jangan tak percaya, PH yang terkenal dengan westernnya berjaya menyuntik rasa Malaysia ke dalam setiap masakannya. Ada Rendang Daging Pedas, Kurma Kambing, Chili Crab, Udang Sambal Petai, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Tempe & Ikan Bilis Goreng Berlada dan bermacam lagi.



Paling best, dessert dia. Eeeeemmmhmmmmm.. ada tartlets, pudding & strawberry jelly. Woohoo... their spread is waaaayyyy better than certain hotel. How much for this big spread? RM33++ (RM37.95).



Ramadhan ada tinggal seminggu saja lagi, kalau nak cuba nasib berbuka di PH minggu nih... give them a call!

ADDRESS:

Unit G003, Ground Floor, KL Plaza 179 Jalan Bukit Bintang 55100, Kuala Lumpur

PHONE:

03-21446602

FAX:

03-21446632

HOURS OF OPERATION:

Sunday - Thursday: 11:30am - 2:30am
Friday & Saturday: 11:30am - 3:00am

CREDIT CARDS ACCEPTED:

American Express, MasterCard, Visa

RESERVATIONS:

Reservations are accepted daily and our host will call to confirm the reservation.

Saturday, September 20, 2008

~ Pra Raya CAP ~

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
daripada kami di CAP



Dah terlanjur berbaju melayu dan berbaju kurung di hari Jumaat nih, maka kami berpakat-pakat mengadakan pra-raya photo shoot. Sekali.... dengan kuih raya yang tak bersalah pun terlibat sekali.

Enjoy the photo!


bermaafan sesama kita


kumpulan nasyid CAP


uihh sape dok tengah-tengah tu


sape nak duit raya kena beratur


Friday, September 19, 2008

~ CAP Berbuka Puasa ~

Mudah, murah dan sedap. Mana lagi kalau bukan Puteri Brickfields. Kali ini bersama dengan khalayak yang lain pula. Masuk kali ini, sudah 3 kali aku berkunjung ke Puteri Brickfields Ramadhan kali ini.


Early bird, bukan leh makan pun


Azim & Zul


Nih rupa cam Ah Long ker rupa cam teeeettttttttt


The girls, Azea, Mas & Alia

Mudah, kerana infrastruktur pengangkutan awam (PUTRA lrt) dari office.

Murah, RM22 nett untuk seorang dewasa.

Sedap, tak perlu di pertikaikan. Makanan yang di sediakan sedap dan menepati citarasa.


Kuih oh kuih


My fav sagu gula melaka

Kali ini, masing-masing berpakat mengenakan baju melayu dan berbaju kurung. Yang paling sporting, family Azim sudi bersama-sama kami untuk meramaikan majlis. Seronok sebenarnya bila berkesempatan berbuka puasa beramai-ramai gini.


Menunggu masuk waktu berbuka


Azim & parents


Syah berjaya bikin Ajmal Irfan nangis





time to go home



Insyallah, lepas nih kita wat house hopping plak masa raya. Bagus tak idea tu?

 
design by suckmylolly.com