Wednesday, July 30, 2008

~ I Moves At A Very Slow Speed Today ~

The only way to get what you really want, is to know what you really want

And the only way to know what you really want, is to know yourself

And the only way to know yourself, is to be yourself

And the only way to be yourself, is to listen to your heart


..... and my heart told me to moves at a very slow speed today.

Saturday, July 26, 2008

~ Dia Boleh, Aku Pun Boleh ~

Ko tengok nih, Siti Hawa menghulurkan New Straits Times pada aku. Aku tak terperanjat. Aku pernah baca kisah dia. Aku tahu apa yang dia ambik untuk jadi macam nih.

Hmmm... aku tau. Aku pun boleh jadik macam tu. Aku cuma perlu beri diri aku peluang. Kalau bukan sekarang bila lagi kan?


korang nak tau apa dia makan? Meh tanya aku! Aku dah hilang 5kg dah nih...


Sunday, July 20, 2008

~ My Two Sisters ~


Pose jelir lidah by my two sisters

Lama dah tak melepak gi minum-minum ngan budak dua orang nih. Sejak Acu pindah keje ke Equatorial, waktu keje dia pun haru-biru. Alang tak der masalah, dia kembali menganggur sekarang hingga bulan 8. Hehehehehehe.




Sebab dah lama tak jumpa diorang dan aku nak mintak tolong Alang ngajar bebudak opis menari "Thriller" (yer Thriller MJ tu, tu cerita lain masa) aku ajak diorang keluar minum. Biasanya, selalu lepak minum di kopitiam Central Market je tapi kali nih, aku ajak diorang makan kat Chili's. Tukar citarasa sket.


Chili paling besar dalam restaurant tu.... hehehehe

5:15 petang Alang dah sampai kat bawah opis aku. Lepas amek aku, terus gi pick up Acu kat Equatorial pulak. Jam 6:00 sharp kitorang dah sampai ke KLCC. Kat Chili's tak ramai orang, yelah baru pukul 6 kan. Menunggu pun tak lama. Dalam 5 minit gitu dah boleh masuk.


Menu


Starter - Triple Play


Acu's Ribs & Chicken Combo


My Mushroom Jack


Alangs's Chicken Spaghetti

Duduk-duduk sambil belek-belek menu, kitorang order Triple Play for starter, my main course Mushroom Jack, Alang amek Chicken Spaghetti & Acu pulak order Ribs & Chicken combo. Drinks, a Pina Chilada for me, Pineapple juice for Alang dan Acu minum Mango.


My Pina Chiladas


Alang & Acu Pineapple & Mango juices


Aku punya la risau kalau tak abis. Bukan tak tau portion kat Chili's nih memang besar. Masa datang ngan Atan hari tu pun punya la susah nak abis. Tapi jangan tak caya, my two sisters nih nampak je kecik, tapi kalau makan western cengginih memang laju. Cuba kasi dia nasi, mesti slow jer peginya.


KLCC waktu malam, snap dari dalam kereta

Dalam kul 7:30 mlm kuar dari Chili's. Rasa cam nak minum Ice Blended free plak. Hahahahahaha. Apalagi, Acu contact la Sabah cam biasa. Off we go to Sungei Wang Plaza. Sekarang Sabah dah naik Trainee Manager, so dah tukar ke outlet di Sungei Wang. Last time di Pavilion.


Konsert Cina anjuran 8TV

Sampai di Sungei Wang, punya la ramai manusia. Ada concert 8TV gamaknye. Cadangnya mula-mula, sebelum melepak kat Coffee Bean, ndak la jugak carik kasut ngan handbag. Tapi tak der yang berkenan. Aku masuk Vincci tapi tak lalu tengok kasut-kasut dia dah. Dah tak der kualiti. Cam rope kasut Jukebox pun ada gamaknya.


Coffee Bean Sg Wang outlet


Free WiFi

Arggghhh susah hati. Lepak Coffee Bean. Alang order Machiato, Acu pulak Ultimate Ice blended yang mampu bikin jiwa kacau & aku pulak Belgian Chocolate Ice Blended. Sambil minum sambil surf internet sambil mendengar amoi-amoi cina menjerit-jerit tengok konsert. Perghhhh sikit punya gempita diorang nih menjerit. Aku tak kenal pun artis cina yang datang tu. Tapi sure dia hebat kan, kalau tak tu takkan la sampai abis konsert peminat dok tunggu sambil selak-selak langsir bilik persalinan diorang tu.


Our drinks


Alang - Anny Johanna &
Acu - Nur Irfanie



Lepas melepak lebih kurang sambil tunggu Sabah habis kerja jam 10:30 mlm, diorang anta aku balik. Ke mana? Balik Seremban la apa lagi. Rajin adik-adik aku nih kan? Bulan depan nak makan kat mana pulak?



Monday, July 14, 2008

~ The truth ~

Would it be as much fun, if you never stop laughing? If there were never any clouds? If you were never challenged? If you never alone? If you never heard the whole truth when it hurt? If you always knew what would happen, what to do, and where to go?

Or would you be like, "Beam me down, Bro!"

..... relish the quiet, enjoy the mysteries, and welcome the whole truth!

Sunday, July 13, 2008

~ The Person ~

The person who remembers they can always reach out and help others, never runs out of things to do, always has friends, and rarely needs advise.

........ and they worry less, too!

Saturday, July 12, 2008

~ Cute Cupcakes at DeHeart Kekcawan ~

Aku dah lama jadi pelanggan setia cupcakes dia yang cute mute ini. Sangat setia hingga aku ngan Ellie dah jadi rakan baik sekarang ini. Dan aku rasa, she deserved to be here in one of my post. Rite Ellie?

Aku terjumpa dia di waktu jari-jemari nih gatal-gatal mensurvey sana-sini. Mencari lubang bisnes yang aku rasa aku mampu buat, and end up jumpa her blog.


Her cuppies is so nice. So moist. Try to indulge into her choc fudge cuppies. Arghhhh heaven. I even love her strawberry drops. Dah couple of times my office order cakes from her, be it a cute cuppies or the large cakes, it never fail the sight test nor the taste test.

For wedding, she also offer a nicely decorated 3-tiers wedding cakes. Kalau you all sedang mencari-cari kek perkahwinan yang cantik dan sedap, give me a buzz or email your query to me. Nak tahu apa istimewanya kalau order thru me? Haaa email la dulu!

Hey, don't just take my words. Go and try yourself. She can be reach at http://kekcawan.blogspot.com or just click here. Do tell her korang dapat address dia from my site... hehehehehe so that I can get free cuppies! Yippiiieeee!

Thursday, July 10, 2008

~ Sesak Nafas III ~

Hari ini, dah 10hb Julai. Patutnye, hari ini aku dah start keje semula. But bangun pagi tadi, aku rasa dada aku nak pecah semula. I remember my doctor did told me yesterday, if I still have an excess water in my body. My BP drugs will yield the same problem as last two days.

My hubby rang my boss to inform that I'm still not well enough to work. Nasib baik my boss ok with it. Nak aku tinggalkan saja ubat tu, my BP sure spike up. Nak tak nak, memang kena kurangkan air dalam badan nih, or else aku akan suffer la setiap kali lepas makan ubat.

Huhuhuhuhuhuhu... sedih nih. Dah la aku banyak project nak buat kat opis tu!

Wednesday, July 09, 2008

~ Sepi, Kembalikan Temanku, Kekasihku, Syurgaku ~



Bisikku pada bulan
Kembalikan
Temanku, Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku

Balik dari hospital dan lepas lunch, we decide to catch this movie. Aku pernah menulis tentang CINTA sebuah lagi karya dari pengarah yang sama. Ini juga yang membuat hati aku nih meronta-ronta ingin menonton. CINTA pernah menawan aku dulu. CINTA juga berjaya merubah persepsi aku tentang filem melayu. Errrr persepsi aku berubah untuk CINTA nih saja, bukan untuk filem melayu yang lain. Jugak pernah aku kata katakan dulu, aku bukan la melayu hipokrit yang tidak menyanjung filem melayu itu sendiri, tapi aku tak sanggup duit dari titik payah aku berkerja di belanjakan untuk filem-filem melayu yang stereotype.



Kini, ada SEPI. Bila CINTA hilang muncullah SEPI. Tak ada apa yang boleh aku katakan lagi pasal filem ini. Ia juga berjaya meruntun hati. Walaupun aku tak sesedih bila melihat Cikgu Elyas hilang arah di tengah kota, airmata aku mengalir jugak bila mengetahui Imaan sebenarnya telah lama kehilangan Khalil. Huhuhuhuhu, betapa cinta yang Imaan ada telah tidak membenarkan Khalil pergi walaupun Khalil telah mati.

5 star for this movie. Aku rasa, aku boleh terima cerita dari Khabir Bhatia. Dan aku juga rasa, aku akan tengok filem yang di arahkannya. Cerita yang di sampaikan tentang kemanusiaan, sangat bersahaja dan tidak terlalu berlebihan. Yang paling best ada my favourite actor Pierre Andre & Afdlin Shauki. Sayang tak der Syarifah Amani, sure lebih gempak kan?

Kudos to all who make the movie so good to resist!

~Sesak Nafas II ~

Again, the same thing happen again. Aku makan ubat awal hari ini. Around 6 am gitu. Around 7 am, aku dah mula hilang punca. Dada mula sakit. Pandangan kembali berpinar. Sah! Mesti ubat yang aku makan tu jadi punca semua ini.

Around 11 am, aku gi hospital. Jumpa my beloved doctor la. Berat aku naik 6kg in a month! What? My doctor looked puzzled. Ukur pinggang, nope tak naik walau se hun pun. Doktor kata nih mesti kaki bengkak. Yep! Betul. Kaki aku bengkak, doktor kata water retention. That's explain why my weight drastically jump an extra 6kg.

He checked my lungs takut ada air. Lungs clear. My BP is okey. 120/90, border... I know. Tapi tak seteruk October last year, 270/170. Darah pun dah memancut keluar dari hidung masa tu.

The verdict, I drank so much plain water. Pardon? Yep, too much plain water is no good for me. Kaki akan jadi bengkak. My BP drugs akan bertindak balas dengan the excess water making me sesak nafas. Ok ok get it. I even argue with my doctor, my I'm only taking 8 glasses per day, as suggested by many doctor. "Not for your case!" he replied.

Ok ok... he's the doctor. I'm the patient. Only 6 glasses per day. Aku balik dengan sebeban ubat. Aku janji pada diriku aku akan makan ubat nih ikut aturan. Tak sanggup rasanya berkampung di hospital lagi.

Tuesday, July 08, 2008

~ Aku dan Kesilapanku ~

Aku dah buat silap besar. Ya Allah! Berikanlah aku ruang untuk membetulkan kesilapan ini.

~ Sesak Nafas ~

Tadi masa time lunch, Asmida ajak aku gi KFC. Alah, tak jauh pun. No hal la pegi. Half way to KFC, tentiba aku rasa dada aku sesak, mata aku berpinar, aku cakap ngan Asmida, aku tak boleh sambung jalan. Ask her to go first. Aku dok kat Watson, resting.

Arghhhh, nih same macam kes October last year. Huhuhuhuhuhu. aku tak nak masuk sepital lagi. After a while, aku rasa dah okeh kot sket, so aku songsong la Asmida kat KFC.

Balik ke office, the same thing happen, dan aku kena stop few times to catch my breath. Tak boleh jadi nih. Naik ke office, muka dah pucat lesi. Even my boss pun suruh aku gi jumpa doktor. Cemana nak pegi.? Klinik tu pun boleh tahan gak jauh. Kang pengsan tengah jalan kang.

Around 4pm camtu, aku rasa dah stabil balik. Maybe my blood pressure naik or turun. Or maybe becoz aku lambat makan ubat BP tu. Huh.... alhamdullilah... jangan la kena lagi.

Saturday, July 05, 2008

~ Manusia Penghalang Laluan ~

Aku semakin tak paham dengan perangai orang Malaysia ataupun orang bukan Malaysia yang datang melawat, atau datang terus tinggal di Malaysia skang nih. Tapi dalam banyak-banyak kerenah dan ketemeneh (korang paham ke ketemeneh nih?) nih ada 3 perkara yang paling-paling aku tak suka.

Perkara pertama
Bila naik ekskelator (ejaan dalam bahasa melayu), sampai yang paling atas dia berenti kat situ. Statik. Pandang kiri. Pandang kanan. Tak tahu nak pegi mana. Eh hello..... aku ada kat belakang nih. Sila beri laluan.

Perkara ke dua
Dalam kawasan-kawasan sesak seperti shopping complex, ada dua atau tiga manusia berdiri di tengah-tengah laluan dengan muka paling selamba dan huduh, macam kawasan tu dia punya. Statik. Berbual sesama sendiri. Menghalang laluan aku. Eh hello..... aku nak lalu nih. Sila beri laluan.

Perkara ke tiga
Dalam kawasan sesak contohnya terminal bas, ada tiga atau empat manusia bangang yang berjalan bergandingan, kunun-kununnya sahabat la mesti jalan sama, satu kaki kiri melangkah sumer-sumer kena kaki kiri juga. Macam dinding penghalang jalan pun ada gak rupanya. Eh hello..... aku nak teruskan perjalanan aku nih. Sila beri laluan.

Apa korang akan buat kalau korang berdepan dengan situasi yang menyakitkan hati nih? Aku? Nak tau apa aku buat?

Apa aku buat untuk perkara yang pertama
Bila aku naik ekskelator jumpa perangai begini, dan bila aku sampai betul-betul belakang dia, aku selalu kunun-kunun tersepak kaki diorang. Tersepak yang kuat pulak tu. Oh maaf! Saya tak sengaja tersepak Encik/Puan/PakCik/MakCik/Brother/Sister yang menghalang laluan saya nih. Kesalkah aku? Huh TIDAK! Kalau aku tak sepak dia, nanti orang belakang yang mungkin sama pemikiran dengan aku akan sepak aku pulak. Oh tak nak! Aku tak nak kena sepak.

Apa aku buat untuk perkara yang kedua
Bila aku jumpa manusia menghalang laluan aku dengan berdiri statik kat situ, aku pun join sama, sampai diorang tanya aku kenapa, dan biasanya aku kata, saja join korang untuk menghalang laluan kat sini. Kesalkah aku? Huh TIDAK! Kurang-kurang aku cakap kat diorang dalam bahasa yang halus dan bukan dengan maki hamun. Aku kan orang Malaysia. Penuh adab sopan.

Apa aku buat untuk perkara yang ketiga
Aku paling suka buat yang ini... bila aku jumpa manusia-manusia yang jadik dinding sementara nih, aku selalu keraskan badan aku dan jalan ditengah-tengah mereka. Aku yakin diorang takkan mengelak walau seinci pun. Dan aku jugak yakin aku takkan mengelak dari merempuh mereka. Dan aku amat yakin dengan impak yang dari rempuhan aku tu diorang musti rasa sakit. Apa aku dapat? Selalunye 'BABI', 'SIAL' dan segala bahasa kesat manusia-manusia dinding penghalang laluan. Terkesankah aku dengan makian mereka? Kesalkah aku? Huh TIDAK! Aku suka. Aku rasa gembira sebab, aku dah berjaya pecahkan dinding yang mereka bina, dan aku telah berjaya bikin mereka sakit, sakit badan & hati!

Kesimpulannya manusia-manusia penghalang jalan ini ada ramai dan sentiasa berada di mana-mana jua. Aku tak tahu apa keseronokkannya menjadi penghalang laluan. Tapi aku rasa diorang nih musti rasa bangga menjawat jawatan tak bergaji ini. Muka bumi milik Tuhan ini amat luas, kenapa di laluan ramai tu jugak mereka berada. Aku tak paham. Sampai sekarang aku masih tak paham!

Friday, July 04, 2008

~ Bosan Tahap Dewa Gaban ~

Beratur waktu pagi - naik SKS

Seminggu nih, aku sampai opis kurang 5 minit pukul 9 pagi. Almost everyday dalam minggu ini, bas Seremban - Kuala Lumpur waima SKS atau Suasana Edaran tak ada. Tak ada bukan bererti bas tu dah tak beroperasi. Tak ada atas sebab yang aku tak tau. Maka beratur la aku hampir 45 minit ke 1 jam.


Nih gambar Sungai Kelang, aku snap masa beratur nak balik Seremban naik Suasana Edaran


Then bas sampai, perghhhh nasib baik my favourite bus driver yang bawak


Nak naik bas nih pun kena beratur gak

Tu citer pegi kerja, kalau balik keje pun sama. Terutama sekali hari Jumaat. Adeh laaaa, bosan bosan. Bosan woooo tunggu bas. Dek kerana kebosanan keluar la photo-photo nih. Aku snap gambar Sungai Kelang, aku snap gambar orang beratur. Aku snap gambar bas sampai.


Dah sampai kat Seremban kena tunggu lagi, saja aku snap gambar bas Plusliner nih yang tentiba jer parking depan aku

Bila sampai Seremban pulak, kena pulak tunggu Atan habis keje. Kalau keje malam, habis pukul 10 mlm. Menunggu lagi. Adeh laaaaaaaaaaaaaaa, lama-lama aku pun jadi penunggu. Har har har har har har har


Aku seorang penunggu


Bosan giler tahap dewa gaban... hmmmm Gaban pun aku rasa tak bosan macam aku

~ Alahaiiiiiiii ~


Aku paling tak suka nak review tempat makan yang tak bagus, tak sedap, tak lawa dan segala tak lagi. Aku rasa sumer kedai patutnya maintain rasa dan kawasan sekitarnya. Tapi untuk kedai makan yang aku nak review nih, aku memang sangat-sangat kecewa. Kecewa kerana aku pernah jugak pegi kedai nih tahun-tahun dulu. Cuma off late nih, aku jarang dah nak ke sini, first sebab aku prefer ke Melaka. Second, hmmmmm aku memang suka makan ikan bakar kat Melaka. Hahahahahahaha.

Ini kisahnya. Parents in Law, adik ipar & biras aku datang menjengah. Almost a week diorang ada kat rumah, tapi aku ngan Atan langsung tak bawak ke mana-mana. Aku keje. Atan keje. Paling-paling waktu malam la kalau boleh nak kemana-mana.


Dua hari sebelum diorang balik, aku ajak parents aku dan parents in law aku makan kat PD. Mulanya cadangan nak ke Medan Ikan Bakar Terapung di Melaka, tapi dek kesibukkan mencari tiket bas ke Terengganu untuk mereka pulang segala perancangan jadi kelam-kabut.


Tak kisah la janji dapat makan ramai-ramai dan sedap! Bertolak dari Seremban ke Port Dickson dalam pukul 9 malam. Dalam setengah jam dah sampai di Port Dickson. Aku tengok tak ramai orang. Ini sudah baik. Tapi......... kami sampai di sambut oleh bauan yang amat tidak menyenangkan. BAU LONGKANG! Tak payah la aku describe panjang lebar pasal bau nih.


notice the wash basin?

Kawasan kedai tak berjaga, dengan kusyen kerusi koyak sana-sini. Okeh okeh, aku faham. Kedai kecik tak perlu aaa jaga itu sumer. Kedai nih dok atas laut, errrr pinggir laut la, so aku faham la kalau tak bape bersih tu. Tapi alahaiiiii, dengan sinki berlumut, huhuhuhuhu. Aku tak leh describe, korang tengok saja la photo yang aku letak kat sini.



Hati aku dah mula menyesal datang sini. Dulu masa aku datang sini, keadaan tak macam nih. Tempat dia bersih. Layanan dia baik. Tapi hari ini, brother yang ambik order dari kami tu pun senyum langsung tak ada. Macam la aku tak berduit nak makan kat situ. Kalau korang nak tau, aku tak pernah berkira nak makan seafood nih, ambik la banyak mana pun. Masak la macam mana pun. Janji sedap dan janji habis di makan. Kesian aku tengok parents in law ngan biras aku. Macam aku sengaja bawak diorang ke kedai macam tu. Huhuhuhu sumpah! Aku tak tau yang kedai tu dah jadi macam nih sekali.

Half eaten Ikan Kerapu Masak Sweet Sour

Tadi aku kata aku dah menyesal datang kerana keadaan kedai yang kurang selesa. Sekarang aku lebih-lebih lagi rasa menyesal. Kenapa? Sebab makanan yang kami order sangat-sangat la di masak dengan rasa yang amat tidak sedap sekali. Aku order chili crab, (brother tu yang suggest masak cili), di masaknya ketam sweet sour. Aku order ikan kerapu dan ikan siakap masak sweet sour, hmmm dia masak la sweet sour tapi ntah hape rasa.

Overcooked sotong goreng tepung (gelap giler kaler dia)

Aku order sotong goreng tepung, betul dia goreng tepung. Tapi warna sotong goreng tepung yang sepatutnya kuning keemasan telah bertukar menjadi hitam errrrr longot. Aku tak tahu bape kali minyak yang dia guna untuk goreng sotong aku tu dah di pakai. Tak tahu ke diorang minyak goreng tak boleh guna banyak kali, boleh bikin kena kanser?

Ikan pari bakar dia pulak ada rasa hancing. Then order tomyam, telur dadar & kerang bakar. Yang 3 nih okeh. Aku rasa kerang bakar tu okeh pun sebab dia letak jer kerang tu atas api. Kalau aku suruh masak la kerang tu apa-apa masakan, musti kerang pun akan menerima nasib yang sama dengan hidangan yang aku sebut tadi.

Okeh okeh, aku tak nak la condemn kedai nih kalau aku tak pernah datang dulu-dulu. But last time it is faaarrrrrr better than this. Dulu semuanya sedap kat sini. Tak tahu la kenapa dan apa sebabnya kedai nih menjadi tersangat la teruknya. Kalau Gordon Ramsey (Ramsey's Kitchen Nightmare) datang Mesia nih, aku suruh dia gi tolong betulkan apa yang tak betul dengan kedai nih.

At the end, how much do I pay for this lousy food and service? RM200, harga asal RM202.90, dia discount RM2.90. Untuk harga sebegini, aku harapkan walaupun kedai ko kecik, walaupun layanan ko tak sebagus mana, aku sangat-sangat berharap agar makanan dia sedap. Aku tak la tegah korang datang ke kedai nih. Kalau korang datang PD dan nak menafikan apa yang aku tulis nih, korang gi la try. Mana tau masa tu sumernya dah fantastic balik kan? Cadangan aku pada tuan punya kedai, overhaul la kedai anda. Tukar la chef anda. Tak pun tutup saja kedai anda.

 
design by suckmylolly.com