Monday, December 29, 2008

~ Chicken Hor Fun ala Moon ~



Baru-baru nih aku terkejut dapat email dari seorang kawan yang mengatakan Old Town Kopitiam tidak halal. Hmmm tidak sepenuhnya. Hasil dari carian info di web JAKIM, aku telah menemukan hanya kopi segera 3 + 1 dan teh segera yang di jual di Old Town Kopitiam di sahkan halal oleh JAKIM Perak. Produk yang lain termasuk makanan yang di sediakan di kopitiam itu tidak dapat di sahkan ke halalannya.

Aku salah seorang yang suka makan di Old Town Kopitiam. Faktor dekat dengan office menjadi sebab yang paling utama untuk makan tengahari di sana. Menu pilihan aku pulak Ipoh Chicken Hor Fun dan Hot Xi Mut Tea.

Dan oleh kerana status kehalalan makanan di sana telah di ragui oleh aku sendiri, maka sudah pastinya aku tak akan makan kat sana lagi. Anyway and anyhow, untuk melepaskan dendam aku nak makan Ipoh Chicken Hor Fun di Old Town Kopitiam, aku telah menggoogle untuk resepinya. Alhamdullillah, aku jumpa resepi tersebut di Naz Rinn Chan Fotopages.



So malam nih, Chicken Hor Fun menjadi santapan untuk dinner kami.

Bagi penggemar Chicken Hor Fun macam aku, go and try! Puas hati beb!

Resepi Chicken Hor Fun

Sebungkus kuew teow (500gm++)
2 keping ayam bahagian dada
10 ekor udang besar
10 biji fishball
5 batang crab stick
3 biji bawang putih
1 biji kiub ayam
Minyak untuk menumis
1 camca teh lada putih
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya
Garam & gula
Daun kucai

Cara-caranya
1. Celur kuew teow dan ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga layu. Masukkan lada putih & kacau.
3. Tuang air secukupnya. Biarkan mendidih
4. Masukkan ayam. Bila ayam masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam dan ketepikan.
5. Masukkan udang, fishball dan crabstick ke dalam sup ayam tadi.
6. Masukkan kiub ayam (jika suka) dan perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing. Tambahkan sedikit minyak bijan

Cara menghidang
1. Masukkan kuew teow yang telah di celur ke dalam mangkuk
2. Tuangkan kuah
3. Taburkan ayam dan daun kucai.

Sedap lagi kalau di makan dengan sambal kicap.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com