Thursday, November 13, 2008

~ Bila Sayang Terlalu Murah ~

Dah lama aku tak buka TAGGED akaun aku. First, aku tak berapa suka dengan TAGGED. Second, banyak sangat manusia yang hura-hara dalam TAGGED tu. Tapi hari nih, masa aku dok clean up my gmail inbox, ada satu email suruh aku update my alerts dalam TAGGED. So aku log in.

Seperti selalu, ada 5 friends request dimana 2 saja aku add yang 3 lain aku terpaksa reject. Kenapa aku reject? Okeh let's see how is the request look like.

1. 1st request dengan mesej "Hai sayang... u buat apa tu"
2. 2nd request dengan mesej "You look so lovely sayang"
3. 3rd request dengan mesej "I dah jatuh cinta dengan u sayang"

So patut tak aku reject mereka-mereka nih? Harus bukan? Aku tak pernah kenal mereka at the first place. Tapi mereka terus jump dengan rasa kasih sayang nye pada aku.

Ini yang membuat aku terpanggil untuk meluahkan apa yang bergelodak dalam minda aku ini. Betapa murahnya perkataan sayang dan rasa sayang itu sendiri di zaman ini. Aku tak kata la aku hidup di zaman batu, tapi pada aku, rasa kasih sayang itu dan juga perkataan sayang itu haruslah di ucapkan dengan maksud yang mendalam.

Aku juga pernah kenal beberapa manusia yang sangat senang untuk jatuh sayang pada orang lain. Bukan setakat kenal 2 atau 3 tahun, tapi brother jual cd tepi jalan pun dia boleh panggil sayang. Tak faham aku. Mungkin aku yang kuno kot? Sebab aku sangat hati-hati dengan rasa kasih sayang ini. Aku menghargainya. Dan untuk seseorang itu aku panggil sayang, bermakna orang itu telah benar-benar berjaya menambat hati aku, sebagai kawan, sebagai kekasih atau sebagai isteri.

Seingat aku, aku hanya jatuh sayang beberapa kali dalam hidup aku. Dulu cerita 10 tahun dulu, ia kasih sayang aku yang pertama. Kemudian ia hilang di atas desakan kehidupan. 2 tahun kemudian aku ketemu perasaan sayang yang baru, yang masih berkekalan hingga kini. Dan kasih sayang aku untuk sahabat-sahabat aku. Nyata mereka lah sahabat dunia akhirat. Kasih sayang itu jugak kekal hingga kini.

Aku tak tahu la dengan korang, korang senang ker berkasih sayang? Benar-benar kasih sayang atau pun hanya satu perasaan insecurity di mana korang perlukan somebody untuk mendampingi korang. Kalau korang memilih yang ke dua, maka berhati-hatilah, di zaman ini ramai manusia dan sahabat yang suka mengambil kesempatan.

Di kala bila sayang menjadi terlalu murah kita mungkin tak dapat membezakan antara yang batil dan yang benar.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com