Friday, October 10, 2008

~ Tandas Eksklusif Kuala Terengganu ~

Raya tahun nih ada giliran Kuala Terangganu, tapi Atan terpaksa bekerja on 1st & 2nd hari raya, so terpaksa la balik Terengganu on 3rd hari raya.

Sepanjang perjalanan, aku tengok Terengganu dah makin maju, yelah kan dah bertaraf bandaraya. Aku pernah bagitau dengan Atan, masa Kuala Terengganu diiktiraf sebagai bandaraya on 1 Januari 2008, dari segi infrastruktur, KT masih jauh lagi ketinggalan jika di bandingkan dengan dengan bandaraya lain di Malaysia nih cuma dari segi jumlah penduduk memang dah bertaraf bandaraya la.


New KFC kat tengah bandar

Di Kemaman dah ada Mesra Mall. Aku tak singgah cuma nampak dari tepi jalan saja. Dah ada Giant, dah ada Toys R Us, wah ini sudah hebat! Di Kuala Terengganu sendiri, dah ada KFC baru malahan McDonald dan Secret Recipe juga sudah ada. Aku harap tak lama lagi, diorang bukak Starbucks pulak. Baru lengkap.

Yang tak ada kat KT nih dan mungkin tak mungkin akan ada ialah panggung wayang. Atan pernah kata ngan aku, dulu memang ada panggung wayang, tapi semua dah tutup. Aku rasa penduduk KT tak boleh terima kot hiburan sebegitu, tapi mana la tau kan, kok ada tokey pawagam yang nak bukak kat sana skang nih. Yelah, zaman dah maju, KT pun dah ramai anak-anak muda yang suka dengan hiburan sedemikian.


Signboard TE berdekatan Stesen Bas Tanjung

Tapi yang aku nak citer nih, bukan pasal tu semua, yang buat aku terkujat, ialah aku terjumpa satu signboard yang tertulis, Tandas Eksklusif. Perghhhh nih hebat nih. Dan di sebabkan nak sangat tengok betapa eksklusifnya tandas nih, aku pun bayar la 50 sen untuk masuk.


TE yang cantik


Di kelilingi lampu-lampu yang indah lagi

Verdict? Tandas dengan modern concept. Tandas dia dalam bilik-bilik kecil cam hotel plak aku tengok. Bersih dan banyak wash basin yang belum keluar dari plastiknya. So ini menunjukkan yang tandas nih masih baru. Cuma yang tak sedapnya, pam tandas rosak, hos air atas lantai... eeeeuuuwww nih sumer yang tak best nih.


Ruang dalam TE







Eksklusif dari segi rupa paras tapi tahap perkhidmatan masih sama. Walau bagaimanapun, it's waaaaaayyy better than other public toilet in KT. Hahahahahahahaha!

Tandas Ekslusif Kuala Terengganu
(terletak bersebelahan Stesen Bas Tanjung, berdepan dengan Dataran Syahbandar)
Bayaran: RM0.50 (buang air) & RM2.00 (mandi, siap ada towel lagi)

2 comments:

~ana~ said...

oho...kt dah ade new kfc...hebat..hebat...saya pun xtau..rsnya ms balik last august, xde lg...akak kt kat mn erk?eh, akak dah buat ke kek cokelat tu?bg la testi sikit..heh heh heh...

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

iya mek... maju sungguh dah KT skang nih... cam tak caye.. ada cafe modern concept la nih. perghhhh

kek tu dah bikin sebijik dah.. tapi tak der amek gambar.. nanti la bikin la satu akak snap gambar yer... tapi kek tu mmg marvellous

 
design by suckmylolly.com