Monday, September 08, 2008

~ Intai Intai Di Mana Kau ~

Hari nih, masih sibuk menyiapkan PIT for staff application. Dah hampir 3 minggu aku bertungkus lumus menyiapkan project nan satu ini. Insyallah, esok settle la semuanya. Semua dah in order cuma tinggal nak berdiskusi ngan boss dan orang-orang yang berkenaan.

Hari ini jugak sibuk dengan mencari maklumat tentang Restoran Intai-Intai yang khabarnya terletak bersebelahan dengan lebuhraya MRR2. Aku dah carik dalam internet hampir 2 hari, baru malam nih aku berjaya jumpa map ke sana. Tapi map pun serupa bukan map. Kalau orang yang tak biasa dengan area MRR2 sure sesat barat.


Aku rasa website restoran nih tak membantu langsung. Yang ada kat website dia cuma invitation card yang umurnya dah due 6 bulan. Huh! Nape la tak di update website nya tu. Aku dah email ke email address yang tertera, mintak diorang anta kat aku map yang lebih detail. Aku harap esok dapat la aku map nye tu.

credit to: slide intai-intai nih dr dzms website

Aiseh lupa nak cerita kenapa aku beriya-iya sangat carik maklumat tentang restoran nih. Alkisahnya, 13hb September nih aka Sabtu nih, XSTTJ9192 akan berbuka puasa bersama-sama. Perancangan berbuka puasa beramai-ramai nih dah 3 tahun di cadangkan, insyallah akan termakbul jua tahun nih.

That's it... so kalau korang yang membaca nih ada info atau tahu bagaimana hendak ke Intai-Intai nih boleh la email kat aku at batdeaz@gmail.com atau call aku kat 016-9786176.


0 comments:

 
design by suckmylolly.com