Saturday, July 05, 2008

~ Manusia Penghalang Laluan ~

Aku semakin tak paham dengan perangai orang Malaysia ataupun orang bukan Malaysia yang datang melawat, atau datang terus tinggal di Malaysia skang nih. Tapi dalam banyak-banyak kerenah dan ketemeneh (korang paham ke ketemeneh nih?) nih ada 3 perkara yang paling-paling aku tak suka.

Perkara pertama
Bila naik ekskelator (ejaan dalam bahasa melayu), sampai yang paling atas dia berenti kat situ. Statik. Pandang kiri. Pandang kanan. Tak tahu nak pegi mana. Eh hello..... aku ada kat belakang nih. Sila beri laluan.

Perkara ke dua
Dalam kawasan-kawasan sesak seperti shopping complex, ada dua atau tiga manusia berdiri di tengah-tengah laluan dengan muka paling selamba dan huduh, macam kawasan tu dia punya. Statik. Berbual sesama sendiri. Menghalang laluan aku. Eh hello..... aku nak lalu nih. Sila beri laluan.

Perkara ke tiga
Dalam kawasan sesak contohnya terminal bas, ada tiga atau empat manusia bangang yang berjalan bergandingan, kunun-kununnya sahabat la mesti jalan sama, satu kaki kiri melangkah sumer-sumer kena kaki kiri juga. Macam dinding penghalang jalan pun ada gak rupanya. Eh hello..... aku nak teruskan perjalanan aku nih. Sila beri laluan.

Apa korang akan buat kalau korang berdepan dengan situasi yang menyakitkan hati nih? Aku? Nak tau apa aku buat?

Apa aku buat untuk perkara yang pertama
Bila aku naik ekskelator jumpa perangai begini, dan bila aku sampai betul-betul belakang dia, aku selalu kunun-kunun tersepak kaki diorang. Tersepak yang kuat pulak tu. Oh maaf! Saya tak sengaja tersepak Encik/Puan/PakCik/MakCik/Brother/Sister yang menghalang laluan saya nih. Kesalkah aku? Huh TIDAK! Kalau aku tak sepak dia, nanti orang belakang yang mungkin sama pemikiran dengan aku akan sepak aku pulak. Oh tak nak! Aku tak nak kena sepak.

Apa aku buat untuk perkara yang kedua
Bila aku jumpa manusia menghalang laluan aku dengan berdiri statik kat situ, aku pun join sama, sampai diorang tanya aku kenapa, dan biasanya aku kata, saja join korang untuk menghalang laluan kat sini. Kesalkah aku? Huh TIDAK! Kurang-kurang aku cakap kat diorang dalam bahasa yang halus dan bukan dengan maki hamun. Aku kan orang Malaysia. Penuh adab sopan.

Apa aku buat untuk perkara yang ketiga
Aku paling suka buat yang ini... bila aku jumpa manusia-manusia yang jadik dinding sementara nih, aku selalu keraskan badan aku dan jalan ditengah-tengah mereka. Aku yakin diorang takkan mengelak walau seinci pun. Dan aku jugak yakin aku takkan mengelak dari merempuh mereka. Dan aku amat yakin dengan impak yang dari rempuhan aku tu diorang musti rasa sakit. Apa aku dapat? Selalunye 'BABI', 'SIAL' dan segala bahasa kesat manusia-manusia dinding penghalang laluan. Terkesankah aku dengan makian mereka? Kesalkah aku? Huh TIDAK! Aku suka. Aku rasa gembira sebab, aku dah berjaya pecahkan dinding yang mereka bina, dan aku telah berjaya bikin mereka sakit, sakit badan & hati!

Kesimpulannya manusia-manusia penghalang jalan ini ada ramai dan sentiasa berada di mana-mana jua. Aku tak tahu apa keseronokkannya menjadi penghalang laluan. Tapi aku rasa diorang nih musti rasa bangga menjawat jawatan tak bergaji ini. Muka bumi milik Tuhan ini amat luas, kenapa di laluan ramai tu jugak mereka berada. Aku tak paham. Sampai sekarang aku masih tak paham!

1 comments:

Anonymous said...

Urghhhh... sakit woo jiwa aku kalau berada dalam situasi yang kritikal macam tu! Tatau nak buat apa, terkedu dan rasa susah hati. Kenkadang terasa sesak nafas sebab bila tetiba orang depan jadik statik, dengan tak semena-mena aku rasa terkejut dan terpana. Otak tetiba jadik bercelaru. Perut terasa mual. Hati berdegup laju. Api makin marak. Oleh itu, tolong la, jangan halang laluan aku, sebelum aku hamburkan api tu keluar kat korang!

 
design by suckmylolly.com