Sunday, June 15, 2008

~ Kenduri & Tahlil ~


On the way kat Bukit Putus, punya la banyak kereta petang tu

14 June 2008 - balik kampung. Ada kenduri tahlil buat arwah atuk & wan. Juga kenduri doa selamat meraikan my cousin yang berjaya ke BNM.


Orang pangkal sibuk menyediakan juadah


Ni la juadah yang telah di siapkan. Satu dulang di panggil satu jambar.

Biasa la kalau kenduri kat kampung di kawasan Negeri Sembilan nih, bacaan tahlil di lakukan selepas Maghrib. Selepas tahlil musti ada jamuan nasi. Lauk kali ini Masak Lemak Labu (my fav), Asam Pedas Ikan Jenahak, Ayam Goreng, Daging Masak Hitam dan Puding Santan. Orang paling sibuk musti la my mom dengan sister dia. Yelah, itu je la adik-beradik yang tinggal, oh ye plus my Pak Long too.


My mom bertugas jaga nasi malam tu.. hehehehe


Gotong royong mengangkat jambar selepas selesai bacaan doa


My father (in blue) pun sibuk tolong angkat jambar


Oleh kerana rumah tu besar, dapat la di bahagikan orang lelaki di ruang tamu dan orang perempuannya errr di ruang tamu yang lagi satu.


Bahagian lelaki sedang menikmati hidangan


Bahagian perempuan pulak


My Pak Long and Sabah sibuk memastikan nasi & lauk cukup untuk jemputan


Yang kat dapur masih sibuk merefill lauk dan nasi

Kenduri kali nih lain sket, selalu kitorang tapaukan lauk untuk orang yang datang bawak balik, tapi kali nih, kitorang kasi goodie bag! Cewah! Dalam goodie bag ada pulut kuning, daging masak hitam dan sebiji apple. Wah berbaloi datang kenduri kali nih.


Goodie bag


Para jemputan pulang bersama goodie bag masing-masing

Bila jemputan dah pulang kini giliran orang pangkal pulak yang makan. Biasanya kita dahulukan orang yang lebih tua. Yang lebih muda kena sediakan. Aku ingat lagi, masa arwah Atuk & Wan masih hidup, my mom and her sis yang sibuk bertungkus lumus menyediakan hidangan buat meAtuk & Wan. Kini giliran mereka pula di layan oleh kami. Cepatnya masa berlalu kan?


Orang sibuk nak makan, diorang sibuk nak bergambar


Makan la wei


Cam pernah nampak posing nih.. wei bukan mak ngan mak su pernah pose yang sama ker? yelah exactly! My sis Johanna (in pink) and my cousin sister Fira


Another orang-orang penting kenduri kali nih (tukang basuh pinggan),
my sis Irfanie and her boyfriend Sabah

Hmmmm another kenduri episode done. Seronok sebenarnya kenduri macam nih walaupun penat. Semua buat gotong royong. Dari masak hingga ke akhirnya. Zaman sekarang nih payah nak jumpa kenduri macam nih terutama di bandar-bandar. Semuanya pakai katering kan?

0 comments:

 
design by suckmylolly.com